06 Mac 2015

Berhari raya cina di PD

Macam tahun lepas raya cina ke PD, tahun nie pun aku pilih PD juga...kikikiki. Sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan laut. Serius sangat jatuh cinta. Lagipun Azam cuti sehari je, jadi tak boleh jalan jauh sangat,  PD nie paling sesuai.

Tahun lepas anak-anak tak puas mandi sebab salah pilih lokasi dan macam biasa jem dimana-mana PD nie. Maklumla cuti panjangkan apa ko pikir ko sorang je nak berjalan  -_- 

Kali nie aku suruh Azam booking hotel thistle. Sebelum tue baca review hotel nie best. Ada private beach sendiri so aku plan taknak kemana-mana, memang plan nak duduk kat hotel tue je. Berehat sambil anak-anak enjoy.

ok roh mengupdate tidak merasuk nampaknya..huhuhuhu...Mood tak datang nak mengarang cerita seterusnya...

Ok sambung balik..


on the way

Gerak dari rumah pun lambat-lambat sebab Azam keje malam kan, bagi dia tido kejap. Dalam pukul 11 baru gerak singgah pula mamak nak sarapan..hahahahha..sarapan kata ko pukul 11. Cakap kat anak-anak makan roti canai je sebab nak singgah makan kat tempat tahun lepas kita singgah...

Sampai tempat makan nie je dah pukul 2 petang, Azri cakap dia masih kenyang taknak makan. Tapi aku order tetap 5 pinggan. Masa dia cakap tue aku cebik2 mulut..hahahahha..paham sangat si Azri nie, taknak makan dia tu membawa ke 2 pinggan....hahahhahaha

ini budak yang taknak makan nie...dia paling lambat abis sebab menghabiskan semua nasik orang yang tak habis..hahahhaha..poyo taknak makan...



Nak bagitau, akula yang baik hati bayar makanan tadi..ahhahahahhahahaha..kejadian yang sangat2 jarang berlaku harus di war-warkan..hahahahhah..

Hotel Thistle nie, terletak atas sikit dari telok kemang, tapi nak tempoh ke telok kemang pun hazab dengan jem. Ngam-ngam sampai hotel pukul 3 petang... Masa tengah nak turunkan beg  dari kereta datang pekerja hotel naik buggy tolong bawakan beg padahal takdela jauh sangat kitaorang parking dari entrance hotel tu pun....peerrghhh..batakla masing-masing..hahahahhaha kena layan macam tue. Masuk hotel dah kena welcome dari semua staff kat sini. Beg pulak dah ada orang tolong pegang dan standby nak tolong bawak sampai dalam bilik....Check in mudah sebab dah booking dengan agoda dan dapat katil extra free sebab tak boleh nk upgrade bilik lain..ngeh ngeh ngeh...

Masa Azam tengan nak check-in anak-anak menjalankan aktiviti men survey *jahanam bahasa dikerjakan parijah* kawasan, nampak pulak pool yang luas terbentang, masing-masing mengelupur tak tentu arah..hahahhaha. Aku cakap naik bilik, solat dulu tukar baju, baru boleh turun

di sudur kamar..ekekekkeke..feeling lebih nie..

masuk bilik benda yang paling best di buat adalah buat terjunan atas katil hahahhaha...test keanjalan tilam. 

di anjung kamar, pemandangan tak best sangat. Kalau yang mengadap pool/laut harganya lagi mahalllllllllllll..ekekkeke..tapi nie pun dah hokey sangat.

Habis solat, anak-anak tukar baju terus keluar tinggal kan Azam. Hahahahahha..Lambat  sangat bersiap. Kitaorang tunggu kat bawah jelaa...

Aku bawak anak-anak jalan terus ke pantai, bising anak-anak diorang dah tak sabar nak terjun pool..hahahhaha..

air tak pasang, so tak menarik sangat..kikikiki..



abang-abangnya dah terjun kat pool dewasa, dia main sorang-sorang kat sini..kikikiki

aku memang niat nak bawak buku, dan tak berniat untuk mandi-manda cuma nak relax2 je
ekekekkeek..poyola bang...
Kat tepi pool tue ada pihak hotel jual makanan dan minuman (F&B), Azam sibuk tanya nak ke. Pastu dia pergi beli la makanan tue. 2 gelas ice lemon tea dengan goreng cempedak 6 biji dan beberapa ketul goreng keledek. Lepas tue pelayan dia pun datang serve kat atas meja tu dengan bil sekali. Terbuntang biji mata aku tengok bil tue..hahahahhaah..Azam punya komen "apa ingat orang keje kilang tak boleh beli cempedak sebiji singgit ke, rasa jugak beli makanan mahal kat hotel 5 bintang"..sengal tak..hahahahhahah..gilo.

satu plate gorengan tu berharga 13 ringgit dan air tue segelas 18 ringgit..hahahhahah..ko tak rasa macam nak telan dengan pinggan dan cawan2 tue sekali?..hahahhahahahahah

Sambung....


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

ayat azam nak kover rega cempedak yg mahal tu buat aku gelak, hadoi