01 April 2015

Selamat menyambut GST

Hari niela harinya....Selamat ber GST semua!

Semalam masa nak balik dari kerja aku ingat nak singgah beli kicap. Stok kat rumah dah takde, sebelum kena GST ingat nak refill stok la..sekali tengok duit ada 12 ringgit je..hahahahhahah..malas pulak aku nak singgah ATM. Ah lantakla kena gst pun nak buat macam mana kan. Aku dulu makan kicap kipas udang, lepastu harga kicap tue naik melampau-lampau sampai 8-10 ringgit macam tu terus aku tukar kicap jalen, rasanya sama je. 

Ingat nak pergi pasar juga semalam, malas nak masak. Azam pun cakap pergi pasar je. Sekali hujan lebat gile. Dah beberapa hari ni hujan petang sangat lebat+angin kuat, seram sangat. Nak tunggu hujan berhenti macam takde tanda-tanda, sampai rumah aku keluarkan sotong nasib ada lagi stok haiwan dalam peti ais. Menu yang kat kepala hotak aku, sotong masak lemak ciliapi dan  telur dadar je..kikikiki. Kebetulan aku beli sambal hitam pahang yang femes tue kat opismate. Memang mabeles rupanya sambal hitam tu...lepas makan nasi+sambal itam+telur dadar *aku tak minat sangat kuah lemak, aku suka makan takde kuah kecuali sayur bening. Aku ambik bekas sambal hitam tue,  aku makan macam tu je sambil tengok TV. Ko rasa? bergelodak perut dengan lidah aku..hahahahhaha.

Aqil nampak aku jelir-jelirkan  lidah sebab pedas, dia cakap..

"tula mama, makan sambal tue buat apa, kan dan pedas"

"Dah sedap, ibu makan la"...

Hahahhahah..macam mak nenek aqil nie..

Selera makan aku 2 3 menjek nie memang melampaula..huhuhuhu. Nasi sepinggan selalu tak cukup. Stress la...senam buat jugak tapi kan kalau diet yang berkesan 80% kawal makan 20% lagi senaman..kalau senam macam nak mati, makan pun macam nak mati memang tak berkesan la ..makin buntal adala ..huhuhuhu...Lepas tu kalau aku tengah cuba nak diet Azam mesti perli2 hahahhahah...dia risau sangat bininya tak makan padahal ..mmm "Kurus abang sayang, gemuk pun abang sayang.." ...katanya... hahahhahahah.. Masalahnya bukan gemuk tapi kesihatan, taulakan umur makin meningkat nie takut ada penyakit yang lekat, kalau makan main belasah je .huwaaarggghhhh....


Semangat DIET pulangla ke panggal  jalan please.....!!!!

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

alahai sama lah kita
sebelum ni makan kicap kipas udang
dah lama sejak makin mahal, tukar kicap jalen, sama je rasa