04 Februari 2015

Borak semalam

Lega dah settle N3 sabah. Berkurun lama dalam draft. Ala tau bukan sapa baca blog nie tapi ini untuk kenangan aku sendiri..ehehehhehe..

Banyak nak cerita tapi mana satu nak mula ye.

Kejap je dah habis bulan Januari 2015, masa berlalu yang tak akan kembali. 

Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah limpahkan. Rezeki kesihatan, Rezeki masa, Rezeki hubungan dan lain-lain.

Tahun nie Azri dah sekolah menengah. Pergi  sekolah jalan kaki dengan kawan dia. Masa awal-awal sekolah dulu berjalan 3 orang (termasuk Azri) sekarang tinggal 2 orang sebab yang sorang tue dah tak larat kot jalan kaki..kikikiki. Dia minta maknya hantarkan. Kadang-kadang bila balik Azri ditumpangkan. Jiran aku tue naik motor boleh bayangkan tak,  bawak budak gumuk (Azri) dengan anaknya naik motor..hahahhahaha. Aku tanya Azri "muat ker bang motor tue?"..hahahhahaha.

Azri ada basikal, aku cakap kalau penat naikla basikal, tapi masalahnya kawan dia tue takde basikal sebab basikalnya maknya bawak pergi kerja katanya. Pernahla sekali maknya tak bawak basikal tue dapatla azri dengan kawannya naik basikal ke sekolah. Aku dengar kesian pulak..huhuhu. So dia sama-samala dengan kawannya tue jalan kaki pergi sekolah. Kadang-kadang kalau Azam keje malam Azam yang hantar ke sekolah naik motor sekali dengan kawannya..hahahha..naik motor 3 orang. Kalau pergi sekolah tue kan panas terik dalam pukul 11.30 macam tue kesian pulak. Memang hitam betul Azri sekarang hahahahha.

Sekolah Azri nie, tak berapa jauh dari rumah, eh jauh sikit kot..ekekekkeke, kalau hantar naik  motor tak payah pakai helmet..sebab makbapak hantar keluar dari taman perumahan kitaorang je,  lepas tu diorang jalan kaki sikit ke sekolah.

Setakat nie rutin Azri, bangun pagi sembahyang subuh lepas tu tolong sidai kain..ekekekke. Lepas tue sukahati dia la nak buat apa. Kadang-kadang adalah nasi aku masakkan , kalau tak sempat aku suruh dia makan biskut atau roti je sebelum ke sekolah.

Fahmi macam biasa masih sekolah yang sama pagi petang. So kira jadual dia takde yang berubah mendadak setakat nie, pergi sekolah masih aku hantar balik transit rumah kakak pengasuh. Cuma tahun nie dia akan jadi sibuk dengan kelas malam dan kelas tambahan. 
Aqil sejak masuk PRA nie lebih ok, tiap hari ada kerja sekolah. Nampak macam dia nak belajar. Sebelum nie aku rasa dia kat sekolah lama banyak main, cikgu pun bagi ruang kat dia..ekekekke. Sampai ABC pun masih tak kenal walaupun dah 2 tahun sekolah. Eh aku tak salahkan sekolah dia dulu sebab anak orang lain siap boleh baca lagi..hahahah. Aqil nie ko kena beri tumpuan untuk dia sorang je kalau tak memang dia tak fokus. Bila masuk PRA nie, cikgu akan semak sorang sorang so setakat nie aku puashatila.


culik gambar nie dar FB sekolah...budak yang perasan tinggi sangat ni


Pelajaran Pendidikan Islam..itu ustazah dia...(cikgu dia rajin hantar gambar kat group wasap)

melopong je kerja dia..hahahahhah..

Tapi kalau suruh dia bercakap..memangla rasa nak tampo2 mulut dia..hahahhah. Semalam dalam kereta dia tanya kat MIL. 


"nenek, tau sadap tu apa?"..hahahahah. 

"apa sadap tu?"..nenek tanya balik..

"sadap tu DIAM.."..hahahhahaha

"ooo..Sadap tue diammmmmmmmm.." nenek pun melayan jelaaa...hahahha

Adoi aqil cer ajar nenek elok-elok, itu bahasa ibu kat fb tue..bukan sadap, SHUT UP la..hahahhahahha...

budak merajuk kat bawah meja..hahahaha.. Bawak MIL pergi makan pizza hut..minggu lepas...


Rutin aku dengan Azam takde apala yang berubah, masih macam biasa cumanya sekarang Azam dah tak gosok baju sekolah anak-anak. Baju Aqil aku yang gosok, Azri dengan Fahmi dah gosok baju sendiri dah. Kalau nak dikira kerja aku dalam rumah tue masak, lipat kain je kot..hahahhaha...Kemas rumah seminggu sekali, basuh kain baju mesin yang basuh,  takde apa yang sibuk sangatla, cuma sebab aku kejar masa nampak macam sibukla padahal kalau dah habis masak semua dah boleh goyang kaki..hahahah. Hari tue Azam offer aku duduk rumah aku cakap kat dia "bang, patutnya offer duluuuuuuuu masa anak-anak kecik, sekarang anak-anak dah besar lepas tu semua dah sekolah nak buat apa, nanti anak-anak pergi sekolah bosan kot hahhahahah"..


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

ada hari rasa nak keje
ada hari rasa nak duk umah
tah hapa2 lah kan