24 Januari 2015

Sabah bah - hari ketiga

Hari ketiga nie kita jelajah pulau pulak, 2 pulau. Pulau sapi dengan pulau manukan. Tapi dapat pergi satu pulau je..huhuhuhu..

Hari ni bangun lambat sikit, driver nak ambik pukul 8.15, so turun sarapan 7.30 la macam tu. Santai-santai je kita. Tepat masa yang dijanjikan kitaorang pun pergi ke jeti Jeeselton. Kat sana dah ada yang menunggu. So dia bagi life jaket dengan snorkel. Semua ini tak boleh hilang kalau hilang kena bayar 100 ringgit ..uhuks. Masa naik boat nie agak menyeramkan la, terlambung-lambung haku..huhuhu..kena pulak budak bawak bot nie siap main koner lipat bagai...hoitttt tak kelakar hokey!.


kat jeti..tunggu boat





nampak macam tenang..ahhaha..lepas tue ko rasa la melambung-lambung...fuhhh..


Sampai kat sini ada briefing dulu, apa yang boleh apa yang tak boleh. Habis je briefing apalagi terjunnnnnnnn!!!!. kat pulau sapi nie ada 2 bahagian. 1 bahagian tue tempat yang banyak ikan dan karang kalau nak tengok keindahan dasar laut ciptaan ALLAH memang sesuai sangat. Satu lagi bahagian untuk mandi2 je, ada jugak ikan tapi tak berapa banyakla. Airnya jernih, sebab terlalu teruja nampak ikan belang-belang sama-sama berenang dengan kita sampai henpon aku jatuh dalam laut nie la..hahahahhaha.  Sabo jela tapi tak sedih langsung pun syok sangat tengok dasar laut yang cantik. Aku tak boleh nak gambarkan keindahan dasar laut nie, dengan karangnya ikan warna warni berbagai...tak puas nak menikmati keindahannya. Aku janji dengan anak-anak lepas nie kita pergi pulau macam nie dekat semenanjung pula. Aku dah jadi kemaruk pulak..hahahhaha... Lagi satu air lautnya tak macam air laut yang dekat morib PD tue semua..air masinnya tak berapa melekit kat badan nak kata tak masin, masin je..hahahha .. tertelan masa snorkeling.

rasa2nya ada  tak aku dalam nie..hahahhha

excited sampai dalam air pun nak berjalan ..hahahha..


Aqil je yang penakut sikit, dia main air kat tepi2 je..hahahahhaa. Kalau nak ketengah aku kena dukung dia. Last-last aku biar je dia kat tepi aku merayaula tengok ikan2..bestttttttttttttttttnya la bila ingat-ingat balik..ahhahahhaha...Azri dengan Fahmi dah boleh bawak diri lagipun kat pantai ni ada lifeguard diorang akan bunyikan wisel kalau ada pengunjung yang jauhhhhhhhhhh ke tengah atau melepasi bola2 pelampung yang diorang pasang. 
budak penakut..

Pukul 12 lunch, lepas tue pukul 2 ready nak transfer ke pulau manukan. Tapi sebab banyak sangat yang incharge sampai ada  miscommunicate antara diorang, yang jadi mangsa kitaorang..hahahhaha. tetiba diorang hantar kitaorang balik jeti jesselton padahal patutnya diorang hantar kita ke pulau manukan. Diorang bagi pilihan nak hantar kitaorang ke pulau manukan balik sebab perjalanan dalam 10 minit je. tapiiiiiiiiiiiiiiikan masa tue laut ombat kuat dengan mendung dan angin. Masa balik tue pun Scary je aku rasa dalam bot lagi teruk dari masa pergi. Aku cakap dengan Azam tak payahla..hahahahha..seram aku. Kitaorang naik jeti je dalam 5 minit macam tu hujan lebat giler...fuhhhhhh...tengok laut pun ngeri. Takpela takde rezeki kita nak ke pulau manukan, maksudnya lain kali dia suruh datang lagi ke sabah bah..hahahahhaha..

rehat kejap...
dah nak balik..eh..sepatutnya transfer ke manukan..huhuhu..

poyo..hahhha

nampak masa nie dah start mendung...otw balik ke KK..masa nie tak suspek lagi nak kena hantar ke kk..hahahahah..maklumla kitaorang bukan taukan..

aqil dah terlentok ketiduran..
sampai dah kat jeti..huhuhu..paling kecewa anak-anakla, aku pujukla lain kali kita pergi pulau lain kat semenanjung ye..huhuhu

Balik hotel, just rehat2 je dalam lepas isyak pukul 7 lebih macam tue kitaorang keluar balik nak dinner. Belasah seafood lagi tempat yang sama masa hari pertama kitaorang sampai cuma kedai lain pulak. Masa nie hujan jadi nak merayau kawasan bandar KK tak dapat la..habis dinner kitaorang balik hotel...tapi kalau takat aku berdua dengan Azam aku redah je hujan2 nie..hihihi..nie kena pikir jugak anak-anak.
hujan

tunggu makanan


terliur plak tengok nie..ketam butter basah tue sedappppp..huhuhu..


Balik hotel kemas apa yang patut esok dah nak balik....


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: