28 Mac 2015

Aku rasa kat sini tempatnya

Aku memang hari-hari buka blog ni, bukan nak update apa-apa cerita pun tapi sebab kat tepi tu ada blog kawan-kawan yang aku suka baca. Semalam dah habis baca blog kawan-kawan, saje aku klik entry kat blog nie dari tahun 2008. Aku klik dari bulan ke bulan sampai entry ke 2009 dan seterusnya. Baca entry lama-lama ada kisah yang aku dah lupa, kira bila baca entry lama2 nie macam mengimbau kenangan gitu walaupun ayat kat entry tu ada yang skema sangat..ekekkekek..geli!

Aku jumpa entry tahun 2009, ada satu video yang kelakar tapi aku menangis tengok video tu, serius aku nangis. Ya ALLAH sebak sangat rasanya. Aku sebenarnya tak ingat langsung ada entry dengan video tu. Aku cuba download balik video tu ke hp aku. 

Aku share video tu kat wasap family..

aku taktaula perasaan adik beradik lain, tapi serius aku sebak sangat + rindu melimpah ruah sangat kat arwah mak

Aku jumpa video mak, tapi muka tak jelas sangat sebab masa tue aku focus apa yang mak buat, tu yang tak nampak mak sangat plus kualiti video tak bagus jadi dapat dengar suara mak je. Ya ALLAH sumpah aku sangat rindukan mak, dapat dengar suaranya pun jadila. Bila aku baca kisah-kisah  arwah mak sebelum dia sakit dan selepas dia sakit ada yang aku gelak ada yang aku sebak.

Aku rasa kat blog nie paling sesuai simpan memori kita sebab senang nak tengok balik, kalau FB bercelaru sikit pening nak view cerita-cerita lama. Cerita kisah susah aku, cerita sedih aku, cerita gembira semua ada kat sini walaupun bukan 100% la..tapi tetap jadi kenangan berharga. 


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

sbb tu saya sayang blog saya
boleh tak nak cakap gitu?
fb, ko post, org baca komen
post lama tenggelam
akan muncul balik bila ada org komen
itu kalau ada lah, selalunya hilang x muncul2 dah

Cikja berkata...

irfa tuler...sayang giler kat belog nie..hahahhaha