30 September 2014

Sampai sini je khidmat dia


Bukan tak sayang tapi bila hidup terlalu mengenang-ngenang alamatnya tak kemana la kita. Disitu tak gerak-gerak.

4 Tahun lepas aku dapat 'dia' ceritanya di sini. Dan semalam aku lepaskannya setelah berminggu-minggu jugak aku dengan Azam cuba cari keputusan yang terbaik. Pro & Kon. Lagi-lagi siapa yang akan menggantikan 'Dia'. Sebenarnya dah lama pikir cuma hati tue sampai ke tak nak buat sebab apa.....adalah beberapa alasan yang aku pikirkan.

khidmat terakhir anak-anak pada dia, masa nie diorang tak tau esoknya 'dia' tukar owner..kikikiki..

Aku dengan Azam dalam plan nak mengurangkan beban hutang yang ada. So, buat masa ni yang paling baik aku pikir, baik let go 'Dia' sebab installment 'Dia' paling banyak diantara hutang-hutang lain. Kesilapannya dulu beli tanpa downpayment, mana tak melambung installment dia. Maklumla gelojoh nak yang baru walaupun duit takde..hahhahahhaha. Tapi aku puas juga la jalan satu malaysia dengan 'Dia' dari kuantan ke kuala terengganu, kemudian ke kota bahru, cameron highland, jitra ke perlis, skudai, air keroh, bandar hilir, nilai..hahahhaha.... nasib sabah sarawak kena naik 'belon' kalau tak aku redahkan jugak kot dengan 'Dia'....kikikiki....Arwah mak juga merasa puasla naik 'dia'. Banyak jugak jasa 'dia' dekat kitaorang.

Sebenarnya berdebar-bebar jugakla hati aku nak buat keputusan nie, tak nyenyak tido..hahhaha..tapi makan masih selera. Bila jual 'dia' pun sebenarnya tak berbaloi sebab loan lagi tinggi so aku terpaksa top up sikit nak clearkan semua hutang 'dia'

Nak keluar dari comfort zone bukan senang. Bayangkan dah selalu dengan kereta baru yang takde masalah aku bertukar dengan kereta second hand yang dah berusia 10 tahun. Ko rasa?...hahahhaha....






Ini telah menjadi SEJARAH

29 September 2014

Menggelabah tenuk

Pagi-pagi dah kena shit..hahahhahaha..tapi bukan aku yang dia bahasa kan...dia bahasakan  diri sendiri, sapa suruh lupa approve. Inila keburukkan online banking...kikikiki...

Patutnya 26hb, jam 1201 tengahmalam kitaorang gaji, sejak guna online banking  nie memang senang..zap zup zap..settle. Tunggu masuk ke dalam account tapi tuela online banking pun masih jugak perlu manusia yang kawal. 



Sekali bos kecik lupa approve, tak menggelabah kitaorang. Talipon opis start pukul 8.30 dah berbunyi2 staff-staff tanya kenapa gaji tak masuk..hahahhahaha. Terpaksala bohong sunat kata system down..kikikikiki..

Ada yang dah dekat depat ATM mesin..hahahhaha..sekali duit takde adoi kesian kan. Kalau macam aku nie boleh cek online je dulu,  tengok duit ada baru pegi ATM. Ada yang sms tanya hari nie betul kan 26hb, atau dia tersalah tarikh sebab pergi ATM duit takde..hahhahahaha. Adoi memacam korang ni.

Masa pestime guna online banking aku pernah terbagi gaji awal..hahahaha..24hb. Itu pun kecoh, bagi awal salah bagi lambat salah...pening. Sebab masih tak biasa dengan system tue le jadi silap. 

Yang pasti gaji tetap 26hb cuma lewat sikit dekat pukul 5 petang baru masuk. Selalu masuk pukul 1201 malam dah ada dah..kikikiki..tue yang semua menggelabah tenuk.


Ini telah menjadi SEJARAH


25 September 2014

Rezaki Dia..

Hari tu keluar je banner kat sekolah maklumkan dah boleh apply untuk prasekolah tahun 2015 cepat-cepat aku apply untuk aqil tapi kebarangkalian nak dapat tue agak tipis sebenarnya tapi tak cuba tak tahukan. Prasekolah bagus sebab dia dah dedahkan awal2 kat budak-budak, suasana sekolah sebenar. Dan yang penting Prasekolah nie dekat sangat dengan rumah kakak pengasuh..kikikiki...

Rabu minggu lepas, kakmiza (kakipar den) wechat aku tanya Aqil dapat tak prasekolah sebab anak dia yang sebaya aqil dapat dan haritu kena ambik surat tawaran (ingatkan masuk u je ada surat tawaran..hahahha..) itu pun pihak sekolah hanya maklumkan pada ibubapa dengan sms pada hari sabtu 13/9/14 lepas. Memang aku dengan Azam tak dapat apa2 sms. Bila dengar tu aku kecewa jugakla sebenarnya, sampai salah jalan masa nak pergi kerja..hahahhahahha...loklak sangat. Adoi nak kena survey sekolah tadika lain untuk dia pulak. Kalau nak masuk balik tadika kemas yang sekarang nie  dah 2 tahun kat situ, nampak macam dia dah boring, nak ambik tadika lain aku kena pikir jugak susah senang kakak pengasuh nak ambik dia balik sekolah nanti atau aku kena sediakan transport balik tapi kalau terpaksa kena jugakla redah kan. Sampai opis terus wasap azam tapi dia tak balas. Dalam hati aku, ala orang lelaki ni memang macam nie bukan nak kisah sangat pun anak nak sekolah mana..kikikikiki..mak selalunya yang lebih lebih.

Dekat pukul 11 tue azam baru balas wasap kata aqil dapat. Ya Allah syukur Alhamdulillah sangat2. Rupanya Azam dapat sms pagi tue jugak dalam pukul 8.  Tu sebab dia tak reply wasap aku sebab dia pegi sekolah terus. Kebetulan pulak Azam off hari tue..Ya Allah syukur Alhamdulillah sangat2. 

cantik bahasa aku kan balas kat laki mcm tue...huhuhuhu..
maafkanla adinda kekanda sebab adinda terkejuzzzz...kuikuikui.

Bila bertalu talu soal laki tue, terus laki ku wasapkan gambo surat ..hahahhahahhahah.. Bukan apa soalan bertalu-talu tu sebab aku pelikla kan, berita sepenting ini aku dapat tau last minit setelah aku kecewa dan salah jalan ke tempat kerja ..hihihihi..


Memang rezeki Aqil. Aku tau susah nak dapat masuk Prasekolah nie. Adalah aku cerita kat beberapa kenalan yang aku mohon prasekolah untuk aqil, diorang nasihatkan aku kalau nak mohon prasekolah jangan letak pendapatan ibu kalau ibu berkerja. Aiikk..macam tu pulak. Kenalan ni cakap nanti susah nak dapat sebab dia tengok pendapatan isi rumah. Tapi minta maafla ye sepanjang aku isi apa-apa borang berkaitan sekolah anak2 tak pernah lagi aku menipu tentang pendapatan kitaorang dan aku tetap tulis yang aku nie berkerja. Macam tu jugak masa mohon prasekolah untuk aqil. Anak aku nak timba ilmu macam mane kalau betul aku buat macam tue dan sepatutnya ada orang yang lebih layak dapat tapi sebab aku menipu anak aku dpt tempat tu. Ko rasa berkat tak ilmu yang anak aku dapat?. Aku dah menafikan hak orang lain sebab pentingkan diri sendiri. Maafla aku tak setuju cara tue. Lagipun gaji kitaorang bukanla besar mana punnnnnnnnnnnnnnnnnnnn yang nak kena sorok-sorak bagai...alahai..

Syarat-syarat layak masuk PRASEKOLAH..

1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Lahir pada 2.1.2009 – 1.1.2010 (6 tahun) dan 2.1.2010 – 1.1.2011 (5 tahun).
3. Keutamaan diberikan kepada murid berumur 6 tahun.
4. Pemilihan adalah berdasarkan keutamaan kepada merit  pendapatan ibubapa/penjaga mengikut ‘ranking’ pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.

Syarat 1 aqil lulus, syarat 2 lulus jugak...syarat 3 pun lulus syarat 4 tue subjektif...tapi alhamdulillah masih dalam ranking tue.


Notakaki : pendapatan kitaorang nie biasa-biasa jela sebenarnya, maklumla sorang kerja kilang sorang lagi kerani cabuk...



Ini telah menjadi SEJARAH

19 September 2014

UPSR dan Bocor

Yess...tahun nie Azri ambik UPSR dan ditakdirkan ada paper yang bocor. Sebagai mak dah tentu aku kecewa mula-mulanya. Tapi bila pikir-pikir balik dan baca beberapa pandangan, aku ubah rasa kecewa aku dengan 'menikmati' peluang kedua yang Azri akan dapat. Bukan senang nak dapat peluang keduakan. 

Tapi tuela aku je yang rasa dapat peluang kedua nie bagus, bagi yang tuan badan tetap relax & cool hahahhaha..bukan tau nak buat ulangkaji ke hape. Kalau aku tak menjerit suruh baca buku memang jangan harapla...itu yang aku stress sebenarnya..hahahhahah..nak kena sambuung jerit2.

Aku memang apply cuti 9/9/14 satu hari 10/9/14 setengahari dan 11/9/14 setengahari jugak. Azri tanya kenapa aku cuti, aku cakap "nak bagi sokongan kat abangla ibu nak bawak manilakat pastu tulis semoga berjaya, duduk depan pagar sekolah, boleh?" ..hahahhaha.. "Ala ibu, janganla malu abang nanti' ..wakakkakaka..Saje sakat dia. Kebetulan Azam off 9/9-10/9 tu. Cantik aturan Allah.  Kalau ikutkan setiap hari periksa nie kat sekolah Azri ada bacaan yasin dan solat hajat, aku ingat nak join tapi masa aku hantar dia pukul 7.10 pagi aku tengok takde pun makbapak yang masuk sekolah. Lepas hantar aqil ke tadika aku pusing balik ke sekolah azri pun takde makbapak yang masuk malah pagar sekolah dah nak ditutup. Aku cakap dengan Azam balik rumah jela..

Aku tengok jam 8.15 pagi masa nie Azri tengah jawab soalan BM aku yang berdebar2..hihihii..over mak ko. Dah macam kucing beranak kot..ekkekeke..Pastu Azam tanya "nak baca yasin ke bu?"....tak dapat baca kat sekolah aku baca kat rumahla dengan Azam dan fahmi (cutila dia sebab UPSR ni).

Rupanya masa kat sekolah, Azri ada cari aku sebab dia ingat aku baca yasin kat sekolah..huhuhu..aku cakap memang aku ada pergi tapi tak nampak makbapak yang lain-lain pun...Azri cakap ada start pukul 8..loh patutla..aku pegi 7.30 memang takde la. Esoknya 10/9/14 aku tengok dia cuma ada satu paper so aku cancel cuti dan ganti  11/9/14 aku nak ambik satu hari sebab paper dia sampai petang. Masa nie dah kecoh paper yang bocor...mmmm. 11/9/14 tue lepas hantar dia aku ingat aku pergi kerja jela..lagipun kat rumah aku tak buat apa-apa pun..ekekekkeke...Lepas tengahari baca FB rupanya BI pun batal...nasib aku tak cuti..kikikiki..kalau tak sia-sia cuti haku..huahuahauhua..

"abang dah jawab elok-elok dah bocor pulak, ibu rasa sapa yang bocorkan?"..hahahhahahha...manala ibu tau nak oit, sapa yang bocorkan..aku cakap "takpela bang, mana tau yang abang dah jawab tue sebenarnya abang dapat B, yang nie pulak dapat A..sebab ada masa nak baca buku lagikan..2 minggu lama tu.." Tinggi harapan mak ko..ekekekkek.

Aku TAWAKAL  pada ALLAH dengan usaha Azri yang tak seberapa tue.

Ini telah menjadi SEJARAH