25 Julai 2015

PUASA 2015

Puasa tahun nie, aku sangat bersemangat memasak sendiri juadah berbuka. Rasanya 4 kali je kot aku pegi pasar ramadhan..satu pencapaian yang baik..kekekekeke...so kerja aku tiap hari lepas buka upload juadah buka kat FB...bukan nak suruh orang tengok, tapi untuk rekod pencapaian sendiri..eehheheheh...

Ada yang tanya aku sempat ko masak ye, orang cakap nak seribu daya taknak seribu dalih. Rupanya makcik aku pun suka tengok, dia cakap "cik suka tengok, eh hari nie riza masak apa nie"..hahahhha.kantoi skodeng FB i tau...hahahhahah...

Selalunya aku memang dah plan nak masak apa untuk esoknya jadi masa sahur aku dah siap2kan bahannya. Masak tue sekejap je nak buat persediaan bahan tu makan masa, contoh nak kopek bawang, potong ayam, potong sayur bagaikan. Tu sebab dalam masa kurang satu jam selalunya aku boleh masak 3 masakkan yang simple2...hokeyla tue kan. Anak-anak dengan laki jenis tak kisah masak apa pun lagila senang haku nak masak. Aku sampai rumah paling cepat pukul 6 petang jadi rutin aku, balik rumah solat asar, pakai apron terus masak, memang non stop la sampai dekat nak buka nanti baru aku dapat duduk. Kalau azam keje malam, sebelum pergi kerja dia masak nasi dulu. Lauk2 yang aku nak masak aku dah siap keluarkan dari freezer masa sahur, takdelah lama nak tunggu dia cair. 

Sebahagian menu yang aku masak....yang lain ada dalam fb, malas nak download balik. 

Kupang tu ahli keluarga tak berapa suka ..ehehhehehe...

ketam butter milk...yang nie kegemaran ahli kelurga...masak masa ateh buka kat rumah..
Selalunya kitaorang makan masa buka je, lepas tu dah macam ular sawa kekenyangan jarang repeat balik. Tu sebab aku tak beli kuih muih pun, kalau sempat aku buat la cekodok je sebagai kuih2, kadang goreng naget...itu yang laju. Kalau banyak makanan tue sampai kesahurla boleh makan tapi selalunya memang habis, sahur goreng telo je...ahhahahha...

Tapi kalau lepas buka, dah solat, mandi semua, memang aku melepek kepenatan la...lepas tue sambung pulak basuh kain, baju sekolah semua, clearkan singki sebelum tido....ingat boleh duduk2 diam... memang takla. Tapi bestla dapat masak, tengok anak-anak dengan laki makan bertambah2 jadi suka...Azam tue patutnya bulan puasala nak rasa kurus dia makin bowwwlat..ahhahahahha...pastu marahkan aku sebab masak sedap2 kuikuikui...masalahnya sedap ker?..hahahhaha..

Ini telah menjadi SEJARAH

24 Julai 2015

Pullman Putrajaya


Draft dari sebelum puasa, nie dah lepas raya sambung balik..hahahhaha..so ada yang lupa + gambar pun dah takde dalam hp..huhuuhuuh...

Bising la Azam cuti panjang tak pegi mana-mana katanya. Dia cakap bukan senang nak cuti panjang macam nie. Masalahnya yang cuti panjang dia dengan anak-anak, aku keje..hahahhahah. Mula-mula plan nak ke melaka tapi semua hotel best-best dah full..iyela buat keje giler nak pegi 3/5..booking 1/5..hahahhahahha..entah macam mane tergoogle putrajaya kat agoda..ternampak pullman hotel tengok review & hotel cantik. Harga pun resonable. Tunjuk Azam, terus booking.

So pagi 3/5, kitaorang pergi kenduri dulu, tapi dah siap2 bawak beg baju semua. Check in pukul 3 kot..aku tak check pulak. So rasanya sempat. 

Dalam pukul 12 tengahari tu tunggu2 pengantin tak sanding2 aku blah dulu la..hahahhaha..katanya sanding pukul 1.30 kot..aisshhh tak dapatla nak tunggu. Tapi dekat2 pukul 1 gak bertolak. Singgah sana sini. Sempat tumpang berak kat KFC..hahahhaha..crit birit pula aku hari tu.

Sampai Pullman dekat pukul 2.30. Sampai je dah kagum-kagum ..hahahahha.. al maklumla jakun ..wakakkakakak...Ramai jugak yang nak check in. Kawasan pullman nie memang cantik sangat.. 

sebelum nak ke bilik..


Besar pullman nie, ada 3 bangunan kot. Bilik kitaorang kat ??? lupa dah nama2 bangunannya.hahahahha. 

pemandangan dari bilik kitaorang, bunyi air pancut tue, dengan unggas2 menenangkan jiwa betul, terasa suasana kampungnya..

besar hokey bilik dia, kalau bawak toto pun aci nie, katil single 2, kitaorang rapatkan..hahahha..azam tido kat sofa yang empuk tu...

tuan tanah nak mempoyo kejap
Putrajaya nie memang cantikkan kawasan dia, dijaga dengan bersih!. Lepas masuk bilik rehat2 kejap solat semua lepas asar kitaorang turun lagi, nak bawak anak-anak lawat kawasan sekitar & mandi pool.

masih dalam kawasan hotel

ini depan tasik...masih kawasan hotel jugak..
Lepas tue kitaorang sewa basikat kat hotel nie, kecik 10, yang double tue 15 inggit satu jam...best betul! ronda2 kawasan tasik macam aku cakap tadila kawasan putrajaya nie bersih & hijau...walaupun jauh tapi takdela sampai 1 jam kitaorang ronda2 sebab anak-anak dah bising nak mandi pool....layanzzzzzzzzzzz...





Adoi sampai sini jelah nampaknya cerita yang ada..gambo2 takde tak best nak sambung cerita, nie je yang sempat aku transfer ke pc opis, yang lain azam dah sedut masuk dalam laptop kat rumah...so pendek kata pullman putrajaya memang best...

Ini telah menjadi SEJARAH