18 Ogos 2015

Anak yang nak periksa mak yang stresssss...

Semalam diet kantoi makan kerepek pisang dengan muruku..hahahhaha..takle tahan mulut nak mengunyah...lepas telan menyesal..aahahha, banyak pulak tu aku telan..wakakakakkaka...

Ok hari  nie try on balik...

Lagi beberapa hari nak UPSR & PSRA. Macam biasa anak yang nak ambik periksa selamba je, maknya yang nebes..huhuhuhu. Tak taula haku nak cakap kat bebudak nie, Kadang2 aku pikir bukan rezeki aku anak-anak cemerlang dalam pelajaran..uhuks..aku nak push sangat bebudak nie pun tak boleh sebab limit dia memang takat tue je...mmmm..kalau diajar bukan tak boleh buat, tapi bila jawab periksa, pelik dia macam tak sungguh2 nak jawab...sabo jela maknya nie.  Banyak kali aku pesan, masa depan diaorang, diorang sendiri tentukan..ibu dengan abah tolong lorongkan apa yang patut, lunaskan tanggungjawab apa yang perlu..selebihnya terpulang diorangla. Cakap banyak aku pulak yang stress..huwaaaa..anak-anak....

Tapi yang paling penting aku nak anak-anak jadi orang yang taat pada agamanya (islam)...ITU PENTING tiada tolak ansur.

Lagi beberapa hari nie, aku tawakal jela..tapi nak sebut tawakal pun malu sebab rasanya macam usaha aku dan anak pun ciput sangat..huhuhuhu....

inila budak yang nak UPSR tue....
Semoga yang baik-baik aje..Amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

17 Ogos 2015

Mula balik

Dari lepas cuti raya, aku belum lagi berjaya mendietkan diri..huhuhuh. Boringkan cerita pasal diet huhuhuhu..tapi nak buat macam mane dah gemuk kenala diet hahahahhaha. Kalau nak dikira aku  nie aktif jugak malam-malam buat workout simple2 hiks..dapat buat squat 10 kali seminggu sekali pun hokey. Satu benda yang aku perasan kalau aku langsung tak buat workout + tak jaga makan badan aku sakit2 terutama pinggang..huhuhuhu..why why why...kadang2 malas hokey nak terkinja2 depan TV..macam beriya- iya sangat ko nak kurus..ahhahahah..padahal tak kurus-kurus pun..tapi nie betul2 kejadian nie, kalau dalam masa 2 minggu direct aku tak buat workout, lenguh berdenyut-denyut pinggang aku. 

Hari nie start balik, tengok berapa lama boleh tahan..kuikuikui....

Setakat  kat opis nie dah jam 4.00 petang nie dapat control dengan baik ..balik rumah nanti tak taula..huahuahuahau...dah terbayang2 kerepek pisang, muruku balance2 raya punya..hahahhahahahah...


Ini telah menjadi SEJARAH

12 Ogos 2015

RAYA 2015

Boring nak cerita pasal raya sebab setiap tahun sama je kisahnya..hekhekhek....yang berbeza cuma usia, baju dan masa..hahahhahahaha..

Tahun nie kitaorang balik raya awal sehari sebab kitaorang tak balik masa puasa, jadi teringin la jugak nak buka sama-sama dengan mentua kan...hekhekhek, nampak tak?..hahahhaha..

Sebelum raya tu ramai yang viralkan kat FB pasal, aurat + keselesaan bila beraya kat rumah mentua. Aku tak boleh nak komen sebab Azam nie 2 beradik je, memang kat rumah tu ada bilik, takde istilah tak selesa ye, sebab takde sapa nak berebut bilik air, nak gosok baju kena Q bagai, tido sepah2 kat ruang tamu, Nak basuh baju pun takde berebut ampaian. Tapiiiiiiiiiiiiikan... ada jugak yang tak seronoknya sebab suasana meriah tu takde....Kebetulan adik ipo beraya kat rumah mentua dia, jadinya malam raya dengan raya pertama tu aku sekeluarga + mak mentua je. Sama jela kalau aku kat rumah pun..hahahhaha..ni cuma tambah mak mentua je. Dah terbiasa macam tu bila raya tetap juga bahagia...Janji boleh berkumpul sama2 malam raya...Pasal suasana tak riuh rendah tu kita abaikan..ehehehhehehhe...manusia mana nak rasa cukup

Pagi raya kita pegi sembahyang raya kat masjid. Dulu aku tak pernah ikut pergi solat raya sebab aku tak reti solat raya..ahhahahhaha...adoi bodoh piang sangat tau. Lagipun aku dibesarkan, dengan budaya orang perempuan tak payah pergi solat kat masjid. Kalau hari raya, orang perempuan siapkan juadah dan siap2 pakai baju baru tunggu orang lelaki balik raya..gitu. 

Ya ALLAH berkurun pulak aku mengarang cerita nie..hahahhaha..dari awal raya aritu sampai hari nie tak sudah2...hahahhahaha...

Masa anak-anak kecik bolehla aku buat alasan jaga anak kan..hahahhah..bila anak-anak dah besar ko nak buat alasan apa bila laki ajak pegi solat raya...uhukss...ikut jugakla  sambil google cara2 solat raya lagipun ikut imam kan...ehehehhehehe...Selalu kalau solat raya, memang kitaorang datang awal, Mak mentua haku kalau datang dia duduk depan saff pompuan tu, aku duduk 3 4 baris belakang dia..hahahhahahhahahhah...mak mentua aku ajak duduk depan dengan dia aku tolak baik2..kuang kuang kuang.....Selalu yang duduk depan saf, orang tua-tua..ehehheheheh..takpe kita dulukan yang tua kan lebih sopan..ehehehhehe..

Ready nak pergi masjid...nenek dengan the cucu's
Perjalanan ke masjid yang makan masa 2 minit..hahahhahahahha..

balik solat dah...hisshhhh..susah nak ambik gambar dengan budak depan tue..

Masa untuk bersalam-salaman, Mula2 laki kena salam emaknya, kemudian aku, kemudian anak-anak.. Lepas tue Aku kena salam laki, kemudian anak-anak..dah akhir sekali anak-anak salam aku...turutan belasah..Janji minta ampun kan..hahhahahah


Azri dengan nenek

Fahmi dengan nenek

Nak duit raya!..ahhahahaha


Dia buka silat pulak dahhhh...hahahahhaha..


ambik gambo guna 'batang mop'..hahahahha..dah tue camera pun tak bawak sapa yang nak ambikkan gambo kitaorang...terpaksa guna khidmat 'batang mop'...terpaksa katanya..hiks..padahal mmg suka

Kemudian aktiviti menternak lemak selagi boleh, Bila dah petang-petang baru adik ipo balik, yang aku dah tukar baju basahan dah..sekali dia cakap nak ambik gambar, suruh pakai baju raya tadi...nasib pakai jubah sarung je tadaaaa.siap!....hahahahhaha..Tiap tahun biras aku keluarkan kamera gadang dia, tpi tak pernah nampak gambarnya hahahahhaha...tahun nie pun sama gak..yang ada nie dari hp aku je..

budak gendon..hiks...tengok la fahmi..selekeh...

cukup !
Cukup la cerita raya 2015

Diakhiri dengan sekeping gambar....









miawwww...miawwwwwwwww..hahhaha



Ini telah menjadi SEJARAH