31 Disember 2014

Kita sedang berduka

Aku belum  sampai hati lagi nak sambung cerita sabah yang seterusnya...walaupun berkurun dalam draft. Kalau umur panjang tahun depan la baru post.





Ini telah menjadi SEJARAH

23 Disember 2014

Memang dah selamat dahhh...

mmm.. memang tak boleh dah selamatkan henpon aku, huhuhuhu... Habis gambar2 dalam tue..huhuhu..sayang betul!. henpon tue pun aku baru pakai beberapa bulan je, rasa bersalah jugakla dengan Azam....aiishhhh...

Tengah survey2 nie nak beli henpon apa, kriteria penting gambar cantik internet laju (kecuali line macam siput vavi la)..hahahahha. Tengok maharaja lawak asyik ada iklan OPPO je teringin nak cuba OPPO..kikikiki..dasar senang dipengaruhi atau beli jela LEVONO balik..mmm. Anak buah aku cakap cikjah beli yang kalis airla..hahahahha..cisssssssss..perli haku.

Lemak dah naik 3 kilo, adoii malas betul nak diet balik wei, aku makan main bedal je. Makan nasi macam orang tak pernah jumpa nasi..huhuhuu..so hasilnya memang seluar ketat baju ketat, hahahahhaha...Bila la nak datang keinsafan nie...Senam dah malas....

Baju sekolah anak-anak2 dah beli, buku2 dah beli, stationery pun dah semalam borong kat mydin. Beg, anak-anak cakap tak payah beli diorang guna je apa yang ada kecuali aqil, budak tu aku tak taula berapa banyak beg dia. ggggrrrrrr...

Sebelum beli keperluan semua, aku check dulu mana baju yang ok, Macam azri memang kena beli baru semua. Fahmi baju sekolah kebangsaan boleh guna baju+seluar azri tahun ni punya cuma aku kena tukar nametag je. Baju sekolah agama memang tak dapat diselamatkan sebab kan semua warna putih jadi aku tgk dah buruk betul, kalau letak kain lap dengan sebelah baju tu memang tak dapat beza dah..hahahhahahha. Aku nak beli yang baru 3 pasang, pastu Azam macam terkejut kenapa sampai 3! dia cakap..hisshhhh...last-last beli 2 jela..malas aku nak gaduh2 hahahahah. Aku cakapla baju sekolah Agama tue dah takde yang elok lagi baju azri plak seluarnya dah terbakar kena seterika, memang tak boleh pakai. Aku bukan apa kalau beli 3 boleh la basuh baju selang sehari..huhuhu..kalau 2 pasang kena hari2 basuh.  MAsing-masing dah tarik muka...mmmmm...Takpela nanti kalau dah gaji aku beli lagi sepasang untuk Fahmi. Yelah soping nie pun guna duit Azam...malas aku nak bentang alasan kenapa ini perlu kenapa ini tak perlu. Lagipun konsider la sikit Fahmi tue sekolah kebangsaan tak beli baju baru langsung semua pakai abangnya punya...okla kot pada aku beli baju sekolah Agama tue 3 helai..mmmm...

Lepas tue part Azri pulak aku ingat 2 pasang je cukup sebab dia dah sekolah menengahkan. Satu sessi je , lagipun dia duduk rumah kalau tak sempat basuh malam pagi2 boleh basuh tengahari dah boleh pakai sebab dia sessi petang. Azam pulak cakap 2 je? beli la 3 pasang!...Nampak tak? kitaorang nie sebenarnya sangat kontra..hahahhah..selalu bercanggah pendapat!..memang tak boleh  ngam langsung..tapi takdir Allah kitaorang jadi suami isteri..hihihihi...

Esok aku kena teman opismate nak pergi tengok/urus anak-anak yatim soping barang keperluan sekolah kat Aeon untuk program charity company. Half day je kot masuk opis. 


Ini telah menjadi SEJARAH

Sabah bah - hari pertama

Cuti yang telah dirancang dari awal tahun lagi.

Alhamdulillah sampai jugak akhirnya ke Negeri dibawah bayu ni. Kitaorang pergi dengan pakej tour termasuk Flight, hotel, transport di KK+driver, breakfast, lunch (dinner sendiri) dan tiket masuk ke tempat-tempat lawatan (ada jugak yang tak masuk pakej kita bayar sendiri). Keseluruhannya kira puashatila. 

Sebenarnya nak bawak anak-anak merasa naik kapalterbang,  tue yang  try ke KK. Kebetulan harga pakej tue sangat berbaloi sebab dia bagi harga kawan-kawan. Rezeki jangan ditolak kata orang.

Hari pertama sampai kitaorang dibawa pusing-pusing bandar KK, ke Universiti sabah dan bukit signal . Kat bukit signal ni boleh nampak bandar kota kinabalu. Hari pertama nie lunch sendiri, jadi driver tue bawak kitaorang ke shopping  Mall Suria Sabah. Makan kat food court je, tapi view dari food court nie cantik sebab mengadap laut. Habis lunch kita pusing-pusingla kejap kat mall nie, belila jajan2 makan kat hotel lepas tu check in hotel dan rehat-rehat je. Habis semua terbongkang tido letih kot kena bangun pukul 2 pagi, pukul 4 pagi  dah sampai KLIA2 sebab tak tau KLIA2 kat mana lagipun biar cepat jangan lambat. Flight pukul 7.15 pagi giler excited nak naik kapalterbang nie namanya ..hahahaha..tapi sempat la makan dulu. Lepas makan tunggu subuh, lepas tue check in, nak sampai kat gate berlepas ya ampunnnnnnnn jauh giler, setengah jam kot jalan kaki..huhuhuhu. Kitaorang naik Malindo, agak selesa kalau nak bandingkan dengan AA (takle nak compare dengan yang lain sebab aku baru merasa naik AA dengan Malindo je..eheheheheh).


betul2 pelancong nie..hahahha

dari bukit signal

suria sabah

Malam keluar dinner kat area pasar filipina ker...sederet rasanya sebab kitaorang ada driver so aku pun tak berapa hafal jalan2 dan area mana kitaorang pergi..hahahahahha...main ikut jela. Banyak gerai kat situ, memang dia jual seafood je. Of kos kitaorang nak try lobster hihihihi...adala binatang laut yang pelik-pelik tapi tak berani nak cuba..hihihi. Agak berpatutan harga seafood nya pada aku. Masakan sedap. Lepas Makan driver bawak kitaorang ke Pasar malam berdepan dengan pasar filipina. Driver nie cakap kalau kat pasar filipina nie pasar dah lama kira otaila jadi harga selalunya susah nak minta kurang kalau kat pasar malam nie harganya boleh dirunding dan murah sikit. Tapi  tak beli pun apa2 kat pasar malam nie, saje jalan-jalan lagipun kitaorang akan ada masa satu hari untuk soping sebelum balik nanti, so tak payah nak tergesa-gesa sangat bersoping. Lagipun bab2 bersoping nie aku kurang minat kikikiki...

alamak terasa-rasa kat tekak plak..butter basah..sedapppnyaaaaaaaaa..

kat gerai yang kitaorang makan..

Lepas round kat pasar malam nie, terus balik hotel. Tapau pisang goreng dengan kepak ayam..melantak lagi dalam hotel..hahahhahah..dasar kuat makan.

Sambung hari kedua nanti..

Ini telah menjadi SEJARAH

15 Disember 2014

Cerita sabah dah siap tapi tak boleh publish lagi sebab gambar takde. Tak syokla takde gambar.  Tunggu henpon masuk air sihat dulu, eh kalau boleh sihatla..huhuhuhu. Azam cakap kalau tak ok ambik henpon dia, dia nak beli yang baru..amboi amboi..ahhahahhaah. Kalau tak ok jugak terpaksala aku guna je gambar yang ado kat kamera dengan henpon azam..

Ada rezeki nak masuk tapi masih tergantung-gantung lagi..hahahahah. Sabo jela. Nak kena pikir anak nak masuk sekolah nie mau ribu ribu gak habis nanti..huhuhuhu.

MAlam tadi jumpa kayang kat KLIA2, sebab dia nak buat umrah. Dia dari kedah naik bas terus ke KLIA2. Memudah mudahan urusan ibadah umrah dia dipermudahkan.

nak tunggu taklimat

sayang!

teman kayang dengan abang nazri makan, kesian kelaparan dari pagi tak jamah nasi..

karam singh walia in action..hahahaha..poyo betul kalau cerita



Kali ke 2 aku ke KLIA2, pestime masa nak ke sabah aritu terus je ke balai pelepasan, tak lalu Mall nya pun padahal datang awal..kitaorang tak pusing-pusing pun dalam tue. Kali nie datang dari tempat parking kete jadi nak ke balai pelepasan kena lalu Mall...besarrrr KLIA2 ni ye boleh sesat..hihihi.


Ini telah menjadi SEJARAH