08 April 2016

Teringin pulak nak mengarang

Pagi ni tak boleh masak sebab air takde. Pelik pulak bangun pukul 5.30 setitis air tak keluar kat singki, selalu laju je kalau pagi. Kesian anak-anak kat rumah, nasib Azam keje malam balik nanti dia belikanla nasi lemak kat anak-anak. Aqil hari nie memang deal taknak bawak bekal..ehehehhehe..

Masuk hari ke4 aku hantar aqil pergi sekolah, hantar sampai depan pagar sekolah hokey. Peluh-peluh jugakla sebab aku hantar dia naik basikal..hahahahha.. Semalam aku cakap dengan dia "aqil esok pegi sekolah dengan cik sue ibu penat nak hantar 
naik basikal"  ... "ala mama, boleh la..plessssssss..." ..hahahhahaha...poyo tau budak nie...

Tu budak paling belakang tu tukang escort ibu..hahahhaha...tukang jaga basikal sementara aku naik jejantas ke sekolah aqil.

berguna jugak rupanya basikal ni..hahahhaha..ingat nak jadi tukun dah...

separuh tangga jejantas yang ade untuk sehala..hahahahha.... memang semput hoitt

Tapi best pulak pagi-pagi dah keluar peluh, aku pun dah lama tak excersice. Balik siap-siap pulak nak pergi kerja. Setakat ni ok jela sampai opis takdela lambat pun..ehehhehee...

Tahun nie masih tak berkesempatan pulak nak bercuti-cuti. Rasa masa penuh je. Percutian singkat pun takde lagi ni...hahahahha..lemau badan rasanya.  Tapi kan  tahun ni ekonomi tak memberangsangkan kena berjimat cermat. huhuhu..so kalau nak cuti-cuti kena bajet2. Hari tu Azam ada beli tabung kat kedai 2 ringgit. Dia paksa aku masukkan 50 inggit dalam tu setiap bulan..ahhahahahhaha..ape ni main paksa-paksa..hahahah. dia cakap duit tu digunakan kalau  pegi cuti-cuti..hahahhaa. aku rasa kelakar la sebab tau tak, aku la orangnya yang suka saiko/nasihat dia menyimpan duit setiap bulan, ini dia pulak paksa aku menyimpan..hahahahah..sudah tukar ka?..

oh lupa nak cerita, bila aku post gambar aku selpie naik basikal tu, ramai yang komen  mcm adik dengan kakak..eheheheh. Sebenarnya kan aku tak berapa selesa komen macam tu...hahahahha..ke aku yang pelik... tapi aku ada jugak komen gambar kawan-kawan kat fb macam tu jugak..diorang ok tak ye?...kikikiki....sebab aku malu..hahahahah..gambar dengan org jumpa depan2 lain..padahal kalau depan2 takut jadi macam nenek dengan cucu..hahahahha..Lagipun taula kan gambar dr hp ni dia memang ada setting beauty..hahahahha..elok je muka ko flawless padahal parut jerawat lobang2 mcm kawah kat bulan...eheheheheh..lepas tu takdela muda mana pun...kikikiki...



Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

izawani berkata...

Masih aktif berblog lagi yer... hehehe...

Cikja berkata...

eheheheh..aktif membaca kak, mengarang dah jarang-jarang ikut mood..

ieda berkata...

naik basikal gitu nampak macam budak form 5 ja pun...hehe

kak ina kl berkata...

walaupun jarang tapi kira ada gak a N3 lagi selepas di sapu sawang ek