23 Januari 2015

Sabah bah - hari kedua

Turun sarapan pukul 6 pagi..hahahahha..ko mampu, tapi nak heran apa pukul 6 dah terang benderang sebab kalau boleh kita nak mulakan perjalanan pukul 7 lagi cepat lagi bagus kata drebar. Aku dah warning Azam & fahmi jalan nak ke Gunung Kinabalu nie, macam nak pergi Cameron Highland so bersediala untuk mabuk..kikikikiki..tapi sebenarnya takde la  teruk sangat jalannnya, CH lagi dasyat jalannya.

Destinasi pertama yang kita kena singgah rumah terbalik. Tempat wajib pergila kalau ke KK nie..Rumah terbalik nie milik persendirian, boleh ambik gambar kat luar sahaja, dalam tarak boleh..hihhihi. Ada penerangan dari staff rumah terbalik nie, sejarahnya. Rumah sapa yang dia ambik dan terbalikkan kan. Tak lama la kat sini, kawasan kecik je pun lebih kurang satu jam je kot, lepas tue sambung perjalanan ke kaki gunung kinabalu, Sejuk kat sini. kat sini pun tak lama...lebih-lebih kurang menikmati pemandangan pastu kita ke Ranau.  Kat sabah nie nak pergi ke satu satu daerah pun makan masa berjam jam. Kalau dari KK nak ke Ranau nie umpama aku dari sini nak balik ke perak sana..huhuhuhu. Jauh oo. Kematu bontot. Tapi sebab sepanjang perjalanan tue pemandangan Masyaallah sangat cantik, buat kita tak bosan.

ada adik manis akan terangkan mengenai rumah terbalik nie...
rumah terbalik ke 7  di dunia..kalau tak silap akula...



kejap je gunung kinabalu nie dah tak nampak sebab dah tertutup dengan awan...damai kat sini..

banyak gambar kat fon aku yang jatuh kat laut tu..huhuhu..so tak banyak gambar kat hp azam & camera..huhuhuhu..

Kat ranau nie kita nak pergi ke kampung apa ye..hahahah..adoi tak ingat la nama kampung tue...jap2 google..oh ok kita nak pergi sungai moroli di kampung luanti. ... nak bagi ikan gigit2 kaki. Bapak2 ikan hokey. Masuk kena bayar dan setiap pengunjung diberi masa 15 minit sahaja. Itu pun dah lama sangat ko rasa..hahahahha..just nak bagi ikan gigit kaki ko kena plak berdiri je 15 minit tue penatlaa...hahahahha..rasanya kitaorang tak sampai 15 minit kot. Aku je yang masuk dalam sikit Azam, Azri, Fahmi & Aqil duduk pinggir2 air aje hahahhaha..dasar penakut.
budak bambam..hahahah

hahahha..punya mengelupur takut...
atas sungai ada jambatan ni..posing gayat namanya..hahahahha..

Lepas kat sungai tue, kita patah balik dan menuju ke Poring Hot Springs. Kat sini ada macam2. Air terjun, kolam air panas, canopy (jambatan gantung), Taman rama-rama, Kolam mandi apalagi ye. Gua kot. Sebelum masuk kitaorang lunch dulu kat kedai makan tepi jalan ni, yang ini masuk dalam pakej ye. Walaupun masakkannya lain dari semenanjung tapi boleh tahan jugak rasanya. Pestime makan tumis sayur dengan bunga kantan...hihihihi pelik tapi rasanya boleh diterima akal. Poring Hot Springs nie besar kitaorang tak cukup masa nak jelajah semua tempat. Anak-anak plak nampak kolam mandi dah mengelupur..mmmm. Mandi je dekat 1 jam, itupun minta extra setengah jam sebab aku nak naik canopy..rugila tak rasakan. Datang jauh-jauh. Azam tak larat nak ikut aku naik dengan anak-anak. Mula -mula ko kena jungle tracking dulu..peergghhhh..berpeluh-peluh hokey. Dah la kat hutan sunyi sepi aku anak beranak je..hahahha.. Fahmi & Azri suruh tunggu pengunjung lain naik sama-sama...masalahnya masa takde kena cepat nak hujan pula tu...hahahahha..dah macam amazing race kot. Gilo. Sampai nak naik canopy, aku dah start gayat..hahahhaa..alamak nak patah balik tak boleh anak-anak dah excited, Aqil la paling berani aku baru lepas satu jambatan dia dah lepas 2 jambatan..perrghhh..terjerit-jerit aku panggil dia. Abang-abangnya pun tak terkejar, sabo je aku budak nie tau. Urut dada aku tengok budak ni. Sampai bawah je kaki aku dah macam kena parkinson..menggeletar hokey..hahahahahah.
besar sebenarnya poring hot spring nie..ada taman rama2, air terjun kolan panas, kolam mandi...

sungai...laju airnya...
jungle tracking dulu sebelum naik canopy


penat kot...huhuhu..

hahahhaha..azri pakai spek haku!!......

nampak aqil..aku baru lepas satu canopy dia dah lepas 2 canopy....gayat aku..

kalau tengok bawah memang goyangla kaki ko..ehehehe..eh kaki aku je kot..
turun pun berlari aqil nie..hissshhhhh...takut tersandung akar..

On the way keluar dari Poring Hot spring nie, ada signboard kewujudan bunga rafflesia kat area ni, tapi yang nie pun kira persendirian punya. Rafflesia nie hidup kat kebun orang dan orang nie kenakan bayaran kalau ko nak tengok bunga tu. Pandai buat duit diorang ni..ehehehhe. Azam cakap dah sampai apasalahnya kita tengok dekat2 bunga terbesar di dunia nie. Harga nak tengok memang mahal dewasa 20 kanak2 10..glupppp..hahahhahaha..padahal tengok tak sampai 5 minit..muahahhahaa. Itu tanda rezeki pakcik tu la kan. Aku anak beranak masuk,  pakcik tu kira RM50. Terkagum sekejapla tengok bunga tue, aku tengok kat sekeliling Rafflesia tu banyak bekas2 rafflesia tue mati. Rafflesia nie macam cendawan tak boleh kena panas hidup pun lebih kurang 5-7 hari je lepas itu akan hitam dan mati yang aku tengok tue berusia 2 hari tapi dah nak hitam sebab terkena cahaya matahari, pakcik ini siap buat bumbung daun pisang nak kasi dia tahan lama sikit.

masing keluarkan henpon..kikiki
puashati nampak depan2 bunga nie..


Destinasi seterusnya kita akan ke kundasang tempat ladang lembu (desa dairy farm) . Tempat nie atas bukit penghujung jalan. Masa mendaki pun van macam tak naik..hahahhaha. Scary aku, jalan pulak bukan tar ye..teruk sikit. tapi pemandangan dan tempatnya sangat cantik, sukar nak gambarkan dengan kata2. Sampai kat atas ni, boleh nampak gunung kinabalu jelas sikit. Kata driver van, kat sini kira dah separuh ketinggian gunung kinabalu. Masa sampai ni hujan lebat hokey. Takde rezeki nak bergambar kat area nie. Aku dengan azam sempat jugak turun kejap ke kilang perah susu tue  kat area kedainya je la..belila susu, aiskrim dengan dadih..baru nak suap makan driver van call aqil nangis..hahahhaha. Tadi dia tido aku tinggal kejap kat dalam van. Hisshhh potong stim betul!. Kalau nak tengok lembu kena perah susu ada masanya. Kalau ikut driver van tue kata dalam pukul 2 kot.
sayang tak boleh menikmati pemandangan kat sini..sebab hujan..kalau gerimis memang aku redah nie agak lebat ..

baru nak suap aqil dah nangis dalam van..huhuhu..

Kemudian driver van bawak ke tempat nak soping baju murah sikit banding dengan kat pasar filipina katanya. Tempat nie lepas area gunung kinabalu. Okla kat sini kita soping baju sahaja..hihihi..ok jugakla harganya. Beli la baju kinabalu sebagai kenang-kenangan. Beli untuk anak-beranak je dengan kain batik borneo untuk adik beradik. . Macam biasa aku lupa nama tempat ni, hujan dan gelap sukar nak tengok signboard. Pukul 5 lebih tapi macam dah pukul 8..huhuhu.

Nasib baik kitaorang datang melalui tour, kalau drive kereta sendiri (kete sewa) aku ingat kitaorang malam tue tak balikla..terpaksa bermalam tepi jalan kot. Jalan gelap pakej dengan hujan dah kabus, kalau yang tak biasa memang bahaya. Tapi sebab driver berpengalaman sap sap soi gitu..hihihii...tetiba dah sampai bandar KK..hihihihi..


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: