10 Mac 2015

Berhari raya cina di PD - Bahagian 2

Pergi PD je pun sampai bahagian 2..hahahahhaha..



Santakla anak-anak mandi pool, dalam pukul  6 macam tu Azam ajak ke pantai. Ajak anak-anak mandi pantai pulak, aku lepak jugak tepi pantai tue tengok orang main kayak, jet ski dengan banana boat. Kat pantai hotel tue ada aktiviti pantai untuk kayak je tak payah bayar naikla berapa kali korang nak naik freeee je tapi jet ski dengan banana boat kena bayar. 
lepak tepi pantai pulak...nikmat dunia betul
iklan gigi...hahahha

Anak-anak, aku sibuk suruh naik jet ski...ekkekekek..Aku nie berani-berani takut sebenarnya. Azam cakap klu nak naik dia bayarkan..ekkekekke. dekat 6.30 mcm tue baru la aku setuju naik, Abang jet ski tue cakap aku orang lastla dia dah nak simpan jet ski tue...cuak jugakla nak naik, tapi abang tu cakap macam naik motor okla...hahahhahah...sebab aku orang last dia bagi extra 10 minit sebab aku nak pusing 2 kali bawak bebudak...pestime nie wei nak naik jet ski..tadi masa aku lepak tepi pantai ada budak perempuan bawak alahai..hahahahhaa..tersengguk2 sian aku tengok..hahahahha..dalam hati aku susah sangat ke bawak jet ski nie..hahahhahahha..belagak yeee...


tengah tunggu jet ski

jom merempit...kikiki...

boleh tahan best jugakla bawa jet ski ni...

Bila bawak lurus boleh la bawa laju2..syok oooo..hahahhaha..jerit2 si Fahmi suruh bawak laju, time bawak aqil senyap je dia..hahahahaha..bila tanya takut rupanya ..wakakkakakak...jangan takut aqil ibu make sure jet ski tue tak terbalik..hahahhahah... bila nak belok tue aku gayat sikit..hahhahahah..salah pusing mau terbalik jet ski tue, kena pusing pelan-pelan dan handle pusingkan sikit je..yang susah sebab dia takde brek..hahahhahah...

Azri kenapa posing macam dalam majalah mangga nie?..hahahah..


Dekat pukul 7 baru kitaorang naik bilik, itupun paksa bebudak. Kebetulan cuaca pun redup masa tuekan lagi syokla bebudak berendam.

Masuk bilik, mandi, solat semua dan bincang nak dinner kat mana. Aku cadangkan kita makan bufet je kat restoran hotel, suruh Azam tanya. Kata nak tunjuk kayakan..hahahhaha..makan cempedak singgit dah rasa kaya sangat nie. Azam call restoran tanya berapa per head bufet, RM78 inggit!..hahahhahhaha. Mula-mula aku cakap takpe aku belanja sekali dengar RM78, pikir2 balik macam membazir je..hahahhahahahahhahahha...kensel aku nak belanja, jomla keluar cari restoran tepi jalan..hahahhahahaha..
Siap2la kita orang nak keluar

Sebelum nak keluar..muahhahahah...dah kenapa 2 beranak ni
Cabaran betul nak cari kedai makan, semua penuh hokey, naik keatas dari hotel nie sunyi pulak, bila turun ke arah telok kemang jalan jemmmmmmmmmmmmm...dah masuk satu kedai nie, budak tue cakap "bang ramai orang ada lagi 9 hidangan kitaorang tak buat lagi, belakang nie pun ada kedai abang kalau abang nak makan"...huwaaaa....keluar balik. Masuk dalam kereta pusing2 kat area tu..mmmm..

Last-last ada satu kedai nie..takde orang, tryla masuk. Restoran Cina muslim. Pekerja dia semua melayu, tukang masak pun melayu. Tapi menghidangkan masakkan cina. Risau tak sedap je. Tapi bila sampai makanan semua sedap boleh tahan. Kitaorang order lala goreng cili kering, ikan siakap sweet sour, udang butter, Tomyam campur...tapi paling sedap udang butternya... aku dengan Fahmi siap jilat2 kuahnya..hahahhha...Udang bukan udang biasa tue, tapi udang kepala besar yang keras kulitnya...terbaikkkkkkkkkla...harga makanan semua nie RM150.00. Dengan rasanya yang sedap aku taknak komplen pasal harga..kikikiki... Macam biasa Azam yang belanja..hahahahah..sebab tu tak komplen

Macam-macam masakkan...
licinnnnnnnnn..


Sempat singgah kedai runcit beli kudap-kudap dalam hotel. Apalagi anak-anak memborongkan jajan kesukaan diorang. Ingat nak meronda dalam hotel tapi banyak tempat dah tutup..kitaorang balik nie pun dah dekat pukul 10..huhuhu. Aqil nak masuk playground pun sampai pukul 9 je, dapat masuk sekejap masa nak keluar tadi..kikikiki..nasibla aqil.
entrance hotel

Sempat lagi..kikiki


Cantik la pulak lampu tue..sebab time CNY kan..meriahla dengan deko..

Dalam lif...hahahah

Sampi bilik dahhhhhhh...

Bangun pagi, tak payah mandi terus turun breakfast..hahhahha..Bukan orang tau pun, yang penting basuh muka dan gosok gigi je. 

bebudak ni, makan nasi lemak sepinggan penuh dah kenyang..aqil lagila makan koko krucnh semangkuk telo setengah masak 2 biji dah sibuk nak keluar, nak mandi pool lagi..hisshhhhhh..mak ko nie baru nak merasa semua makanan yang ade..hahahahhahaha...nasib restoran nie tepi pool...sambil makan sambil jenguk2 dia..
Lepas Azri dengan Fahmi habis makan, suruh diorang naik bilik tukar baju mandi, sementara aku dengan Azam mencekik tak habis-habis..hahahahhaha. 

Merungut diorang kena bukak baju..hahahahah well itu peratuan dalam pool sebab diorang pakai tshirt biasa je kalau pakai swimming suit takpe...hahahha...anak-anak aku nie suruh pakai seluar pendek pun taknak..aurat katanya..hahahhaha..adoi terasa mak ko...
Aku ajak Azam jalan-jalan ke hujung hotal dekat dengan pantai, aqil ikut sekali. Ajak budak berdua nie taknak plak. Tinggal la korang.

gediknya...

kalau buat team building kat sini mesti best

nak jongging pun best kat sini..
tengah jalan-jalan nampak plak pokok nie..cantik!..apalagi memanjatla aku..hahahahha

seronok kot..hahahaha
Lepas tue azam naik bilik, entah ambik apa entah lupa plak aku. Sementara tunggu Azam aku dengan aqil main pasir..

penakut ombak..hahahhaha

taman budak...

sukeeee....

Panggil anak yang 2 orang tu ke tepi pantai, kata sibuk sangat nak main kayak. Bila sampai tepi pantai tengok pool tepi pantai takde orang..ekekekkeke..apa lagi bebudak nie jadi abang kawasan la. melompat terjunla macam2 gaya dia buat. Kalau ada orang lain aku tak bagi buat..bahaya..ehehhehe..Puasla diorang main kat pool nie.
Azam pun join....ekekekek


Budak tu kesejukkan..ekekkeke...aku mampu duduk tepi je...
Lepas dah puas terjun berendam bagai, ajak diorang naik kayak pulak. Lagipun masa tak bawak kang pukul 12 nak check out.

Kayak nie macam aku cakapla boleh naik berapa kali ko suka..ekkekekke..syok jugak rupanya berkayak balik rumah esoknya tangan sakit2..hahahhha....




Habis berkayak dah dekat 11.30 apalagi naik bilikla nak check out. Ngam-ngam kitaorang turun bilik pukul 12 dan balikk!!!!!!..kekekekkeke


Percutian singkat yang menyeronokkan. Alhamdulillah. Balik singgah jugak telok kemang lepak2 makan2 kejap..Panasssss sangat kat sana. Tak lama pun kat telok kemang sebab pukul 7 nanti Azam masuk kerja malam. 

HABIS laaaaaa....

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

wow, dagu runcing mcm botox
haha

Cikja berkata...

irfa..hahahhaha..pandai betul camera fon nie..menipu..