24 April 2015

Yang bermain di fikiran

1) Hidup rumahtangga mesti kena give & take. Itu normal, yang tak normal bila belum kahwin tapi pihak lelaki mempertikaikan gaji tunang/kekasihnya sikit lepas tu komen "mana cukup nanti kalau dah kahwin". Menyirap pulak darah aku bila dengar. Bukankah nafkah itu tanggungjawab lelaki?. Rasanya memang tak sesuai la lelaki seperti ini dijadikan suami...huhuhuhu. Tapi tulakan kalau dah sayang selalunya tertutup  mata hati tu..huhuhu.. Dan kalau jadi lelaki, kalau isteri ko bergaji lebih adakah tidak rasa tercabar?.mmmm...Dunia dah terbalik nampaknya. 

2) Minggu lepas balik kampung, masa nak balik macam biasa salam peluk cium dengan mak mentua...tapi minggu lepas terusik jiwa aku bila mak mentua balas pelukan dan ciuman sambil cakap "sayang anak mak"..huhuhuh..tetiba teringat kat arwah mak. Itula ucapan arwah masa aku hopeless dapat berita dia kena kanser..huhuhhuhu.. untuk mak mentua terima kasih sayang saya walaupun saya bukan menantu yang baik..

3) Dah terjebak beli produk nak kuruskan badan...tapi tak kurus kurus pun..hahahahhaha. Adoi la jahanam duit haku...bukan salah produk, tapi semangat aku tak kuat. Aku ingat bila beli produk mahal-mahal semangat nak kurus tue kuat la..sebab sayang duitkan..rupanya..hampeh..hahahahhahaha. Yup aku beli produk tue bukan sebab keberkesanannya tapi sebab nak jadi pemangkin semangat je..hahhahahha. Boleh?

4) Kelmarin baru terperasan kereta kena sagat..mmm..tang bila kena pun tak tau la. Aku perasan pun bila turunkan beg +baju sekolah anak kat rumah kakak pengasuh...



Tanya kat laki pun dia tak tau..uhuk, bagaimana merah ini tercalar begitula rasa hatiku. Kang, ada masa kita cat le balik..jahat tau sapa yang langgar pastu buat-buat tak tau...mmmm..

5)  Pening dengan anak-anak, terutama Fahmi tahun nie nak UPSR tapi macam biasala suruh baca buku bukan main liat....gggrrrr...istighfar je aku ni..huhuhu..Kalau cakap aku nie memang bolayan je dia. Malam tadi sibuk main game aku suruh berhenti main game tu minta dia buat latihan karangan memang dia berhenti main game tapi pegi makan....abis makan buat-buat tak reti, selamba je Ya Allah menyirap pula darah aku..huhuhuhuh...mencabar betul mendidik anak2 nie, aku rasa setakat aku hidup 34 tahun nie perkara yang paling susah/sakit/perit  adalah  mendidik anak. 

6) Perasaan nak bina rumah sendiri membuak buak, tapi duitnya tak membuak-buak huwaaaaa...helppppppppp..hahahhahahah. Macam sawan plak asyik tengok plan 3D ni..
Cantikkan,  eh tapi design nie design apartment. Tapi aku suka gak dengan design ni. Bilik air  2 cukup la pastu  takyah bath tab sangatla kan, rumah kampung kot...



Ini telah menjadi SEJARAH

14 April 2015

Kes mahkamah

Alhamdulillah settle satu masalah hidup...Kitaorang dah duduk aman-aman dah tetiba orang saman..adoiii..tak paham sungguh!. Saman pulak bukan sikit-sikit duit...mmmm..

Minggu lepas, keputusan kes yang dah berjalan hampir 4 bulan. Alhamdulillah kitaorang menang kes nie. Cuti tahunan memang habis kat Mahkamah je. Sakit hati tak tau nak cakap. Ada satu masa, seminggu tu 3 hari bicara kes.. Ko rasa?. Ingat kitaorang takde kerja lain nak hadap?..mmmm..
Pembeli tue saman kitaorang tuan tanah dengan broker (no.8)  tue sekali 

Tapi sebab kita adalah orang yang disaman, dan macam kita yang salah terpaksala bela diri. Kes ini ada kaitan dengan jual beli tanah pusaka kitaorang. Orang tue saman kitaorang dengan alasan batalkan jualbeli tanah tu dengan dia. Yang pihak kitaorang pulak dah jual tanah tu dengan orang lain yang memang takde kena mengena dengan dia. Padahal sebenarnya kita takde urusan dengan dia pun dan tak pernah kenal pun dan tak tau pun dia pernah nak beli tanah tu, siap dah bayar deposit sekali,  yang salah sebenarnya broker tanah yang berhati setan..serius aku geram betul dengan broker jahanam tu. Menyusahkan orang. Dia yang dapatkan surat kuasa palsu (dengan tandatangan palsu kitaorang semua),  lepas tu dia ugut peguam yang uruskan jualbeli tanah kitaorang, siap minta bayaran kalau nak suruh dia tarik balik halangan keatas tanah tu. Kes ini jugak melibatkan peguam yang bunuh dato Sosilawati!. Peguam niela yang sebenarnya bagi maklumat pasal tanah kitaorang tu kat broker jahanam tu. Peguam tu jual maklumat pasal tanah kitaorang tu kat broker tu. Dan kitaorang pun tak pernah jumpa broker nie sebelum kes nie di bicarakan!.

Sebenarnya urusan jualbelitanah  nie kitaorang dah serahkan pada abang sepupu kitaorang dan tak pernah ada broker lain. Peguam yang abang sepupu kitaorang lantik pun kitaorang kenal. Jadi bila ada broker lain+peguam lain kitaorang pelik. Nampak tak  betapa manusia nie tamak haloba sampai harta orang pun dia nak jual!...yang tentu2 bukan hak dia..mmmmm

Kalau nak cerita memang berbelit2, aku sendiri masa mula-mula blur. Dia nie siapa, yang tu pulak siapa kaitannya apa..bla bla bla...Bila ikut kes nie baru aku paham. dan yang paling best kitaorang terpaksa gunakan pakar forensik untuk buktikan surat kuasa tu gunakan tandangan palsu. Bayarannya pun best sangat..huhuhuhuhu...Memang terbaikla cara dia tiru tandatangan kitaorang. Kalau ikut mata kasar memang 90% sama!.

Peguam yang mewakili kitaorang cakap, broker nie dah banyak kali tipu orang dengan cara macam nie dan selalu terlepas, Dia jual tanah orang kampung dengan cara kotor kemudian duitnya dia ambik, tuan tanah tau-tau je tanah dah terjual, keji sangat perbuatan dia.

Dan dengan kes kitaorang ni dia tak terlepas, kitaorang  menang kes nie dengan bukti-bukti yang ada dan broker tue kena pulangkan balik duit yang dia dah ambik dengan ugutan tue. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya aku tak kisah sangat dengan duit tue walaupun geram hamatttttttttttttt...rasa masa jumpa kat mahkamah tue aku rasa nak tumbuk je muka dia, memang tak tau malu sungguh!..yang penting hal nie selesai je. Aku tak kacau orang dan aku harap orang pun tak kacau aku.

Tapi  bila kenang-kenang balik abang ayeng paling kesian..hahahahhaha..dia yang kena soal dengan peguam plaintif kaw kaw..ekekkeke..hujung-hujung dia pun pening apa yang dia jawab, Aku kakida dengan ateh terlepas sebab kes yang sama kan jadi abang ayeng je yang wakil kitaorang. 

Seumur hidup aku pestime masuk mahkamah dan dengar soal jawab antara peguam, saksi dan  hakim ..memang kita yang tengok pun boleh gigil, lagi yang duduk kat kandang saksi..huhuhuhu..kena pula peguam pihak lawan punya soalan...adoi satu jawapan tapi ada 5 soalan dengan ayat yang berbeza..tak ke pening nak jawab!..tue yang mula2 cakap tidak..kang hujung2 tetiba boleh jadi iya...hahhahaha...pening!.

Drama airmata masa lepas keputusan kes dibacakan dengan hakim..huhuhuh..syukur!..sangat sangat syukur. Terima Kasih ALLAH!.


Ini telah menjadi SEJARAH

03 April 2015

Kena sebijik dengan anak

Boleh dikatakan aku ni selalu memandu. 6 hari seminggu 2 kali sehari. Hari ahad jarang memandu .Kalau dah terlalu kerap memandu dan berada di jalan raya, kita semakin lali dengan perangai2 yang menjengkelkan. Contoh masuk simpang tak bagi signal, bawak kereta 20km/j konpius aku ko pandu kereta ke ko tolak kereta..huhuhu nak keluar simpang terhegeh2 padahal kereta yang dia nampak tu sebatu lagi..hahahha. dan sebagainya. Kata orang kesabaran aku pada tahap yang baik menghadapi benda ni. Aku sangat jarang gunakan hon untuk menunjukkan kemarahan/amaran kepada  pemandu lain mungkin kalau 365 hari aku gunakan hon cuma 3 4 kali sahaja. Kebiasaanya aku gunakan hon, bila terserempak kawan/saudara mara /jiran dijalan dan semasa sampai rumah sebab nak suruh orang dalam rumah bukak pagar..hahahahhaha...


Kelmarin Azam ambik aku dari kerja lepas tu ambik anak-anak dari rumah pengasuh. On the way nak balik rumah tu ada satu simpang dari kampung keluar ke jalan besar. kat bawah nie aku ada lukis gambar..ekekkeke..gigih..


Tambah kapsyen
Ikut simpang ni kereta A yang nak keluar kekiri boleh terus susur je sebab ada lorong khas untuk susur tak payah berhenti walaupun kereta banyak. Tapi kereta A tue berhenti..ehehheehe. So kita yang kat belakang nie sabarla tunggu dia yang takut2 nak keluar simpang..ekekekke. Ok masa kejadian, Azam yang bawak kereta, 13 tahun hidup dengan dia aku memang tau dia adalah sangat tak penyabar kat jalan raya. BARAN!..hahahahhah. Serius kadang2 geram je aku dengan dia, sebab dia bawa aura negatif..kikikiki.

Masa kejadiaan nie dia dah start membebel marah-marah, tangan dah nak tekan hon. Aku cakap "ha, jangan nak tekan hon tue, sabarla..entah2 orang tua yang bawak kereta ker, dia tak confident tu nak masuk, sabar jela kejap"...dia start pok pek pok pek..

Pastu aku cakap kat aqil

"dik, ibu kalau bawak kereta tenang je kan dik, tak marah-marah pun kan?......." nak sambung lagi..tapi aqil terus cakap..

"aah, takde nak pin pin semua...abah tu siap marah-marah orang lagi, nasib abah dalam kereta, kalau tak adik rasa mulut abah dan kena penampar dah"

hahahhahahahhahahaa..terbahak-bahak aku ketawa..tak sangka aqil laju je keluarkan ayat tue......Azam pun ikut ketawa..hambik ko kena sebijik dengan anak....

anak-anak nie pemerhati yang baik...



Ini telah menjadi SEJARAH

01 April 2015

Selamat menyambut GST

Hari niela harinya....Selamat ber GST semua!

Semalam masa nak balik dari kerja aku ingat nak singgah beli kicap. Stok kat rumah dah takde, sebelum kena GST ingat nak refill stok la..sekali tengok duit ada 12 ringgit je..hahahahhahah..malas pulak aku nak singgah ATM. Ah lantakla kena gst pun nak buat macam mana kan. Aku dulu makan kicap kipas udang, lepastu harga kicap tue naik melampau-lampau sampai 8-10 ringgit macam tu terus aku tukar kicap jalen, rasanya sama je. 

Ingat nak pergi pasar juga semalam, malas nak masak. Azam pun cakap pergi pasar je. Sekali hujan lebat gile. Dah beberapa hari ni hujan petang sangat lebat+angin kuat, seram sangat. Nak tunggu hujan berhenti macam takde tanda-tanda, sampai rumah aku keluarkan sotong nasib ada lagi stok haiwan dalam peti ais. Menu yang kat kepala hotak aku, sotong masak lemak ciliapi dan  telur dadar je..kikikiki. Kebetulan aku beli sambal hitam pahang yang femes tue kat opismate. Memang mabeles rupanya sambal hitam tu...lepas makan nasi+sambal itam+telur dadar *aku tak minat sangat kuah lemak, aku suka makan takde kuah kecuali sayur bening. Aku ambik bekas sambal hitam tue,  aku makan macam tu je sambil tengok TV. Ko rasa? bergelodak perut dengan lidah aku..hahahahhaha.

Aqil nampak aku jelir-jelirkan  lidah sebab pedas, dia cakap..

"tula mama, makan sambal tue buat apa, kan dan pedas"

"Dah sedap, ibu makan la"...

Hahahhahah..macam mak nenek aqil nie..

Selera makan aku 2 3 menjek nie memang melampaula..huhuhuhu. Nasi sepinggan selalu tak cukup. Stress la...senam buat jugak tapi kan kalau diet yang berkesan 80% kawal makan 20% lagi senaman..kalau senam macam nak mati, makan pun macam nak mati memang tak berkesan la ..makin buntal adala ..huhuhuhu...Lepas tu kalau aku tengah cuba nak diet Azam mesti perli2 hahahhahah...dia risau sangat bininya tak makan padahal ..mmm "Kurus abang sayang, gemuk pun abang sayang.." ...katanya... hahahhahahah.. Masalahnya bukan gemuk tapi kesihatan, taulakan umur makin meningkat nie takut ada penyakit yang lekat, kalau makan main belasah je .huwaaarggghhhh....


Semangat DIET pulangla ke panggal  jalan please.....!!!!

Ini telah menjadi SEJARAH