03 April 2015

Kena sebijik dengan anak

Boleh dikatakan aku ni selalu memandu. 6 hari seminggu 2 kali sehari. Hari ahad jarang memandu .Kalau dah terlalu kerap memandu dan berada di jalan raya, kita semakin lali dengan perangai2 yang menjengkelkan. Contoh masuk simpang tak bagi signal, bawak kereta 20km/j konpius aku ko pandu kereta ke ko tolak kereta..huhuhu nak keluar simpang terhegeh2 padahal kereta yang dia nampak tu sebatu lagi..hahahha. dan sebagainya. Kata orang kesabaran aku pada tahap yang baik menghadapi benda ni. Aku sangat jarang gunakan hon untuk menunjukkan kemarahan/amaran kepada  pemandu lain mungkin kalau 365 hari aku gunakan hon cuma 3 4 kali sahaja. Kebiasaanya aku gunakan hon, bila terserempak kawan/saudara mara /jiran dijalan dan semasa sampai rumah sebab nak suruh orang dalam rumah bukak pagar..hahahahhaha...


Kelmarin Azam ambik aku dari kerja lepas tu ambik anak-anak dari rumah pengasuh. On the way nak balik rumah tu ada satu simpang dari kampung keluar ke jalan besar. kat bawah nie aku ada lukis gambar..ekekkeke..gigih..


Tambah kapsyen
Ikut simpang ni kereta A yang nak keluar kekiri boleh terus susur je sebab ada lorong khas untuk susur tak payah berhenti walaupun kereta banyak. Tapi kereta A tue berhenti..ehehheehe. So kita yang kat belakang nie sabarla tunggu dia yang takut2 nak keluar simpang..ekekekke. Ok masa kejadian, Azam yang bawak kereta, 13 tahun hidup dengan dia aku memang tau dia adalah sangat tak penyabar kat jalan raya. BARAN!..hahahahhah. Serius kadang2 geram je aku dengan dia, sebab dia bawa aura negatif..kikikiki.

Masa kejadiaan nie dia dah start membebel marah-marah, tangan dah nak tekan hon. Aku cakap "ha, jangan nak tekan hon tue, sabarla..entah2 orang tua yang bawak kereta ker, dia tak confident tu nak masuk, sabar jela kejap"...dia start pok pek pok pek..

Pastu aku cakap kat aqil

"dik, ibu kalau bawak kereta tenang je kan dik, tak marah-marah pun kan?......." nak sambung lagi..tapi aqil terus cakap..

"aah, takde nak pin pin semua...abah tu siap marah-marah orang lagi, nasib abah dalam kereta, kalau tak adik rasa mulut abah dan kena penampar dah"

hahahhahahahhahahaa..terbahak-bahak aku ketawa..tak sangka aqil laju je keluarkan ayat tue......Azam pun ikut ketawa..hambik ko kena sebijik dengan anak....

anak-anak nie pemerhati yang baik...



Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

terbalik, aku lak yg jd azam kalau drive, huhu tp aku tak berani tekan hon, bebel dalam hati je