02 Oktober 2015

Entry pemanas, selepas 43 hari tiada entry baru..hiks..

ASSALAMU'ALAIKUM

Last entry pertengahan bulan Ogos, ini dah masuk Oktober..ehehehhehe..dan blog nie pun aku dah private sebab takde cerita baru, buat sakit hati je kalau bukak kan. Jangan kata orang yang bukak sakit hati *eh ada ke yang bukak blog aku nie..hahahahah..perasan macam blogger tersohor plak*, aku pun sama..hahahhaha. Bukan takde apa yang nak diceritakan tapi malas nak mengarang. Banyak je cerita, selalu mengarang pendek-pendek kat fb. Blog ni tak best kalau ko buat ayat takat 2 3 baris..

Kehidupan aku pun berjalan macam biasa je. Syukur Alhamdulillah. Nikmat mana yang aku nak dustakan. Di kelilingi keluarga tersayang, kawan-kawan yang baik.  Turun naik tu biasala kan.

Fahmi pun dah habis UPSR, sekarang tengah exam PSRA pula. Isnin lepas kertas bahasa Arab aku tanya "Boleh jawab ke bahasa Arab tu?" "boleh" dia jawab, "senang ke soalannya?" "senang la jugak"..hahhahaha...kalau tanya kat Fahmi nie dia memang confident je. Tunggu jela result dia nanti. Mudah-mudahan dapat yang terbaik untuk dia dan masa depan dia. Amin.

Oktober datang maknanya bertambahla usia aku..ehehehehe..macam tak rasa umur dah tua, hahahhaha..tak sedar dirinya la parijah. Bulan sept aritu kawan2 sekolah rendah buat reunion buat pertama kalinya. Hoitt best sangat wei bayangkan 22 tahun tak jumpa. Ada yang last jumpa masa darjah 6 pastu terus menghilang , so boleh bayangkan tak dulu ko kenal masih comot2 sekarang jumpa dah matang, cantik, bergaya lagi..hahahhaha. Hilang kawalan jugak aku malam tu. Aku rasa zaman kanak-kanak memang indah dikenang, jumpa balik kawan yang kuat buli..hahahhaha..gelak2 kitaorang.

Raja haji yang lepas, aku tak balik kampung sebab Azam keje, keje malam pulak tue pagi raya baru balik. Ada cerita kelakar masa raya haji nie. aku plan pagi tu nak buat mee kari, malam tue aku dah keluarkan ayam  dan semua haiwan yang nak di masukkan dalam kari tu la kan. Pagi2 aku ingat nak bangun pukul 5 ke 5.30 cam tu, sempatla siap sebelum nak pergi solat raya. Sekali aku terjaga bila Azam balik dan bukak pagar rumah!, nak tau masa tu pukul berapa? 7.15 wei...melompat aku dari katil, lepas tu macam orang sasau..hahahha..giler. Kejap masuk bilik kejap pegi dapur..apa nak buat nie...eh masa terbangun tu laju2 aku solat subuh..huhuhuhu..lepas tu baru hilang arah. Azam tengok aku tak tentu arah dia cakap tak payah masak, siap2 la terus pegi solat sunat raya...huhuh..rasa bersalah la pulak. Balik dari masjid melongok semua makan biskut kering..hahahahhaha. WA kakak ipar aku tanya dia masak apa nak tumpang makan..wakkakaka..bertuah punya adik..dah tu laju-lajula pegi rumah kakak ipar aku, abang aku kena keje plak haritu, kakak ipar aku dah siap masak kuah kacang goreng ayam dengan nasi impit..mmm lazattttt..kuah lodeh je tak sempat masak gas dia habis..hahahhha..macam2 hal.

Habis makan2 rumah dia pegi rumah sepupu aku, sebab dia buat korban. datang tunjuk muka je dengan penuhkan perut..hahahahha. Dah tu datang lambat orang dah siap melapah bagaila. Dah kenyang dah dapat daging korban apalagi balik la kitaorang Azam dah pening2 lalat dah sebab tak tido lagi..hahahha. Eh takde balik kitaorang pegi rumah kak ida plak..dia pun dah masak macam2 tapi tak boleh nak sumbat dah, perut sendat ...kitaorang borak2 je sambil makan2  makanan yg  ringan2..hahahhaha..ringan sangat berketul2 kek coklat dengan cekodok pisang masuk perut....yang azam dah ketiduran. Dekat nak maghrib baru kitaorang balik..fuhhhh..Balik dengan mentapau macam2 makanan dari rumah kakak ipar dan kak ida..hahahhahahah. 

Dalam kereta aku cakap dengan Azam, Setiap kejadian tu bang ada hikmahnya..tengokla walaupun terlajak tido sampai tak  masak pagi raya, perut tetap kenyang malah banyak pulak makanan kita bawak balik ...hahahahha..dia jawab yelah hikmah la sangat..sambil senyum sinis..wakakakkaka...

Balik rumah, masukkan semua makanan dalam peti ais, mandi solat tido..tau tau bangun nak solat isyak tengok Azam dah pergi kerja ..kuikuikui..lepas solat tido balik..esoknya kerja wei..huhuhu..



Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

meriah betul raya ko
so plan nak buat nasi arab tu kelaut lah ye