24 Julai 2015

Pullman Putrajaya


Draft dari sebelum puasa, nie dah lepas raya sambung balik..hahahhaha..so ada yang lupa + gambar pun dah takde dalam hp..huhuuhuuh...

Bising la Azam cuti panjang tak pegi mana-mana katanya. Dia cakap bukan senang nak cuti panjang macam nie. Masalahnya yang cuti panjang dia dengan anak-anak, aku keje..hahahhahah. Mula-mula plan nak ke melaka tapi semua hotel best-best dah full..iyela buat keje giler nak pegi 3/5..booking 1/5..hahahhahahha..entah macam mane tergoogle putrajaya kat agoda..ternampak pullman hotel tengok review & hotel cantik. Harga pun resonable. Tunjuk Azam, terus booking.

So pagi 3/5, kitaorang pergi kenduri dulu, tapi dah siap2 bawak beg baju semua. Check in pukul 3 kot..aku tak check pulak. So rasanya sempat. 

Dalam pukul 12 tengahari tu tunggu2 pengantin tak sanding2 aku blah dulu la..hahahhaha..katanya sanding pukul 1.30 kot..aisshhh tak dapatla nak tunggu. Tapi dekat2 pukul 1 gak bertolak. Singgah sana sini. Sempat tumpang berak kat KFC..hahahhaha..crit birit pula aku hari tu.

Sampai Pullman dekat pukul 2.30. Sampai je dah kagum-kagum ..hahahahha.. al maklumla jakun ..wakakkakakak...Ramai jugak yang nak check in. Kawasan pullman nie memang cantik sangat.. 

sebelum nak ke bilik..


Besar pullman nie, ada 3 bangunan kot. Bilik kitaorang kat ??? lupa dah nama2 bangunannya.hahahahha. 

pemandangan dari bilik kitaorang, bunyi air pancut tue, dengan unggas2 menenangkan jiwa betul, terasa suasana kampungnya..

besar hokey bilik dia, kalau bawak toto pun aci nie, katil single 2, kitaorang rapatkan..hahahha..azam tido kat sofa yang empuk tu...

tuan tanah nak mempoyo kejap
Putrajaya nie memang cantikkan kawasan dia, dijaga dengan bersih!. Lepas masuk bilik rehat2 kejap solat semua lepas asar kitaorang turun lagi, nak bawak anak-anak lawat kawasan sekitar & mandi pool.

masih dalam kawasan hotel

ini depan tasik...masih kawasan hotel jugak..
Lepas tue kitaorang sewa basikat kat hotel nie, kecik 10, yang double tue 15 inggit satu jam...best betul! ronda2 kawasan tasik macam aku cakap tadila kawasan putrajaya nie bersih & hijau...walaupun jauh tapi takdela sampai 1 jam kitaorang ronda2 sebab anak-anak dah bising nak mandi pool....layanzzzzzzzzzzz...





Adoi sampai sini jelah nampaknya cerita yang ada..gambo2 takde tak best nak sambung cerita, nie je yang sempat aku transfer ke pc opis, yang lain azam dah sedut masuk dalam laptop kat rumah...so pendek kata pullman putrajaya memang best...

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: