19 Ogos 2014

Sapa yang nak angkat mayat korang?

Seminggu sebelum raya hari tue aku dapat berita kawan sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sakit. Esoknya lepas zohor dapat berita lagi dia dah meninggal. Terkejut sangat walaupun aku tau ajal maut kat tangan tuhan tapi sebagai manusia tue perasan terkejut tu tak boleh elak Aku baru plan dalam hati hari raya  nanti bolehla aku datang ziarah dia sebab masa aku dibeitahu dia sakit, dia ada kat PPUM.

Aku dengan dia rapat masa sekolah rendah geng waktu rehat dan geng bawak bekal. Bila dah sekolah menengah aku kelas lain dia kelas lain sampai tingkatan 5. Lepas tue putus hubungan walaupun kitaorang sekampung..huhuhu. kalau terserempak(setahun sekali pun susah) pun cuma senyum2 je. Dia kawin dengan kawan sebaya/satu sekolah juga. Aku kenal gitu2 je dengan suaminya.

Hati meronta-ronta nak tengok jenazah dan beri penghormatan terakhir pada arwah. Alhamdulillah seawal jam 7.30-8.00 pagi aku dah sampai rumah keluarga arwah. Ramai kawan-kawan sekerja arwah yang datang. Paling sedih bila suami arwah minta anaknya yang sulung cium ibunya puas-puas sebab dia cakap nanti dah tak jumpa ibu lagi....macam hujan airmata aku, semua yang ada kat situ nangis...anaknya yang sulung darjah 2 yang bongsu 5 tahun. Masa jenazah nak dimandikan nampak suami arwah teresak bila angkat bahagian kepala arwah isterinya sampai abangnya minta dia angkat bahagian kaki..hhuhuhu...sedih...

Sebenarnya dikalangan kenalan arwah semua terkejut dengan berita dia sakit dan meninggal dunia sebab tau dia sakit pun macam sekejap sangat. Tak sampai sebulan terus tenat. Aku tegur jugak kawan sekerja arwah masa ziarah arwah tue tanya lama ker arwah sakit. Kawan arwah cakap tak taula tiba-tiba dah masuk hospital katanya. Masa detect dia sakit nie arwah tengah mengandung dan  terpaksa digugurkan. Dan yang aku paling sedih dia sakit macam arwah mak sakit kanser paru-paru stage 4. Bezanya tempoh arwah kawan aku nie tersangat singkat lepas diagnosis. Bahagian masing-masingkan?. Beruntungnya arwah 'dijemput kesana' masa bulan ramadhan bulan yang penuh kemulian dan keberkatan.

Bila kita ziarah jenazah sebenarnya banyak menginsafkan diri sendiri..dari awal urusan seperti dimandikan, dikapankan, disembahyangkan, dihantar ke liang lahat, di timbus tanah dan ditalkinkan......

Korang pernah tak terpikir soalan-soalan macam nie ?

Ada ker orang nak ziarah mayat aku nanti?
Ada ker orang yang nak angkat mayat aku nanti?
Kalau ada, siapa orangnya?
Macam mane kematian aku, bila, kat mana?
Macam mana keadaan aku dalam liang lahat?


Ini telah menjadi SEJARAH

15 Ogos 2014

Kagum

Aku bukan anak orang kaya. Membesar pun sebagai anak yatim. Abah meninggal masa umur aku 12 tahun dah nak dekat UPSR. Aku nampak macam mana mak susah membesarkan aku adik beradik tu sebab aku berhenti sekolah masa kat tingkatan 6 kalau tak sekarang aku dah jadi menteri besar dah..hahahhaha. Eh, aku tak salahkan mak pun sebab aku yang nak berhenti sebab nak kerja kilang..ekekekekkek..tue yang jumpa Azam tue..hahahahah..Aturan Allahkan..

Bila nak kawin semua hasil duit sendiri selesai kahwin nak bina hidup berkeluarga pun bersusah payah nak selesa sekarang pun masih berusaha untuk selasa. Sepanjang tue adala juga rezeki selain rezeki makan gaji. Alhamdulillah syukur sangat. 

Atas tue bunga-bunga karangan..ekekekke

Baru2 nie bersembang dengan orang paling rapat dalam hidup aku. Dia cakap tahun depan dia nak pergi umrah anak-beranak. Aku pun angguk-angguk, dalam hati seronoknyaaaaaaaa..yang buat aku kagum dia cakap duit yang dia guna nak bawa anak-anaknya pergi umrah tue adalah hasil tabungan dia untuk anak-anak dari diaorang kecik..perrghhhhhhhhhhhhhhh...

Nak kata aku tau secara detail financial dia takdela tapi aku tau sikit2 cara dia manage duit gaji dia. Dia nie sorang je berkerja isteri surirumah sepenuh masa. Gaji dia memang sikitla 20 tahun dulu duduk pulak kat KL. Setahu aku, anak dia lahir je dia dah bukakkan akaun bank (yang ini memang aku tiru..hihihi..anak-anak aku lahir je, aku dah bukakkan akaun bank). Setiap bulan bila dapat gaji dia akan masukkkan 10 ringgit setiap bulan. 10 ringgit ye bukan banyak pun tanpa gagal!. Dari tahun ke tahun bila dia rasa selesa sikit dia nakkkan jadi 20 inggit ini last yang aku tau. Dan Allah kurniakan dia hanya ada 2 anak je. 2 2 anak nie sama jela kaedah simpanannya. Aku kagum tang konsistennya dia masukkan duit tiap-tiap bulan dalam akaun anaknya sampai boleh guna buat pergi umrah. Ko sanggup pergi bank semata-mata nak masukkkan 10 riinggit, dulu mana ada online banking. 

cuba kira, anaknya sekarang dah 20 tahun (anggaran). Ini kira random je ye belum kira duit raya atau mungkin dia masuk lebih dalam akaun anaknya tu.

10 Tahun pertama : 10 x 12bulan  = 120 x 10 tahun = 1200
10 tahun berikut    : 20 x 12bulan  = 240 x 10 tahun = 2400
jumlah 20 tahun simpanannya = 3600
                                          
ok, kalau pakej umrah lebih sikit kot tapi macam aku cakap nie kiraan anggaran mungkin simpanan dia lebih dari tu. 

Aku nie adalah jugak simpan untuk anak-anak tapi tak konsisten pun..hihuhihu (itu pun tolak gaji gak kalau suruh bank in sendiri memang sampai kesudahla tak simpan untuk anak-anak) . Tu pun dah lama aku stop masuk akaun diorang kecuali duit raya setahun sekali..hahahhaha. Padahal kalau masukkan 10 inggit pun takpekan bukan terasa pun 10 inggit buat makan tengahari pun habis sekelip mata yang penting KONSISTEN. Masalahnya simpanan untuk diri sendiri pun terlompat-lompat macam bulan puasa dengan raya nie aku stop menyimpan..hahahha sebab nak guna duitkan...
isi balik borang tabung haji untuk tolak gaji tapi tengah berpikir nak tolak berapa..hahahha..rasa macam nak pakai duit lebih bulan ni..hasutan syaitan betul!

Semalam dapat surat dari Permodalan nasional berhad (ASB) minta Azri tukar akaun kanak-kanak ke akuan remaja sebab azri dah 12 tahun genap. Fuhhhhhh..dah ade anak remajewwwwwwwww parijah...


Ini telah menjadi SEJARAH

08 Ogos 2014

Raya kedua ketiga dan seterusnya 2014

Sebab semalam(raya pertama) tak kemana-mana, hari ni plannya nak keluarla beraya ke rumah saudara mara. Kesian kat anak-anak. eh sebenarnya maknya yang sangap lebih..ehehehe

eheheh..sebelum beraya kita kasi satu pose...

ok ready...adoi baru raya satu hari aku dah gemuk balik..hiiissshhhhhhhhhhhh...
selpie pulak..eheheheh..

Pergi rumah sepupu Azam, macam biasa takde gambo ye..maluwww tak buat perangai batak asyik bergambo je..hahahha..lagipun borak tak hingat punya, macam-macam topik kuar. Sama jugak dengan makanan yang masuk dalam perut macam-macam ado..hahahhaha...penat tau perut..Padahal 3 rumah je pun..ehehehhe..

dah sampai rumah MIL..cover perut muncit..hahahhaha..
Hari ni jugak kitaorang plan nak balik ke sarang. Azam cakap balik malam-malam sebab nak tunggu pakcik makcik dia datang rumah MIL petang tue.

Memang betul malam la kitaorang balik, bertolak pukul 11 malam, serius mata aku tak larat nak buka. Azam dia dah tido dulu lepas maghrib tue. Masuk kete apalagi membutala aku...nasibla Azam..ehhehehe kijam tak?

Settle raya kedua...

Raya ketiga

Indahnya hari, bila bangun-bangun tidur aku berada diatas katilku..rindu pada dapurku, mesin basuhku, ..hahahhaa..macam kan ko tinggal berbulan padahal baru 3 hari puihhhh...

Ok plan kita hari ni nak beraya belah kaum keluarga haku pula, kena settlekan hari nie sebab esoknya azam dah kerja. Tengah siap-siap kakida hantar wechat tanya aku dah balik ke belum, dia cakap kalau dah balik datangla rumah dia, dia masak nasi lemak. Pucuk dicipta ulam mendatang namanya, cancel sarapan kat mamak...ehhehehe..jimat.
sampai-sampai petik rambutan dulu..ahhahahha

Tambah kapsyen

habis dah makan, nak balik masa nie tapi tunggu anak buah aku ambik monopod..hahhahaha nak bergambar

setting...nak try..

ready smileeeeeee...ekekkekekke...
Dah kenyang aku pegi rumah makcik makcik aku...nasib diorang ado. Pergi rumah biksara lepas tue rumah waksiah, lepas tue pegi rumah kakak sepupu aku raya sambil ziarah suaminya yang sakit.

Lepas tue call makcik aku belah mak pulak tanya dia ade ker tak, yang nie jauh sikit rumahnya atas morib sana kat kampung kundang. Dia cakap dia nak beraya, tapi kejap aje anak-anaknya ade kat rumah. Okla masa tue pun aku baru OTW kira sempat kot.

Sekali sampai sana abang aku pun baru sampai..ehehehhe..ade gengla.. sementara tunggu makcik aku sepupu-sepupu aku ajak makan..ehehhehe..makan lagi?..sambal belacan hokey gila tolak rezeki..muahahahahha...Bila makcik aku balik borak kejap dengan diorang pastu nak balik. Aku nak raya rumah abang aku plak..

Abang aku cakap datang pukul 9.00 kakak ipar aku nak masak dulu..dah tue kitaorang balik rumah mandi2 maghrib dulu. Malam baru pegi rumah abang ayeng..makan lagi?..hahahhahah

Selesai raya ketiga..

Hari nie (raya keempat) tak kemana Azam dah keje, aku settlekan rumah tengahari sikit pegi beli barang nak masak. Aku plan masak lebih sikit nanti, kalau-kalau adik beradik aku nak datang beraya. Masak dengan tenang sambil layan tetamu-tetamu cilik datang beraya..

Sempat aku tido2 kejap..hahahha..dah dekat maghrib ateh wechat suruh kumpul rumah dia sebab semua ade kan. Lah aku cakap sapa nak makan makanan yang aku masak, mehla korang datang sini..ehhehehe.so malam tu diorang serbu rumah aku kecuali family abang ayeng sebab dia kerja petang. Aku pesan kat Azam balik nanti singgah beli satay buat tambah-tambah makanan yang ado. Bestttt..oooo meriah!!..

masa ni kakida tak sampai lagi..

lepak kekeyangan agaknya..eheheh..

lambat sampai..ehehhe..lambat pun lambat janji sampai...

best moment..ambik gambo kan sapa tak seronok..hahahha

Alhamdulillah...
Sampai takat nie jelah cerita raya aku..sekian..

Ini telah menjadi SEJARAH

05 Ogos 2014

Raya pertama 2014

Cerita raya macam biasa...
Dah 3 kali raya tanpa arwah mak, aku semakin biasa menghadam segala kejanggalan walaupun hati merindu amat sangat. 

Kalau ikutkan, aku lebih teruja nak beraya kat rumah sendiri sebabnya aku dah buat sedikit deko-deko raya katanya..ehehhehehe.ibarat kata jiran aku time nak membela rumah nie time raya ler kalau tak rumah macam kapal karam..hahahhaha..betul la tu, ko nak berhabuk ker ko nak bersawang ker mata nie buat-buat tak nampak je memang gasakla sana..

tapi ketepikan keterujaan hati tue, lagipun ko nak raya sorang2 kat taman nie...2 hari sebelum raya pun dah sunyi sepi taman perumahan aku, kita raikanla hari raya dengan orang tua yang masih ada. Dahla jarang balik balik kampung,  raya pun ko malas balik memang nak makan maki la tu uhuks

Aku ingat nak ikut sembahyang raya tapi nak buat macam mane, aku dah raya dulu 3 hari sebelum raya sebenar..huhuhu...aku tak pergi Aqil pun malas nak pegi sabo jela. So apa aktiviti kami sementara tunggu orang balik masjid...selfie la apa lagi..hiks..

terima kasih kat kamera hp yang ada auto beauty..hahahha..mulus giler kulit muka haku..
papehal salam dulu 0-0

Masa salam nie aku tak layanla syahdu2 nie..tapi tengok balik gambo nie sedihla pulak...iyela menhantu katanyakan..dosa banyak nie..uhuksss..

family potrait raya 2014
 nenek and the cucu's


ee..muka aqil macam nak kena lempang ..hahahha..geram!..

masa yang paling seronok ..makan time...
Raya pertama memang macam biasa tak kemana la kitaorang, melayan tetamu dan perut sahaja hahahhaha.. golek2 depan tv main hp tapi tak sempat layan mata..uhuksss..anak-anak sebab dah biasa keadaan macam tu diorang pun layan tv main game jangan banyak bunyi..ehhehehe..

 raya pertama bukan menjadi pelayan tetamu sahaje  tapi menjadi babysitter juga..eheheeh.nampak baju tshirt kain batik tu uniform menjadi bibik..

Lepas maghrib MIL bentang toto depan tv dan tidola berjemaah ramai-ramai, masing-masing sakit kaki kepenatan ulang-alik dari depan ke dapur...dari dapur ke depan..kalau diukur agaknya boleh pergi balik dari tapah ke banting..hahahahhah..melampau ukuran tue!

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Ini telah menjadi SEJARAH