04 Februari 2016

Borak2 jom..

Banyak nak cerita tapi bila nak taip tersekat sebab aku rasa macam tak patut nak cerita..hahahahha..Aku kagum dengan blogger yang boleh cerita semuanya...tanpa berselindung apa-apa..ehhehehehe. Tak kisahla dia cerita pasal suami dia, anak-anak dia, makbapak dia, adik beradik dia....baik dari segi yang baik jugak yang buruk..kental kan?..

Sebenarnya kita nie sikit pun tak boleh bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain...tapi boleh ikut cara orang tu menjalani kehidupan..ikut yang baikla maksud aku...eh apa2la aku merepek ni..hahhahaha..sebenarnya kan aritu ada la hamba Allah ni share pendapatan sebulan laki dia..hahahha..aku yang dengar seharian jugak rasa..mmm..rasa speechless+down kot...hahahahha.....bukan jeles tau, rasa macam kenapala banyak sangat gaji ko ni..hahahahha...gajinya sebulan boleh dapat Axia (A) sebijik cash...tapi yang pelik diorang hidup dalam serba sederhana..sangat sederhana...aku rasa aku yang gaji setahun menyamai gaji dia sebulan tu pun lagi mewah kot..hahahahahahah...tue yang rasa down, betapa rasa belagaknya ko parijah...huahuahua.

Ekonomi

Tahun ni income tak berapa nak ade, sebab ASB loan aku dah terminate. Lagipun tahun nie katanya kemelesetan ekomoni agak teruk, so kena berjimat cermat sikit. Azam pun cakap production kilang tempat dia kerja jatuh teruk..huhuhuhu...Risau jugakla...hutang banyak hoittt. Tabung haji baru umumkan bonus 2015, of kos aku tunggu2 sebab tabung haji nie aku buat potongan gaji..itu jela simpanan yang aktif buat masa sekarang ni..ASB memang tak usik pun, keluar tidak masuk pun tidak..ahahahahahah...

Tahun lepas entah mimpi apa bos, nak bagi bonus lebih sebulan. Trick dia bagi bonus lebih tapi gaji taknak naikkan. Satu fakta yang perlu diketahui dah 40 tahun gaji tak naik tau tak..hahahhahaha...kejam bos aku nie ..dia tukar kereta tiap2 tahun...sedih!..hahahhahaha...tapi nak cakap lebih-lebih pun takle, company diakan sukahati diala.. .hahahahhaha...ala aku geram2 pun bontot dah melekat dengan gam gajah memang tak boleh nak pegi mana-mana dah...

Keluarga

Tahun lepas dapat jugak bawak mak mentua jalan-jalan. Tercapai jugakla hajat Azam nak bawak mak dia bercuti. Itu pun drama jugak nak cari pakej..percaya tak pergi langkawi tu kitaorang guna pakej travel ..hahahahha..Aku cerita dengan kawan aku, kawan aku cakap ko pegi langkawi pun guna pakej...membazir katanya..ahhahahahahah...Jujur sebenarnya aku tak tau nak booking tiket flight wakakakakkakakakka..cerita sini abis sinila ye..kikikiki...tak berapa konpiden...hahahahah. nak senang cari pakej jela... so total all in hotel, transport & tiket flight untuk 6 orang kurang  daripada 2k. Semua di tanggung oleh Azam...hahahhaha..well aku kan dah di chop kedekut..hahahhahaha.

Kalau aku rajin nanti aku sambung la borak2...nak balik dah bye...

Ini telah menjadi SEJARAH

02 Februari 2016

Catatan 2016

2016

Rutin berubah sikit.

Azri & Fahmi dah sekolah menengah. Sekolah pulak sessi petang. Aqil masuk darjah satu. Aku pindahkan sekolah dekat area rumah.  Tak macam  abang2nya dulu sekolah kat kampung aku. Mula-mula memang aku dah daftarkan dia sekolah kat kampung tu, tapi pikir2 balik sekolah nie ada 2 sessi untuk darjah satu sekolah agama pagi sekolah kebangsaan petang balik pukul 6.40ptg. Aku balik pukul 5.30 lebih kurang satu jam aku kena tunggu dia nanti...adoi part yang tu lemah sikit. So buat keputusan tukar sekolah dia dan aku terpaksa cari tempat dia nak transit & transport dia pergi balik sekolah.

Sebab Aqil nie  sekolah bukan kat area tempat tadika dia jadinya bila masuk sekolah ni, dia takde kawan. Itu yang buat aku risau sikit. Sikit jela..hahahhaha... Setakat ni pun dia start sekolah umur 4 tahun, memang takde masalah malah dia halau aku balik adala masa hari pertama.....hahahahahah. Masa hari suaikenal dia dah complaint yang dia takde kawan,  kawannya semua dia tak kenal..hahaha..Aku cakap sabarla baru sehari sekolah.
hari pertama sekolah

kejap je dah besar...hahahhaha..

Aku cuti 2 hari nak tengok dia naik kete pergi balik sekolah. Tengok dia masa rehat. Masa rehat nie aku memang tak galakkan dia membeli. Aku bawakkan bekal tapi bagi jugak duit belanja, mana tau tiba2 dia teringin nak beli apa2 nanti tapi untuk rekod, dia baru sekali membeli minggu ni, itu pun dia cakap dia saje nak test.. hahahahhahah...so duit belanja dia selalunya aku masukkan tabung. 2 minggu pertama nie dia rehat awal sikit dari darjah 2&3 so ok lagi  lepas ni kalau rehat sekali, memang susah nak membeli mesti terkial2. Baik aku bawakkan bekal. Bekal simple2 jela. Janji ada benda dia nak makan. Sekolah agama pun aku bawakkan bekal jugak. Bawakkan roti la setakat nie sebab aku tak boleh nak bawakkan mende lain takut basi sebab aku kena sediakan pagi2 hantar kat rumah dia nak transit nanti. Syukur sangat aku ditemukan dengan orang yang baik baik dalam hidup ni..REZEKI Allah tu luaskan? 

Alhamdulillah dapat transport & tempat transit yang ok sangat. Macam transport tu jiran depan rumah je, baik orangnya untuk awal2 nie dia akan tunggu anak-anak kat dewan sekolah, so aku tak risau sangat.  yang paling best aqil sorang lelaki yang naik kete dengan dia..hahahhaha. Mula2 aqil malu jugak tapi lama2 ok je aku tengok. Happy je. Transit pun jiran sebaris selang beberapa rumah. Setakat nie teratur je rutin. Cuma aku bangun awal nak siapkan bekal dia dan makanan utk azri & fahmi yang sekolah petang..ehehehhehe..
tragedi hari ke2 sekolah, accident sendiri..haisshhh...macam-macamla anak-anak ni

Hahahahahaha..dah sebulan baru nak sambung mengarang....

Kejap je dah sebulan rutin aku macam ni..Alhamdulillah ok je la walaupun kena bangun awal pagi. Paling aku takle nak tahan aqil bangun pagi tetap nangis, macam-macam mendela nak kena deal elok2 dengan budak ni..adoi, lemah betul aku. Aqil ni memang ada habit suka nangis bangun pagi...kecuali dia bangun sendiri memang tak nangisla...

Hari ni dia taknak sekolah sebab ada cikgu garang katanya..hahahhaha..dia takut. eeee....geram pulak aku dengan budak ni. Malas aku nak layan...asiishhhh..

Anak-anak dah besar ni, banyak yang senang tinggal lagi nak bagi didikan jela. Azri dengan Fahmi nie dah remaja. Setakat ni ok jela..ketegaq tu kadang-kadang biasala...Mudah-mudahan takde yang luar biasa la...Jadi anak-anak yang menyenangkan makbapak ye anak-anakku..jangan kasi pusing kepala makbapak ko...ehehehehehe..


Ini telah menjadi SEJARAH