12 Oktober 2015

Kanser lagi..

Assalammualaikum..

Baru-baru ni, geng2 sekolah aku dikejutkan dengan berita, salah seorang suami kawan (T) sekolah kitaorang disahkan menghidap kanser lymphoma. Aku ni sangat trauma betul dengan sakit kanser ni. 

Ahad lepas2 berkesempatan melawat kat SJMC @ sime darby medical center. Sekarang nie atas usaha kawan2 yang lain kitaorang buat kutipan kat wasap group sekolah. Mudah-mudahan sikit sebanyak dapat meringankan beban T . Sedia maklum rawatan kanser nie sangat mahal harganya tak kira rawatan alternatif atau pun rawatan moden.

Aku nak sangat melawat suami T sebab kalau boleh aku nak titipkan kata-kata semangat. Semangat suaminya dan semangat kawan aku sendiri. Takde cerita sedih2, masa kat wad kita happy2 sambil selitkan kata-kata positif. Kanser ni sangat berkait rapat dengan emosi, kalau emosi negatif lagi senang kesihatan jadi menurun.

Kawan aku (A) yang mula2 tengok suami T , hantar voice wasap dengan suara sebak paling tak tahan si A nie cakap "kalau aku yang kena macam nie aku  nak kawan2 aku ada sama2 dengan aku"..eee..over tau minah nie...hahahhaha..aku malas layan. A nie sedih sangatla sebab masa dia tengok suami T nie kat NICU, masa nie keadaannya agak teruk, Ulser penuh mulut (dah beberapa hari tak makan). Rasanya lepas raya aidilfitri, T cakap lakinya kena alergic satu badan. Tumbuh bintik2, tapi bintik2 sakit bukan gatal. Pergi klinik doktor pun sangka alergic, bagi ubat. Sampaila dia demam tak baik2. Masuk private hospital buat test darah kat situla detect kena kanser. T cakap masa doktor cakap lakinya kena kanser lakinya senyum je dia yang meraung depan doktor..uhuhuhu. Lepas keluar dari hospital tu baru lakinya makin teruk, cepat penat, demam, ulser penuh mulut sampai ke usus. Masa tu T dengan lakinya masih tak tau nak buat apa, nak rujuk hospital mana. Pulak tu ada miscommunication dengan pihak HR tempat kerja lakinya, jadi rawatan seterusnya delay sampai 2 minggu..huhuhuhu. Bila T tengok keadaannya lakinya makin teruk terus dia bawak ke SJMC, tu pun dia kena bayar deposit dulu sebab insuran lakinya masih tak approve..mmm....

Semoga T dan suami terus positif. Dapat melalui semuanya dengan tabah dan sabar. Inshaallah kawan2 akan sentiasa bantu yang termampu.




Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

allahuakbar
aku x tahu nak komen apa
moga yg terbaik utk nya