26 Oktober 2016

Catatan semalam

Dah 6 bulan takde N3, dah 3 bulan aku tak jenguk blog langsung tapi aku masih baca blog orang lagi. Sangat Aktif kat FB je sekarang. Tu yang kering idea nak mengarang apa kat blog. 

Jumaat lepas, masa nak habiskan sisa-sisa terakhir waktu kerja dapat wasap, suami kepada salah sorang geng sekolah paling rapat accident dan meninggal. Rupanya 2 orang kawan aku cuba call aku tapi  tak dapat sebab aku silent aku tak perasan. Balik kerja aku terus ke Bilik mayat hospital Klang. Aku nampak ros kat situ dengan anaknya. Aku peluk ros, takde kata-kata yang aku dapat luahkan untuk menenangkan dia, Aku cuma boleh usap2 belakang dia.  Arwah suami dia pun kawan sekolah aku. Awal bulan hari tu aku ada jumpa dia kat kenduri kawin adik kakak ipar aku, itu pun aku tegur dia dari jauh. Aku tunggu sampai jenazah selesai diuruskan dan dibawa balik kerumah.Pihak keluarga minta jenazah dikebumikan malam tu jugak. Aku sampai rumah pukul 11.30 malam. Letih fizikal dan mental. Agar ros diberi kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan dalam membesarkan anak-anaknya.


Balik bukan boleh tidur terus, dekat pukul 2 baru tidur. Esok kena kerja. Sumpah mengantuk hoittt. Sabtu lepas balik kerja pukul 1 tu ingat nak tidur kejap tapi dah janji dengan kawan-kawan nak melawat bapak kawan sekolah kat hospital. Kawan-kawan sekolah dalam group wasap buat collection untuk bapak kawan aku ni, kawan aku yang uruskan ni malas nak pegang duit tu lama2. Balik rumah makan, solat , siap2 keluar balik. 

masa ni bapak kawan aku tu ada pelawat lain, dia nangis2 cerita dengan kawannya tu..kitaorang tak sampai hati tengok tu yang kitaorang cerita sesama sendiri.


Sampai rumah dekat pukul 7. Mandi siap2 tunggu azam balik pegi rumah ateh pulak..hahahahhaha. Makan kat sana. Pukul 10 baru balik. Tak ingat, aku tido pukul berapa rasanya lambat gak. 

Bangun hari ahad tu aqil ajak pegi jogging. Ingat nak sambung tido lepas solat. Bangun siap2 terus pegi. Dapatla 1km aku lari..hahahahahahahah..adoi bolehla dari takde kan. Balik jogging macam biasa singgah mamak, kuikuikui.






Otw balik rumah kawan call suruh ambik mata kucing kat rumah dia, dah lepak rumah dia sampai pukul 12.. Pastu kawan2 lain call nak pergi ziarah baby baru kawan lagi sorang..adoi..berdesup balik mandi keluar lagi..hahahahahahahha..mengalahkan YB plak aku punya aktiviti. Balik rumah solat tido kejap, lepas asar bersilat pulak kat dapur sebelum Azam balik keje..hihihihii..



Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: