31 Oktober 2014

Cerita hari ni...

Celah kangkang sakit ..jalan dah macam king kong terkangkang-kangkang kalah ibu mengandung  bawak perut....hahhahahhaha.... kes hati naluri tersentuh dengan pertanyaan opismate

"kak, pesal dah gemok"..hahahhaha.. tiap kali jumpa aku...

cis cis cis.....

So marila mulakan balik senaman yang telah aku tinggalkan beberapa bulan lalu......lagipun aku kena fitkan badan sebelum hujung bulan 11 ni. Tu yang jadi sakit otot tu..hihihihihi..

Hari nie relax sikit bos takde...eh relax sikit..hahahhaha..banyak kot. 

Esok ada hari usahawan sekolah anak-anak, tapi aku tak dapat nak joinla,  esok kerja nak cuti pun cuti dah tinggal 2 hari. Aku pesan kat kakak pengasuh bawakkan Aqil kesana aku bagi duit untuk beli kupon. Anak-anak pun Azam bagi sorang sepuluh ringgit untuk beli kupon. Aku offer diorang nak guna tak duit raya diorang, masing-masing taknak takut duit habis..hahahahhaha. Aku cakap nie memang duit untuk diorang guna untuk suka2 sebab separuh aku dah masukkan dalam bank diorang. Tetap jugak diorang tolak..hahhahaha...diorang nak guna duit belanja yang diorang kumpul. So masing-masing beli kupon 20 inggit. Malam nie ada Heliza Helmi dengan PU hafiz katanya. Anak-anak sibuk nak pegi, insyaallah kalau takde pape bolehla pegi nanti.

Perkembangan masalah yang aku kena hadap. 

Alhamdulillah kereta 'bermasalah' tue dah terjual walaupun berlaku kerugian sedikit ...sedikit???? ..hahahhaha... tapi sejujurnya aku legaaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Tinggal tunggu urusan loan dan stok kereta. Tak tau la bila boleh settle...aku dah 2 minggu pinjam kereta abang ayeng...nak kena tambah seminggu lagi?..huwaaaa....malu kot..huhuhuhu. tapi takde pilihan weii. Sabar sabar....

Patutnya hari ni ada DI yang budak jual diesel tue pukul 10 tadi tapi nampaknya dia tak datang untuk disoalsiasat. So DI akan diteruskan tanpa dia membela diri nampaknya.


Ini telah menjadi SEJARAH

30 Oktober 2014

Cerita bekal, opis, bos dan dot dot

Pagi-pagi tadi dah beriya aku panaskan nasi dan lemak ciliapi ayam semalam punya. Ingat nak bawak bekal la pergi kerja. Nasi tue adala 4 senduk. Ayam tue adalah 4 ketul. Sekali anak-anak aku "ibu nak makan nasila"..uwaaaaaaaaaaaa..hahahhaha. Adoila korang nie...last-last aku bawakla roti 2 keping selet dengan majerin tabur gula itupun hampir2 kena paw dengan aqil masa dalam kereta..hahahahahha...

Dah bosan sebenarnya nak beli makanan kat area opis aku nie. Bawak bekal walaupun simple, janji kenyang jimat pun jimat.

bekal beberapa hari lepas..tapi sama macam bekal semalam..kikikiki..ayam goreng tabur bawang dan ciliapi potong..hahahhaha..femalas punya bekal.

Taula bos aku nie penyelamat bumi. Bekas tue pun dia yang bagi. Tiap kali nak beli makanan kat kedai hulur bekas niela..hahahahah. Mula-mula malu, lama-lama dah tak heran dah. 


Kes yang jadi cleaner tu, mula-mula merungut lama-lama seronok pulak..hahahhahahah. Kalau turn team aku, selalunya bos takde kat sini jadinya kitaorang mula buat kerja cleaner lepas sarapan dalam pukul 8.45 pagi macam tue lebih kurang sejam mcm tue dah siap, pastu lepakla..hahahahahah. Kilat tau,  selalu kitaorang sental lantai, basuh toilet..wangiiiiiiiiii..kitaorang curahla pencuci banyak-banyak..hahahahhaha. Kalah dulu masa guna khidmat cleaner berbayar. 


Hari tue bos belikan mop baru, 200 lebih dia beli. Ada satu hari tue kebetulan bos ada masa aku tengah nak mop bos tanya ok tak mop tue, aku jawab yang lama lagi senang la bos yang tak boleh kering tak bagus..hahahhahaha..berani terus terang dengan bos macam tue..hahahhaha. Bos aku tercengang, pastu dia tunjuk kat aku cara nak guna sebenar-benarnya ...oooo.. macam tueeeeeeeeeeee ... pastu aku kena bahanla tak reti guna cakap tak bestttttttttttttt ..hahahahahhahahahampeh!. Mana pernah guna mop canggih2 yang mahal, mop aku tue beli yang 7 inggit perah guna tangan ..hahahahha. 

Bos aku nie bos yang paling pelik kot pernah aku jumpa..kikikiki. Toilet opis dia cuci sendiri, barang-barang pantry dia yang beli & top up macam 3 in 1, sabun cuci, roti, biskut, nutella, peanut butter, tisu, bla bla bla..tuala tangan pun dia cuci sendiri..hahahhahah. So ko nak cakap macam mane bila dia suruh kita pun jadi cleaner sebab dia pun buat. Manager2 dia pun buat jugak mop bilik sendiri..hahahahha. Lepas tue dia takde secretary ye, appointment dia set sendiri,  kalau ada visitor dalam bilik dia kadang-kadang dia yang buatkan air untuk visitor tue kadang2 kitaorang yang kat luar bilik diala yg buatkan..hahahhaha. Nak jumpa dia tak payah protokol2 bagai..ko boleh redah je bilik dia. Tapi sebab muka dia nampak garang kadang2 orang takut nak jumpa dia. Kang yang jadi mangsa kitaorang yang kat luar niela..tolong ambikkan sign cheque, surat atau apa bendala nak tanya dia...nak tau dia ada ker tak kat bilik dia pun kitaorang jugak jadi mangsa..mentang2 la dia kat sebelah kitaorang je. 

Aku pun dah semakin serasi duduk kat sebelah bos ni, dah pandai adjust jadi sesumpah...wakakkakakak. Dah lama aku kerja kat sini, aku takde benda yang patut aku nak komplen kat tempat aku cari rezeki...hihihi..walaupun gaji biasa-biasa je, increment ikut sukahati dia je nak bagi bukan setahun sekali bertahunnnnnnnn nak tunggu, nak bagi bonus pun kena bebel dulu..hahahhaha...tapi secara keseluruhan aku gembira kerja kat sini.    

Kebahagian kita, kita yang tentukan
kalau kita pikir gembira
kita akan gembira
pilihan ditangan kita..


Ini telah menjadi SEJARAH

29 Oktober 2014

Dari loyar buruk ke lawyer...


Impian aku mudah je..

Nak selesaikan hutang-hutang kemudian bina sebuah rumah ditanah pusaka di hujung kampung. Simple Dream!. tapi nak laksanakan banyak cabaranya..hihihihi. Sampai tersalah langkah! ilmu tak cukup macam tuela jadinya. Duit pun berterbangan tidak ketahuan..huhuhuhuhuhu..hutang tak susut duit simpanan pun habis..hahahhahahah. Kesian!

Takpela satu pengajaran yang sangat berguna untuk aku, yang penting sekarang aku nak selesaikan dulu masalah yang aku cari. Lepas tue baru aku buat tindakan seterusnya.  Mudah Mudahan Allah Izinkan. Tak serik-serik gak aku  nie..hahahhahaha..ker nak buat cara follow the flowwwwwwwww (comfort zonela kiranya)...mmm.

Aku dah terminated loan ASB aku. Lega. BLR dah naik. Aku punya monthly installment pun dah naik, malas aku nak maintain dah. Lagipun faedah dinikmati masa awal tahun. Sekelip  mata habis. Nie pun bahana terlebih baca pasal buat loan ASB. Ilmu sejengkal, lautan dalam nak diduga. mmmm... Lepas ni aku dah tak berani la nak saiko2 orang ambik loan atau saiko orang pasal ilmu kewangan..hihihihih...dulu aku pernah saiko orang ambik loan ASB, adoi rasa bersalahnya aku, siap buat N3 tue kat belog nie..uhukuhukkk


Dah dah malas aku nak cerita pasal duit hutang bla bla bla....

Aku nak cerita pasal kerja pulak la..

Baru baru nie aku diminta jadi puan pengerusi dalam satu Siasatan Dalaman bahasa omputihnya domestic inquiry (DI). Duduk kat HR dah 10 tahun baru berpeluang masuk dlm DI...kikiki. Satu pengalaman yang luar biasa. Ini kes tumbuk Supervisor sebab tak puashati dengan cara supervisor beri arahan. Baran hokey. Satu kesalahan besar adalah bila bergaduh didalam kawasan tempat kerja. Jika didapati bersalah boleh dibuang!.

Tugas aku menyoal siasat kes. hihihihi..dah macam lawyer plak aku rasa..hahahhahahha. Boleh anda ceritakan macam mana kejadian ini boleh berlaku?, kenapa anda bergaduh dan menumbuk penyelia anda?, tumbuk berapa kali?, ada saksi?..DLL. 

Sessi sedang dijalankan. yang ajar aku tue kakak yang tengah mencatat minute..kikiki..yang botak tu ahli panel jugak. Tengah khusyuk mendengar penjelasan dari tertuduh..


Tadi diberitahu ada lagi satu kes yang perlu aku jadi ahli panel. Kes Jual Diesel. Diesel yang dipam ke Lori dia sedut dan jual balik kat orang luar. So kena prepare soalan yang patut untuk ditanya..kikikiki.. Jadi lawyer kata ko, selalu jadi loyar buruk je ...nie merasa gak jadi lawyer..hahahhahah


Ini telah menjadi SEJARAH

23 Oktober 2014

kosong

Masalah belum settle lagi..sekarang ni pergi kerja pinjam kereta abang ayeng..huhuhuhu..tak tau nak kena pinjam sampai bila..malu pun ada ni, mmmm...kalau lama sangat kena cari kereta sewala nampaknya...Aku harap sangat boleh settle dalam minggu nie tapi tuela nie pun dah hari khamis..aisshhhhh... Sedih weiii...

Pokai betul aku bulan nie..hahhaha. Duit makan duit minyak semua belas ehsan dari Azam. Nasibla dia agak prihatin tanya aku ada duit ker tak..hahahhaha. Aku nak mintak malu, apa kes kan kerja tapi duit takde..hahahhahahha. Ini semua kereta merah tu punya pasal..hahahhaha. Adoi pening. 

Tapi bila pikir-pikir balik..mampu plak laki aku tanggung aku kan, dengan duit minyak aku pergi kerja makan minum semua. So aku kerja buat apa? persoalan yang sangat misteri..hahahhahaha..manala dia korek..hhahahha...macam tu bulan depan pun aku buat-buat pokaila untung2 duit gaji aku semua boleh simpan..hahahahhaha..nak cover kerugian pasal kereta merah tu..hahahhahahaha...

Dah la ada hutang dengan anak buah..dah berbulan janji..hahahhaa..adoi. Harap-harap bulan nie boleh lunaskan hutang dengan anak buah.Amiinn.







Ini telah menjadi SEJARAH

14 Oktober 2014

tekanan melampau

Dalam hidup nie kadang-kadang adakalanya kita memang tersalah buat keputusan atau keputusan yang kita buat tidak menghasilkan sesuatu yang kita harapkan. 

Macam tuela jugak keputusan aku menukar kereta, tak berbaloi atau lebih kepada mencari bala kot...uhukkkss. Aku harapkan boleh bertenang dalam 2 3 tahun tanpa menambah beban dan menjauhi riba (agak poyola tapi itu harapan aku), tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku.

Sakit tengkuk aku memikirkannya.


Ini telah menjadi SEJARAH

09 Oktober 2014

Raya Haji 2014

Tak sempat nak mengarang sebab sibuk..eh buat buat sibuk sebenarnya..hahahhahah

Aku ada rekod jadual kerja Azam kat kalender aku, jadi aku tau bila dia kerja pagi, malam atau off. Bila aku tengok cuti raya haji tue bersambung dengan off dia, aku dah dapat agak mesti dia nak balik kampung..kikikiki. Tapi sebelum dia bagitau nak balik kampung aku saje2 je tanya..."raja haji balik kampung ker?" saiko punya bini....hahahahahah...

Kebetulan MIL nak korban sekor lembu. MIL ada bagitau Azam dia dah  berniat nak buat korban untuk semua anak-anak menantu-memantu & cucu's. MIL nak sponsor..hekhekhek. Aku cakap dengan Azam patutnya kita buat sendiri lebih afdhal. Azam cakap mana ada duit, aku jawab balik "aik, beli henfon mahal 4 5 ratus boleh, buat korban dengan satu bahagian tak boleh?"..hahahhahahha..agak puaka mulut haku...tapi masa cakap aku aku jauh sikit dari dia kalau tak takut jugak penampo singgah kat muka..hahahahhaha......

Sampai pun dah malam, lepas tu MIL ajak makan. Borak-borak kejap MIL suruh pergi berehat je baru sampai jalan jauh katanya..adoiii...padahal mak mentua aku dok bersilat kat dapur menumisla, menggoreng nak prepare makanan untuk esok. Tapi sebagai menhantu yang mendengar kata adalah baik jangan melawan....hahahhahah...memang dasar menhantu..

Esoknya pegi sembahyang raya, kalau dengan MIL kena pegi awal..hihihi. Sembahyang raya start pukul 8.30 katanya, tapi sampai masjid dah ramai jugak orang.

otw nak kemasjid..tak nampak plak MIL kat belakang aku tue..
Anak-anakla seronok sangat nak tengok lembu kena korban tapi tuela lambat sangat keluar rumah dekat pukul 12 kot..hahahhaha..yang ada kepala lembu je bersusun.

Kitaorang bawak balik 2 bahagian korban..fuhhh..dah pening MIL. Patutnya dapat 3 bahagian MIL suruh je tukang sembelih bahagi-bahagikan kat orang-orang kampung. Yang 2 bahagian tue MIL nak bagi kat saudara mara yang ado.

Lepas zohor apalagi, berusaha kerasla aku, MIL dengan Azam bahagikan bahagian2 yang ado. Dapatla tulang rusuk sikit, aku cakap dengan MIL kita masak supla....MIL cakap "kamu masakla.."..ehehhehehe..

hasilnya
Pastu habisla cerita raya haji...hahahahhaha...malas aku nak sambung nie pun dah berapa kali save kat draft..hahahahahah...

Ini telah menjadi SEJARAH

02 Oktober 2014

Jalan yang aku pilih

Sendiri buat keputusan tapi sendiri masih gundah gulana. Biasalah hati manusia suka berbolak balik. Kadang terpikir balik betul ker keputusan aku nie. Berbaloi ker?..huhuhuhu..Sebenarnya kalau nak kira aku nie diantara orang yang tak sabar. Itu kelemahan aku. Keuntungan yang makan masa nie aku rasa merimaskan..hahahha. Contoh paling dekat loan ASB je cukupla..aku dah naik menyampah pulak bayar tiap tiap bulan. Tue sebab aku tak suka ada komitmen hutang apa-apa. eee...rimas rimas..hahahha..boleh macam tu?. Cukup tahun aku nak terminate loan asb tu.



Plan aku sebenarnya macam nie

Aku target, dalam masa 2 tahun, Azam akan simpan duit yang digunakan untuk bayar installment ' Dia' dan kitaorang dah balik modal balik. Mudah-mudahan dalam masa 2 tahun nie takde apa-apa kerosakkan besar yang perlu aku baiki dengan kereta baru beli ni (mudah-mudahan Allah izinkan), kalau setakat service biasa je, 'dia' pun ada servicenya. Lagi baik kalau boleh bertahan sehingga 5 tahun. Aku dah ada modal kalau nak beli yang lagi baru kan?..ekekekkekke..

Itu kalau nak tambah hutang beli kereta baru, tapi aku dengan azam kalau boleh nak sediakan tapak buat rumah kat tanah aku tu. Tapak je la dulu yang mampu itu pun kena kumpul setahun dulu..huhuhuhuhu..

Mudah-mudahan Allah kurniakan kesabaran dan mudahkan urusan aku dan Azam, berkati jalan yang aku pilih. Amin. 


Ini telah menjadi SEJARAH