11 Ogos 2017

Rumah impian


Hampir setahun ko dibiarkan sepi wahai blog. Hari ni terasa pula nak mencoretkan sesuatu setelah aku rasa FB dah takde privasi nya…ehehehe. Padahal kawan dalam FB tu bukan banyak pun tapi tuelah adik beradik anak buah makcik pakcik jiran tetangga sepupu sepapat semua dalam tu..hahahahhaha..jadi luahan dalam FB pun terbatas. Selalu kalau nak post fikir dulu perlu ke tak perlu post tu mungkin dah tua ni keghairahan dengan sesuatu tu dah kurang. Kadang-kadang bangga juga dengan diri sendiri sebab tak mudah ‘melatah’ bila ada isu kehidupan yang berbangkit...kihkihkih.



Sebenarnya nak cerita, aku dalam proses nak bina rumah kat tanah aku sendiri. Step pertama ni nak kumpul duit tunai. Jalan yang aku nampak refinance rumah sekarang dan cash out lebihan refinance, KWSP aku akaun 2 dan sikit duit simpanan. Aku taknak jual rumah tu, sayang pula. Bila kumpul2 tu cukup kot nak dirikan sebiji rumah sederhana. Sebelum raya hari tu, Azam dah ‘shopping’kat beberapa  bank untuk refinance rumah tu. Alhamdulillah LO pun dah sign tunggula step seterusnya. Refinance ni makan masa kalau urusan dokumentasi selesai tak banyak kerenah paling lama 3 bulan baru boleh selesai elok, kalau tak dengarnya boleh sampai lebih 6 bulan..huhuhuhu. Moga Allah permudahkan. 

beli tanah terbuang nak buat jalan



10 lori je ni, tak cukup..order lagi 20 lori tapi tak sampai2 lagi pulak..huhuhuhu..


Untuk permulaan ni nak kena buat jalan dengan bersihkan kebun dulu. Dah tu kena tambak tanah tu sebab tanah kebun tu tanah gambut. Orang yang berpengalaman cakap paling2 kena tunggu dalam 6 bulan lepas tambak bagi tanah tu mendap betul kalau tak risikonya rumah akan retak sebab tanah gambut ni lembut. 

Aku ingat nak buat secara slow n steady je taknak kelam kabut. Tapi aku tengok Azam ni bersemangat pula dia. Hari-hari survey kontraktor kat FB. Cari design, ukur keluasan, kira bajet. Nanti dia contact kontraktor tu forward kat aku dah aku pula pening. Lepas tu mula la angan-angan lebih nak macam tu nak macam ni nak buat itu ini padahal tanah tu masih kebun la oit apa pun tak buat lagi hahhahahahhaha. Dah tu bajet pun limited sangat…hahahahha..berangan macam nak bina banglo ala ala dato terlajak laris plak..kuikuikui.

Dan hari-hari jumpa Azam cerita pasal design rumah je takde lain, naik jemu pula aku..ahhahahaha..pastu nanti bertekak..kahkahkahkah. Whatsapp pun pasal rumah adoi layankan je la. Padahal aku rasa paling cepat pun tahun depan baru boleh mula projek tu.

Masa kitaorang memang dah plan nak buat rumah ni, aku dengan Azam panggil anak-anak terangkan kat diorang. Cerita kat diorang pasal bajet keluarga bila kita start nak buat rumah nanti. Kalau Refinance ni dah selesai, akan mula installment baru untuk rumah tu bajet bulanan akan ketat sikit sebab tambah dalam 700 lebih hutang rumah tu,  jadi aku dengan Azam cakap dengan anak-anak kita tak boleh la suka-suka makan kat luar pergi bercuti sana sini beli barang suka-suka hati dan minta anak-anak berjimat sama. Mungkin astro kita akan potong. Menung je anak-anak bila aku cakap macam tu..hahahahahhaha. Aku harap anak-anak akan faham situasi aku dengan Azam. Lagi satu aku pesan kat diorang jangan teruja sangat bagitau kat orang kita nak buat rumah/pindah sebab rumah tu tiang pun tak nampak lagi ..hahahahhaha.  Lagi-lagi Aqil tu mulut boleh tahan budak-budakkan jujur apa yang dia tau habis semua dia nak cerita kang. Minta juga kat anak-anak doa sama-sama supaya urusan buat rumah ni berjalan lancar.

Mula bulan ni, aku dengan Azam cuba minimumkan belanja ikut bajet bila dah start tolak installment baru nanti. Adoi, sangap juga la oit, aku dah tak boleh shoping online suka-suka hati aku ..uhukksss. .sedih. Agak perit jugakla sebenarnya. Berani buat berani tanggungla kan..kikikiki.

Ok stop dulula cerita buat rumah ni, kalau ada progress baru nanti aku cerita lagi.


Ini telah menjadi SEJARAH