14 April 2015

Kes mahkamah

Alhamdulillah settle satu masalah hidup...Kitaorang dah duduk aman-aman dah tetiba orang saman..adoiii..tak paham sungguh!. Saman pulak bukan sikit-sikit duit...mmmm..

Minggu lepas, keputusan kes yang dah berjalan hampir 4 bulan. Alhamdulillah kitaorang menang kes nie. Cuti tahunan memang habis kat Mahkamah je. Sakit hati tak tau nak cakap. Ada satu masa, seminggu tu 3 hari bicara kes.. Ko rasa?. Ingat kitaorang takde kerja lain nak hadap?..mmmm..
Pembeli tue saman kitaorang tuan tanah dengan broker (no.8)  tue sekali 

Tapi sebab kita adalah orang yang disaman, dan macam kita yang salah terpaksala bela diri. Kes ini ada kaitan dengan jual beli tanah pusaka kitaorang. Orang tue saman kitaorang dengan alasan batalkan jualbeli tanah tu dengan dia. Yang pihak kitaorang pulak dah jual tanah tu dengan orang lain yang memang takde kena mengena dengan dia. Padahal sebenarnya kita takde urusan dengan dia pun dan tak pernah kenal pun dan tak tau pun dia pernah nak beli tanah tu, siap dah bayar deposit sekali,  yang salah sebenarnya broker tanah yang berhati setan..serius aku geram betul dengan broker jahanam tu. Menyusahkan orang. Dia yang dapatkan surat kuasa palsu (dengan tandatangan palsu kitaorang semua),  lepas tu dia ugut peguam yang uruskan jualbeli tanah kitaorang, siap minta bayaran kalau nak suruh dia tarik balik halangan keatas tanah tu. Kes ini jugak melibatkan peguam yang bunuh dato Sosilawati!. Peguam niela yang sebenarnya bagi maklumat pasal tanah kitaorang tu kat broker jahanam tu. Peguam tu jual maklumat pasal tanah kitaorang tu kat broker tu. Dan kitaorang pun tak pernah jumpa broker nie sebelum kes nie di bicarakan!.

Sebenarnya urusan jualbelitanah  nie kitaorang dah serahkan pada abang sepupu kitaorang dan tak pernah ada broker lain. Peguam yang abang sepupu kitaorang lantik pun kitaorang kenal. Jadi bila ada broker lain+peguam lain kitaorang pelik. Nampak tak  betapa manusia nie tamak haloba sampai harta orang pun dia nak jual!...yang tentu2 bukan hak dia..mmmmm

Kalau nak cerita memang berbelit2, aku sendiri masa mula-mula blur. Dia nie siapa, yang tu pulak siapa kaitannya apa..bla bla bla...Bila ikut kes nie baru aku paham. dan yang paling best kitaorang terpaksa gunakan pakar forensik untuk buktikan surat kuasa tu gunakan tandangan palsu. Bayarannya pun best sangat..huhuhuhuhu...Memang terbaikla cara dia tiru tandatangan kitaorang. Kalau ikut mata kasar memang 90% sama!.

Peguam yang mewakili kitaorang cakap, broker nie dah banyak kali tipu orang dengan cara macam nie dan selalu terlepas, Dia jual tanah orang kampung dengan cara kotor kemudian duitnya dia ambik, tuan tanah tau-tau je tanah dah terjual, keji sangat perbuatan dia.

Dan dengan kes kitaorang ni dia tak terlepas, kitaorang  menang kes nie dengan bukti-bukti yang ada dan broker tue kena pulangkan balik duit yang dia dah ambik dengan ugutan tue. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya aku tak kisah sangat dengan duit tue walaupun geram hamatttttttttttttt...rasa masa jumpa kat mahkamah tue aku rasa nak tumbuk je muka dia, memang tak tau malu sungguh!..yang penting hal nie selesai je. Aku tak kacau orang dan aku harap orang pun tak kacau aku.

Tapi  bila kenang-kenang balik abang ayeng paling kesian..hahahahhaha..dia yang kena soal dengan peguam plaintif kaw kaw..ekekkeke..hujung-hujung dia pun pening apa yang dia jawab, Aku kakida dengan ateh terlepas sebab kes yang sama kan jadi abang ayeng je yang wakil kitaorang. 

Seumur hidup aku pestime masuk mahkamah dan dengar soal jawab antara peguam, saksi dan  hakim ..memang kita yang tengok pun boleh gigil, lagi yang duduk kat kandang saksi..huhuhuhu..kena pula peguam pihak lawan punya soalan...adoi satu jawapan tapi ada 5 soalan dengan ayat yang berbeza..tak ke pening nak jawab!..tue yang mula2 cakap tidak..kang hujung2 tetiba boleh jadi iya...hahhahaha...pening!.

Drama airmata masa lepas keputusan kes dibacakan dengan hakim..huhuhuh..syukur!..sangat sangat syukur. Terima Kasih ALLAH!.


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

alhamdulillah, berkat sabar dan doa, Allah tolong korang adik beradik