12 Februari 2015

Tahap kita


Apa yang ditakdirkan untuk kita kadang-kadang sangat sesuai dengan tahap kemampuan penerimaan kita. 

Semalam fahmi demam, hari ni pun masih demam. Biasala anak-anak kalau demam manjanya lain macam + nagda-ngada jugak..huhuhuh. Sebenarnya dah lama jugak anak-anak tak demam. Bila kena layan kerenah anak demam semalam, baru aku sedar aku dah tak ada  kesabaran melayan kerenah anak-anak merengek mengada-ngada ...huhuhuhu...Itu sebab agaknya  aku tak mengandung2 lagi...huhuhu. Kalau ada anak kecik lagilakan mesti banyak sangat kerenah..mmm..

Harap-harap Fahmi cepat sembuh. Hari ni pun masih tak sihat dan pening kepala lagi. Dah 2 hari tak sekolah ni. Fahmi ni anak yang tak tahan sakit, dia lagi tahan menangis merengek sepanjang malam, terpaksala maknya ni picit kepala dia sambil pejam mata..huhuhu...

Tengah musim demam kot nie, aku pesan kat Azri suruh minum air kosong banyak-banyak. Aku percaya air kosong adalah penawar yang baik. 


Ini telah menjadi SEJARAH

07 Februari 2015

Entah kenapa aku ni baran betul dengan anak, terutama dengan anak yang No2..hahahhaha. Adoi semalam aku terlempang fahmi, lempang sikit je..sebab panas hati tengok dia gosok baju,  aku tengok memang sakit hati betul padahal dah ajar macam mane nak buat, tapi lepas tue menyesal sendiri huhuhuhu..boleh je kot nak ajar elok elok. Haila parijah kurangkan sikit baran dengan anak tu... :(

Tapi demi Allah aku sayang anak-anak aku..huhuhuhu. Well mak mak sangat perangai tu...dah pukul pastu menyesal. Aku harap dia paham kenapa aku marah. Mudah -mudahan aku boleh bersabar layan kerenah anak-anak.aminn.

Ok ini memang cerita basi..

Tak tahu kenapa hujung tahun 2014, company decide nak bayar bonus lagi. Maksudnya tahun 2014 bonus dibayar 2 kali Januari dan December. Dan aku rasa Bonus December tu sebenarnya untuk Bonus 2015 sebab conpamy paling banyak bagi bonus 1 bulan gaji je pun, tak pernah sampai 2 bulan..hahahha. So kalau ikut rekod 2015 takde bonus..huhuhuhu.. Selalu company bayar bonus dekat-dekat nak raya cina. Macam terkejutla. Mimpi kot bos aku tue..hahahaha. Tapi mimpi  dia, rezeki untuk kami..ehehhehe..

Macam biasala aku kalau dapat bonus memang tak cakap kat laki..hahahahhaha..tapi terkantoi masa nak isi borang pendaftaran sekolah Aqil..kan dia mintak payslip, pulak tu bonus tue sekali satu payslip dengan gaji..hahahhaha..adoi..sabo jela. ayat laki aku "ibu dapat bonussssssssss yeeeeeeeeeeeeeeee"..sambil sengih2....eeeee..annoying sangat..hahahhaahah.

Lepas dapat bonus keluar ada pulak dinner company, tahun sebelum-sebelum nie memang aku join terkinja-kinja atas pentas, tapi dinner kali nie aku tarik diri dan group kitaorang dibubarkan atas alasan-alasan MALAS nak training..hahahhahaah. Lagipun aku terpikir dosa..huahuahua. Cukup cukupla, umur pun makin tua sedar diri sikitla...huhuhuh..tema dinner 60an, aku beli kain kat nagoya minta kawan jahitkan blouse peplum, kain 2 meter 10 inggit, upah jahit 15 inggit..hahahhaha..jadila baju dinner aku.

geli pulak tengok muka aku..hahahha..makeup sendiri asal boleh, nampak garang kan?..hahahhaha..nak buat shawl kepuk2 tak jadi..hahahhaha..


Hadiah lucky draw memang best kata ko, 90% cash. 1.5k je ada 10!. 2k ada 2, hadiah utama 3k!, tapi kesian satu tak sangkut kat aku..hahahhaha. aku cuma dapat kad petronas 30 inggit..hahahha jadila.

Tahun lepas aku ada beli saham company sikit, minggu lepas harga naik, so aku dan opismate decide untuk jual dapatla sikit duit. Alhamdulillah rezeki. Company aku nie dah public listed maksudnya dah tersenarai kat bskl gitu, so boss baik hati bagi staff harga saham jaminan selama 5 tahun. Lot saham yang dibagi bergantung pada jawatan & tahun berkhidmat. Harga jaminan tu maksudnya macam nie, contoh 1 lot kat pasaran harganya RM1.00 tapi yang company offer kat kita hanya RM0.50 sen  1 lot selama 5 tahun dan dipecahkan setahun-setahun lotnya.Contoh kalau company bagi 10000 lot jadi setahun maksimum boleh beli 2000 lot, tapi kalau tahun semasa saham tue ko tak beli tahun depan boleh carry forward jadi 4000 lot la maksimum. Aku mula-mula blur gak, bila dah start main saham nie dah tau dah..chewaahhhh main saham sangat..hahahah.. main saham dijamin beranila...cer try masuk pasaran..ehehheheh..tak berani lagi. Ala yang nie pun sebab ada yang bagi modal, kalau tak malas aku nak main..hahahhahah...tapi memang untung sangat la, rugi sapa yang tolak offer ni. Ada ok, staff yang tolak padahal modal offer cuma seringgit lepas tu bukak account  CDS cuma 10 inggit je kot, kalau beli boleh untung ribu. Aku nie yang  share keuntungan dengan orang yang bagi modal still lagi boleh dapat mcm 1/2 bulan bonus, ok la kan sapa nak bagi. Boleh buat duit geli geli..ekkekekeke...yang duit saham  nie pun laki aku tak tau..hahahahah. Dia tau aku ada beli saham tapi dia tak tau aku dah jual...hekhekhekhek...



Ini telah menjadi SEJARAH

04 Februari 2015

Borak semalam

Lega dah settle N3 sabah. Berkurun lama dalam draft. Ala tau bukan sapa baca blog nie tapi ini untuk kenangan aku sendiri..ehehehhehe..

Banyak nak cerita tapi mana satu nak mula ye.

Kejap je dah habis bulan Januari 2015, masa berlalu yang tak akan kembali. 

Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah limpahkan. Rezeki kesihatan, Rezeki masa, Rezeki hubungan dan lain-lain.

Tahun nie Azri dah sekolah menengah. Pergi  sekolah jalan kaki dengan kawan dia. Masa awal-awal sekolah dulu berjalan 3 orang (termasuk Azri) sekarang tinggal 2 orang sebab yang sorang tue dah tak larat kot jalan kaki..kikikiki. Dia minta maknya hantarkan. Kadang-kadang bila balik Azri ditumpangkan. Jiran aku tue naik motor boleh bayangkan tak,  bawak budak gumuk (Azri) dengan anaknya naik motor..hahahhahaha. Aku tanya Azri "muat ker bang motor tue?"..hahahhahaha.

Azri ada basikal, aku cakap kalau penat naikla basikal, tapi masalahnya kawan dia tue takde basikal sebab basikalnya maknya bawak pergi kerja katanya. Pernahla sekali maknya tak bawak basikal tue dapatla azri dengan kawannya naik basikal ke sekolah. Aku dengar kesian pulak..huhuhu. So dia sama-samala dengan kawannya tue jalan kaki pergi sekolah. Kadang-kadang kalau Azam keje malam Azam yang hantar ke sekolah naik motor sekali dengan kawannya..hahahha..naik motor 3 orang. Kalau pergi sekolah tue kan panas terik dalam pukul 11.30 macam tue kesian pulak. Memang hitam betul Azri sekarang hahahahha.

Sekolah Azri nie, tak berapa jauh dari rumah, eh jauh sikit kot..ekekekkeke, kalau hantar naik  motor tak payah pakai helmet..sebab makbapak hantar keluar dari taman perumahan kitaorang je,  lepas tu diorang jalan kaki sikit ke sekolah.

Setakat nie rutin Azri, bangun pagi sembahyang subuh lepas tu tolong sidai kain..ekekekke. Lepas tue sukahati dia la nak buat apa. Kadang-kadang adalah nasi aku masakkan , kalau tak sempat aku suruh dia makan biskut atau roti je sebelum ke sekolah.

Fahmi macam biasa masih sekolah yang sama pagi petang. So kira jadual dia takde yang berubah mendadak setakat nie, pergi sekolah masih aku hantar balik transit rumah kakak pengasuh. Cuma tahun nie dia akan jadi sibuk dengan kelas malam dan kelas tambahan. 
Aqil sejak masuk PRA nie lebih ok, tiap hari ada kerja sekolah. Nampak macam dia nak belajar. Sebelum nie aku rasa dia kat sekolah lama banyak main, cikgu pun bagi ruang kat dia..ekekekke. Sampai ABC pun masih tak kenal walaupun dah 2 tahun sekolah. Eh aku tak salahkan sekolah dia dulu sebab anak orang lain siap boleh baca lagi..hahahah. Aqil nie ko kena beri tumpuan untuk dia sorang je kalau tak memang dia tak fokus. Bila masuk PRA nie, cikgu akan semak sorang sorang so setakat nie aku puashatila.


culik gambar nie dar FB sekolah...budak yang perasan tinggi sangat ni


Pelajaran Pendidikan Islam..itu ustazah dia...(cikgu dia rajin hantar gambar kat group wasap)

melopong je kerja dia..hahahahhah..

Tapi kalau suruh dia bercakap..memangla rasa nak tampo2 mulut dia..hahahhah. Semalam dalam kereta dia tanya kat MIL. 


"nenek, tau sadap tu apa?"..hahahahah. 

"apa sadap tu?"..nenek tanya balik..

"sadap tu DIAM.."..hahahhahaha

"ooo..Sadap tue diammmmmmmmm.." nenek pun melayan jelaaa...hahahha

Adoi aqil cer ajar nenek elok-elok, itu bahasa ibu kat fb tue..bukan sadap, SHUT UP la..hahahhahahha...

budak merajuk kat bawah meja..hahahaha.. Bawak MIL pergi makan pizza hut..minggu lepas...


Rutin aku dengan Azam takde apala yang berubah, masih macam biasa cumanya sekarang Azam dah tak gosok baju sekolah anak-anak. Baju Aqil aku yang gosok, Azri dengan Fahmi dah gosok baju sendiri dah. Kalau nak dikira kerja aku dalam rumah tue masak, lipat kain je kot..hahahhaha...Kemas rumah seminggu sekali, basuh kain baju mesin yang basuh,  takde apa yang sibuk sangatla, cuma sebab aku kejar masa nampak macam sibukla padahal kalau dah habis masak semua dah boleh goyang kaki..hahahah. Hari tue Azam offer aku duduk rumah aku cakap kat dia "bang, patutnya offer duluuuuuuuu masa anak-anak kecik, sekarang anak-anak dah besar lepas tu semua dah sekolah nak buat apa, nanti anak-anak pergi sekolah bosan kot hahhahahah"..


Ini telah menjadi SEJARAH