23 November 2015

Tradisi lama jangan dilupa

Kalau ikut orang jawa nie, ada tradisi atau kebiasan yang dibuat bila menyambut sesuatu peristiwa contoh macam baik demam yang lama, hari lahir, lepas kemalangan tau apa2 la.  Tradisi tu kita panggil bancaan. Lebih kurang sama macam kenduri doa selamat la tapi bancaan nie lebih kecil skalanya berbanding kenduri, kalau kenduri tue kena panggil sekampung kan tapi bancaan hanya ahli2 keluarga terdekat sahaja. Atau yang paling simple ialah masak bubur merah (bubur nasi letak gula melaka), kemudian bagi pada jiran tetangga itu pun boleg dikira sebagai bancaan, kalau dulu masa nak bagi bubur atau nasi kita akan cakap kat jiran tue contoh mcm nie " nek, ini bancaannya ali"..maksudnya nanti orang terima tu tahu ... Oh, ali dah sembuh dari kemalangan atau dah baik demam..gitula lebih kurang yang aku paham dan pemerhatian aku selama jadi anak jawa nie. 

Sejak arwah mak meninggal memang kitaorang dah lama tinggalkan tradisi nie sebab yang sedap buat keluban nie arwah mak je. Kebetulan kakida cakap dia teringin nak makan keluban atau orang melayu cakap kerabu. Macam biasalah bila nak berkumpul tu orang nie boleh orang nie tak boleh.. stress. Bincang-bincang kita buat bulan 10 kebetulan banyak peristiwa kat bulan 10 nie, besday aku, ateh, fahmi dan izz, anniversary kakida & abang majid, so kita buat sekali harungla  gitu kononnya.

Share2 la bawaknya, ada yang bagi duit je. Resepi ingat2 masa arwah mak buat dulu..hahahahha..itu pun gaduh2 manja gak dengan adik beradik. Nasib aku kuat daya ingatan walaupun tak pernah buat tapi pernah nampak dan sambil2 tolong mak buat dulu.

Senang je nak buat mende nie, Saje letak resepi mana tau tetiba aku hilang ingatan boleh refer sini...

Bahan-bahan.

Ciliapi *kalau nak pedas letakla banyak2 lagi terangkat
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
cekur *kalau orang jawa panggil kencur, kalau ada daunnya potong sekali pastu tambah dengan sayur2 lain..sedappppppppppppp..
Aku tak pandai nak sukat2 agak2 la berapa banyak kelapa parut yang nak diguna. Semua bahan ni goreng dengan minyak sedikit. Dah goreng tumbuk la kasi lumat. Kelapa parut pulak sangan (goreng tanpa minyak), tapi jangan terlalu kering macam nak buat serunding tu. Agak2 dah ringan sikit dah okla tu.

Lepas tu gaul kan bahan tumbuk tadi dengan kelapa parut, ok yang buat dia sedap mestila keseimbangan rasa masam, manis, masin dan  pedasnya. Masa gaul ni kena letak asam jawa, gula, garam dan perasa. Contoh yang aku dah gaul kat bawah ni. Masa aku buat nie ramai tukang memberi komen rasanya..hahahahhahah..jadi rasanya memang umphhhh...ekekekkke..kejap orang tu kata kurang garam, kejap orang ni kata kurang asam..hahahhahah...bedal jela.

tangan tembam tu tangan aku...ehehehhe


Untuk sayurnya pulak terpulang korangla tapi kalau aku yang sedap, pucuk ubi, pucuk meranti, kacang panjang dan taugeh semua ni celur dulu. Timun nak letak pun boleh tapi nanti dia berair sikit. Kat bawah ni yang dah siap di make up untuk dihantar kat jiran. Nasi, tempe goreng, telo rebus, keluban, ikan masin bulu ayam, ikan kembung dan timun.Sedap wei lagi2 makan dekat atas daun pisang.

makan tak ingat dunia 
yang ini untuk kitaorang makan sekeluarga, makan dalam dulang ...sedap tak terkata..

hahhaha..kek tu acah2 suruh ateh tulis nama aku sekali..wakakkaka..ngikut plak budak tu pegi tulis nama aku gak...

Makan sampai tak larat bangun..ahhahahaha..buruk perangai betul!. dan makan lepak2 borak2 dengan adik beradik bestttttt!. Lepas asar baru balik..ehehehhehehe...

Lain kali boleh buat lagi..

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

wah sedap nampak
sib baik lah aku x ngidam
kalau tak, aku paksa ko buat