13 Oktober 2015

13 Oktober 2015

Satu fakta tentang hari ni ialah...hari ni adalah hari lahir aku, tiga belas oktober sembilan belas lapan puluh satu, tahun dua ribu lima belas nie genap 34 tahun umur aku.

wish pertama dari Azam, kemudian azri dengan hadiah key chin bentuk love..hahahhha. "nah ibu, ini je abang boleh bagi tak tau nak beli apa untuk ibu". Oh anak terima kasih, ibu tak mengharapkan hadiah dihari lahir ibu, ibu harapkan doa anak2 yang soleh. Tapi kalau nak bagi, bagila yang disadur emas ke..hahahhaha

Adik beradik jugak wish kat wasap..ehehhehe..so sweet adik beradik ku.

Agak stress pulak pagi nie bila document aku hantar ke branch nilai hilang, hilang tanpa dapat dikesan..rasa nak nangis. Itu document gaji untuk pertengahan bulan. Original pulak tu..mmm..

Lepas tu dapat plak call dari Affin bank sempena bulan kelahiran dia nak promote insuran kanser..mmmmm....Sorry encik, awak call tak kena masa, saya tengah stress mencari document..huhu..takde mood nak dengar.

Minta-minta jumpa la document tu..

Hari ni Azam pesan tak payah masak dinner, dia nak belanja makan tapi aku tak tau nak makan apa. Apa yang best dimakan sempena hari lahir ye? :-)

Syukur masih punya nikmat rezeki umur dan bahagia. Kalau arwah mak masih ada, akan aku sambut hari lahir aku dengan gembirakan dia. Hanya dia yang layak diraikan sebenarnya. Oh aku sangat rindukan mak. Kalau tiba-tiba teringat dia mesti aku menangis. Aku ni nampak je happy jiwa kental..tapi sebenarnya tak langsung...huhuhuhu.

Jiwa ku yang rapuh dalam kerinduan


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: