23 November 2015

Tradisi lama jangan dilupa

Kalau ikut orang jawa nie, ada tradisi atau kebiasan yang dibuat bila menyambut sesuatu peristiwa contoh macam baik demam yang lama, hari lahir, lepas kemalangan tau apa2 la.  Tradisi tu kita panggil bancaan. Lebih kurang sama macam kenduri doa selamat la tapi bancaan nie lebih kecil skalanya berbanding kenduri, kalau kenduri tue kena panggil sekampung kan tapi bancaan hanya ahli2 keluarga terdekat sahaja. Atau yang paling simple ialah masak bubur merah (bubur nasi letak gula melaka), kemudian bagi pada jiran tetangga itu pun boleg dikira sebagai bancaan, kalau dulu masa nak bagi bubur atau nasi kita akan cakap kat jiran tue contoh mcm nie " nek, ini bancaannya ali"..maksudnya nanti orang terima tu tahu ... Oh, ali dah sembuh dari kemalangan atau dah baik demam..gitula lebih kurang yang aku paham dan pemerhatian aku selama jadi anak jawa nie. 

Sejak arwah mak meninggal memang kitaorang dah lama tinggalkan tradisi nie sebab yang sedap buat keluban nie arwah mak je. Kebetulan kakida cakap dia teringin nak makan keluban atau orang melayu cakap kerabu. Macam biasalah bila nak berkumpul tu orang nie boleh orang nie tak boleh.. stress. Bincang-bincang kita buat bulan 10 kebetulan banyak peristiwa kat bulan 10 nie, besday aku, ateh, fahmi dan izz, anniversary kakida & abang majid, so kita buat sekali harungla  gitu kononnya.

Share2 la bawaknya, ada yang bagi duit je. Resepi ingat2 masa arwah mak buat dulu..hahahahha..itu pun gaduh2 manja gak dengan adik beradik. Nasib aku kuat daya ingatan walaupun tak pernah buat tapi pernah nampak dan sambil2 tolong mak buat dulu.

Senang je nak buat mende nie, Saje letak resepi mana tau tetiba aku hilang ingatan boleh refer sini...

Bahan-bahan.

Ciliapi *kalau nak pedas letakla banyak2 lagi terangkat
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
cekur *kalau orang jawa panggil kencur, kalau ada daunnya potong sekali pastu tambah dengan sayur2 lain..sedappppppppppppp..
Aku tak pandai nak sukat2 agak2 la berapa banyak kelapa parut yang nak diguna. Semua bahan ni goreng dengan minyak sedikit. Dah goreng tumbuk la kasi lumat. Kelapa parut pulak sangan (goreng tanpa minyak), tapi jangan terlalu kering macam nak buat serunding tu. Agak2 dah ringan sikit dah okla tu.

Lepas tu gaul kan bahan tumbuk tadi dengan kelapa parut, ok yang buat dia sedap mestila keseimbangan rasa masam, manis, masin dan  pedasnya. Masa gaul ni kena letak asam jawa, gula, garam dan perasa. Contoh yang aku dah gaul kat bawah ni. Masa aku buat nie ramai tukang memberi komen rasanya..hahahahhahah..jadi rasanya memang umphhhh...ekekekkke..kejap orang tu kata kurang garam, kejap orang ni kata kurang asam..hahahhahah...bedal jela.

tangan tembam tu tangan aku...ehehehhe


Untuk sayurnya pulak terpulang korangla tapi kalau aku yang sedap, pucuk ubi, pucuk meranti, kacang panjang dan taugeh semua ni celur dulu. Timun nak letak pun boleh tapi nanti dia berair sikit. Kat bawah ni yang dah siap di make up untuk dihantar kat jiran. Nasi, tempe goreng, telo rebus, keluban, ikan masin bulu ayam, ikan kembung dan timun.Sedap wei lagi2 makan dekat atas daun pisang.

makan tak ingat dunia 
yang ini untuk kitaorang makan sekeluarga, makan dalam dulang ...sedap tak terkata..

hahhaha..kek tu acah2 suruh ateh tulis nama aku sekali..wakakkaka..ngikut plak budak tu pegi tulis nama aku gak...

Makan sampai tak larat bangun..ahhahahaha..buruk perangai betul!. dan makan lepak2 borak2 dengan adik beradik bestttttt!. Lepas asar baru balik..ehehehhehehe...

Lain kali boleh buat lagi..

Ini telah menjadi SEJARAH

20 November 2015

Sesuatu yang tak disangka....

Bismillah..

Macam mana nak mulakan cerita ye....

Kalau yang kenal aku, mesti tau tahun ni Fahmi ambik UPSR. Sejujurnya anak-anak aku ni bukan budak2 yang cemerlang dalam pelajaran. Tapi kan anak2 aku ni, nak cakap tak pandai *bukan riak tau*, aku tengok ok je bila aku ajar boleh buat, lagi-lagi matematik *aku suka ajar mate, sebab tu je yang aku pandai dan minat..hahahha*...elok je boleh jawab tapi bila jawab periksa kelaut semuanya...

Pasal  fahmi ni aku pernah citer dalam ni kan..dengan perangainya..menguji sangat...

Fahmi ni dalam sekolah tu dia duduk kelas belakang-belakang. Dah duduk kelas belakang kalau periksa tahunan pun dapat nombor belakang-belakang gak...adoi, kalau periksa memang takde markah yang sedap la ko nak tengok, memang urut dada jela aku dengan Azam. Percubaan UPSR pun takde B, C dengan D je. C tue pemahaman. Aku memang tak tusyen kan sebab dia banyak kelas tambahan. Kesian pulak aku tengok. Macam takde live je hahahhaha. Dengan kelas malamnya, sabtu lagi..dia rehat Ahad je. Celah mana pulak aku nak hantar tusyen. Kat rumah bila kena marah baru baca buku itupun 15 minit je, lepas tu samaada dia tido atau dia carik helah lain. Aku belikan jugak buku latihan, contoh2 soalan UPSR bagi dia buat, tapi buat main2 jugak. Kalau dengan aku nie kadang2 memang tak jalan la kalau kena marah pun. Ada Azam baru dia takut.

Lepas percubaan tu, cikgu sekolah dia banyak jugak buat periksa ala2 UPSR ni, tapi tuelah susah betul dia nak score nak ada A tu memang mimpi sangat. Cikgu dia pun sampai pasrah, cikgu dia cakap usaha sikit lagi janji dpt lulus pun ok je..hahhahahha..sampai gitu cikgunya. Paling seram, dia punya penulisan. Banyak sangat perkataan yang dia salah guna MEN MEM BER BE TER dia tak pandai nak guna. Kalau baca karangan dia macam takde rupa karangan budak 12 tahun..hahahahha..serius ni, Aku cakap dah rupa bangla punya ayat. tunggang langgang..aku nak ajar tak pandai sebab penulisan nie kalau banyak membaca buku memang ilham tu senang je datang. 

Anak-anak nie memang sukar nak dijangka..Masa Azri dulu aku target dia boleh dapat sekurang2nya 2A..bila keluar result siap ada D (BI) ..A langsung takde..hahahha...frust betul aku tapi benda dah lepas redha jela, azrinya relax je hahahhahaha...maknya yang kecewa lebih. Tu yang bila turn fahmi aku tak letak harapan tinggi..takut kecewa. Nasib Azri ni anak yang ringan tulang..ehehehhehe, takat jaga adik, masak nasi, sidai kain, gosok baju serahla kat dia memang boleh diharap sangat.

So bila Selasa lepas, keputusan UPSR keluar aku tak letak harapan tinggi untuk dia. Bagi aku lulus je dah cukup baik huhuhu.. Pagi keputusan keluar tu, aku hantar dia pegi sekolah macam biasa, aku cakap aku tak boleh teman dia ambik result *takut sebenarnya hahahah*. Bila tengok kat FB start pukul 11 lebih tu dah ramai yang upload keputusan anak masing2, aku pulak yang berdebar. Kat group wassup, adik beradik dah sibuk tanya2 Fahmi dapat berapa, adoi lagi la aku gelabah. Aku tanya kakak pengasuh pukul 12, katanya fahmi tak baliik lagi, aku pun ok je la diam terus. Tetiba kawan aku hantar wassup, cakap tahniah kat Fahmi. Aku dah pelik. Aku cakap fahmi dapat berapa pun aku tak tau, rupanya anaknya kawan fahmi bagitau fahmi dapat 3B 2C, terbalik dengan anak dia...hahahahha. Aku gelak, aku cakap aku tak percayala percubaan pun 1C je yang lain D. Kawan aku cakap tak taula sebab fahmi yang bagitau kat anak dia. Lagi aku berdebar kalau betul 3B 2C kira boleh tahan jugak result tu untuk dia..hahahahahha.. Aku wassup kakak pengasuh lagi sekali tanya dia dah balik ke belum sebab aku nak tau result dia, Fahmi cakap tunggu ibu balik baru dia nak tunjuk..hahahahhahaha..Masa tu dah pukul 3 ptg rasanya..adoi aku memang tak senang duduk kot kat opis..hahahahahhaha...pandai pulak dia nak buat maknya gelisah..ceh...

Sampai2 rumah pengasuh, dia cakap "ibu, BI adik gagal bu, ramai yang gagal kelas adik sebab BI susah sangat" respon aku "hmmmmm, nak buat macam mane terima jela dik"...agak kecewa jugak la kat situ tapi dia tak tunjuk lagi slip periksa dia, aku pun malas nak tanya yang lain2..sebab macam dapat agak dah result dia macam mane hahahahha..diam sampaila kat rumah. Masuk rumah aku terus solat. Dia tunjuk dulu slip tu kat bapaknya sebab bapaknya nak pegi keje. Aku habis solat je, Azam dah pergi kerja, fahmi tengah pegang slip tu. Aku minta slip tu...aku tengok. "eh apasal ada terselit A kat situ"..hahahhahaha...Fahmi senyum2..then aku terus peluk dia...huhuhuhuuh...sangat tak sangka. 

Wassup dengan adik beradik...kikikikiki..



Aku cakap kat dia takpela BI tue D, target sekolah pun jangan E sudah..hahahhahah. Lagipun  kalau tengok balik kebelakang aku pun tak sangat la bersungguh-sungguh tolong dia capai kejayaan berbanding dengan mak2 orang lain yang sungguh2 teman anak belajar, sanggup hantar ambik anak tusyen sana sini, so kalau dapat banyak A sangat la sesuai dengan usahanya. Aku rasa berbanding aku dengan cikgu..cikgu dia lagi banyak tolong dia...TERIMA KASIH CIKGU. Nampaknya D untuk BI tue memang keturunan..ahhahahahha..sebab UPSR aku dulu pun BI  D..kuikuikui..

Malam tu permintaan dia, dia nak tido dengan aku. Aku cakap sebab ada A satu ok bolehla adik tido dengan ibu..huhuhuhu...sebak kat situ. Apa pun sebenarnya aku tetap bangga dengan anak-anak sebab diorang anak-anak aku titik

Doa yang baik-baik untuk anak2 semoga berjaya dunia & akhirat.


Ini telah menjadi SEJARAH