30 Mac 2015

Salam GST

Salam pra-GST semua...kikikiki..

Monday blues?.. kalau aku hari-hari bekerja adalah blues..hahahhahaha..

Sambil-sambil buat kerja sambil-sambil cuci mata kat IG. Geram pulak aku tengok, rasa bila tengok tue nak beli tengok nie nak beli, aisshhhh tahan nafsu je nie. 

Pagi tadi kejutkan aqil bangun nak suruh mandi, dia bantai menangis..hahahhaha..mengantuk katanya. Geram haku, tula main tak beringat lepas tu ngam ngam pukul 10 malam baru nak tido, kan dah nangis tak cukup tido. Sabo jela budak nie. 

Semalam ingat nak beli barang-barang  dapur sebelum GST..ekekekke, nak jugak buat kerja gilakan, boleh buat stok 2 3 bulan akan datang.  Tapi, last minute Azam ajak tengok pakcik dia kat HUKM, so terbantutla kerja giler tu..ngeh ngeh ngeh. Tapi sebenarnya memang belum beli lagi barang-barang dapur nie....aish kena beli masa GST la nampaknya..ekekekke...

Tahun nie kos jaga anak kurang suku, sebab Azri dah kat rumah sendiri. Tinggal Aqil dengan Fahmi jela kena bayar. Duit tue la yang akan cover kos GST *nangis* nanti..huahuahua. Ingat bolehla simpan lebih sikitkan, tapi kesian plak kat keraajan takde duit nak cover hutang negara terpaksa berkorban nampaknya..hahahahha..

Aku nie dah 3 tahun gaji tak naik wei, kos sara hidup makin lama makin naik, apa kes?. Tang mana plak nak berjimatkan...mmmm..


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

eh! sama je entri kita hari ni

Cikja berkata...

irfa sebab aku nampak gambo troli ko kat fb..ekekekekek..