30 Januari 2015

Sabah bah - hari keempat

Hari nie kitaorang bangun lagi lewat sebab ada masa sampai pukul 12 untuk check out. Jadi turun sarapan pun pukul 8. Habis sarapan kitaorang jalan kaki nak ke UTC sabah, hotel nie dekat dengan UTC sabah. 
sarapan  dulu

jalan kaki je pegi utc tue


Pusing-pusing dalam UTC tue, pastu ambik browser pasal UTC ternampak ada perpustakaan. Apalagi jomla kita ke perpustakaan..kikikiiki.

dalam library..beriya la budak nie..
Balik hotel kemas lagi apa yang patut lepas tue siap2, pukul 11.30 turun untuk check out, pukul 12 van pun sampai dia hantar kitaorang ke pasar filipina. Flight kitaorang pukul 8.15 malam ye, banyak giler masa nie, tapi tuela kan sebab aku nie bukan kaki soping so takde keterujaan langsung nampak mutiara, brooch, bla bla bla..hahahhaha.adoila.. Azam siap pujuk nak belikan aku mutiara aku taknak. Masalahnya aku tak pakai benda-benda macam nie..hihihi. Pastu beli ikan masin, tak masuk dalam-dalam pun kat luar je sebab baunya buat aku pening..hahahaha. Pilih-pilih pastu suruh budak tue bungkus dlm kotak elok-elok. Berat beg aku lebih 2 kg je berat masa nak pergi hahahha.. itu pun sebab ada baju basah. Kagum tak?..hahahahha..memang takde benda sangat aku nak beli. Aku kalau berjalan memang tak berapa minat nak shopping, aku beli untuk aku sikit kemudian belikan adik beradik kawan-kawan opis sikit cukupla. Teringat aku pergi Langkawi, kenapa aku tak teruja langsung tengok pinggan mangkuk periuk belanga, satu menda pun aku tak beli hahahhahaha..yang aku borong coklat je. Orang cakap patut beli boleh buat kenang-kenangan..takpela selagi tuhan izinkan aku ada daya ingatan, biarla kenangan tue terpahat kat ingatan je...chewahhhh...hahahhahaha.



Masuk dalam van, driver tanya "apa yang abang beli, tak nampak banyak pun"..hahahhahahah. Lepas tu pergi lunch kejap, habis lunch  pergi ke muzium sabah. Masa banyak lagi nie..hihihi. Muzium pun muzium la. Best jugak muzium sabah nie, tapi kat area kampung warisan la yang best. Kat dalam muzium tu biasa-biasa jela. Puas jugakla merayau kat kampung warisan tue tengok rumah-rumah suku kaum yang ada kat sabah.







alahai beriya la makcik nie..




gilo..hahahha
ini yang paling best kat kampung warisan nie..kikikiki..toing toing...


Muzium nie last la tempat kitaorang pergi, lepas tue terus pergi airport, masa tue dah pukul 4 lebih rasanya. Biarla awal, boleh rehat-rehat kat dalam airport tue. Kaunter pun tak bukak lagi..ahhahahha..
tunggu kaunter bukak

bosan tunggu lama..kikikiki..

Masa tue hujan hokey, adoi seram pulak naik flight time cuaca tak berapa elok nie, sepanjang perjalanan kena pakai tali pinggang keselamatan. tergoyang-goyang dalam flight tue..hahahhaha..

Secara keseluruhannya aku puas dengan trip ke sabah ni, cuma salah timing sikit je sebab pergi masa musim hujan dan kitaorang dapat hotel jauh dari bandar KK (agen tersalah booking..ehehhehe), lagi elok kalau dapat betul2 kat bandar KK boleh explore sendiri bila malam-malam. Kalau ditakdirkan sampai ke sabah lagi aku target nak lepak kat pulaunya atau kat daerah kundasang. Satu kesilapan aku langsung tak cari maklumat sendiri sebelum pergi dan sangat bergantung harap kat agen, so bila masa free (luar jadual agen) aku tak tau nak kemana.

Lepas nie nak rasa pula cuti-cuti naik keretapi, balik tapah atau ke kedah..ehehhehehe.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

ieda berkata...

jom naik ketapi...lajak hadyai...hihi

Cikja berkata...

Kak ieda
hihihi..ingat nak sampai jitra ja..