12 Februari 2015

Tahap kita


Apa yang ditakdirkan untuk kita kadang-kadang sangat sesuai dengan tahap kemampuan penerimaan kita. 

Semalam fahmi demam, hari ni pun masih demam. Biasala anak-anak kalau demam manjanya lain macam + nagda-ngada jugak..huhuhuh. Sebenarnya dah lama jugak anak-anak tak demam. Bila kena layan kerenah anak demam semalam, baru aku sedar aku dah tak ada  kesabaran melayan kerenah anak-anak merengek mengada-ngada ...huhuhuhu...Itu sebab agaknya  aku tak mengandung2 lagi...huhuhu. Kalau ada anak kecik lagilakan mesti banyak sangat kerenah..mmm..

Harap-harap Fahmi cepat sembuh. Hari ni pun masih tak sihat dan pening kepala lagi. Dah 2 hari tak sekolah ni. Fahmi ni anak yang tak tahan sakit, dia lagi tahan menangis merengek sepanjang malam, terpaksala maknya ni picit kepala dia sambil pejam mata..huhuhu...

Tengah musim demam kot nie, aku pesan kat Azri suruh minum air kosong banyak-banyak. Aku percaya air kosong adalah penawar yang baik. 


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: