11 Julai 2014

Ada apa bawah meja?

Sebelum pindah bawah ni, kalau bulan puasa je tepat pukul 1, aku bentang lapik kat bawah meja pastu tido..hahahhaha. Tempat duduk dept aku nie startegik, bukan tempat laluan orang jadinya kalau tido bawah tu takde sapa nampak atau tahu..ehehheheehe..

Bila pindah bawah benda yang tak best sekali aku pikir tang nak tido time rehat masa bulan puasa..ehehhehehe. Tempat dept aku memang hujung jugak tapi sebelah bilik bos..huhuhuh..lepas tue pulak kadang-kadang time lunch dia ada dalam bilik dia..huhuhuhu...kalau ku landing memang dia boleh nampak laaa...eeeee...mengerikan situasinya..

Opis aku nie takde surau ye..yang ada tempat sembahyang yang kitaorang buat ngam2 utk 2 orang sembahyang tu pun melukut ditepi gantang dekat stor/toilet yang takde kipas memang panas la tapi tak menghalang kitaorang daripada sembahyang..aku cakap kat opismate "takpe bayangkan api neraka lagi panas.. nie panas sikit je"..hahahhahah.. nak sedapkan hati sendiri...Jadi kalau takde surau memang takde tempat nak landing2 la time puasa kan...tempat terbaik memang bawah mej sendirila...

Tiap hari berdoa bos keluar lunch lama-lama...hahahahhaha..sempatla nak lelapkan mata..setengah jam pun jadila. Kalau selasa dengan jumaat memang tak risau boleh tido bawah meja dengan aman sebab bos takde dia pergi branch kat nilai..ehehhehehe..

ini gayanya tido bawah meja siap bawak toto nipis aqil..hahahhahha..
Selalunya aku memang tak tido lepas sahur, kalau dah pukul 12tgh camtu...adoi memang tersengguk-sengguk kepala menahan ngantuk. Tepat pukul 1 bentang toto nipis matikan lampu..hahahhaahah..syurga donia sangat..


Ini telah menjadi SEJARAH

09 Julai 2014

Tak habis habis dengan kesian dia

Tengah berbuka puasa, masing-masing selera menyuap makanan ke mulut tiba-tiba aqil bersuara

"adik rasa kesianla dengan mak.."..(mak = kakak pengasuh) muka sedih tapi tangan laju menyuap nasi..hahahhha 

"kenapa pulak dengan mak.."..tanda tanya sangat ni...

"yelah sebab rumah mak tu papan, adik kesianla kat mak.."..muka sedih lagi,  tangan masih laju  suap nasi ke mulut jugak

"hahhahahhahahahhahah....hahahhahahhahaha"..nak tersembur nasi aku.. aku tak tau apa Aqil pikir...

Biasala rumah kampungkan...separuh batu separuh papan, entahla aku rasa ok je...hahahhahaha...Agaknya dia tengok rumah sendiri, rumah batu tertutup rapat..kalau rumah kampung separuh batu separuh papan kan banyak rongga2 angin...rumah arwah mak yang lama pun macam tu gak. 

Tahu tak Aqil, rumah kampung macam rumah mak tue lagi kaya dari kita duduk rumah batu sebab dah tentu mak takde hutang bank sebab rumah bina sendiri...rumah kita walaupun batu abah kena hutang sampai tuweeee tau tak...ehehehheheh..

Lepas buka aku mandikan dia..

"adik masih kesian lagila dengan mak kalau adik nampak air nie.."..air dalam tong..

"la nape pulak kesian..mak takde air ker?"

"bukanla..mak ada air tapi dalam air mak macam ada lipan lipan..."..

"hahahahhahahahahahhaha...lipan apa?"

"dalam timba tu ada lipan-lipan..adik kesian kat mak, lepas tue mak guna sabun gosok je..bila mandi"

"hahahahhahahahha...sabun gosok?..hahahhahahah"

Adoi terbarai gelak aku dengan si aqil nie...yang lipan-lipan tue aku rasa bekas air kakak pengasuh kot, yang nampak macam lipan-lipan..sabun gosok tue sabun ketul...hahahahahah.. Kat rumah memang pakai sabun jenis liquid sebab guna sabun ketul tue bebudak nie asyik termasuk dalam lubang jamban je..geram plak aku...apa ingat kalau pakai sabun liquid tue kaya ker aqil..hahahahhahahha. Tapi sebab aku kesian tengok muka dia aku cakap

"esok ibu belikan sabun ye kat rumah mak..nanti adik bagi kat mak"

Bila dah belikan tue sabun tue balik dia cakap..

"adik dah bagi dah kat mak sabun tue.."

"mak cakap apa?"

"mak tak cakap apa..mak bukak je ....adik dah guna dah sabun tue...tapi adik kesianla kat izz"

"pulak dah kenapa kesian kat izz pulak"..hahhahahhahahha...adoi..

"yelah mata dia pedih sangat bila pakai sabun tue kat kepala.."

"hahahhahahhaha...."

"adik rasa esok izz tak payah guna sabun tue letak kat rambut diala..kesian kat izz." 

"ahhahahahahahha"...

Speechless aku dengan si aqil nie....tak abis-abis dengan kesian dia..kadang-kadang kesian dia tue lawak-lawak aku rasa...

Alhamdulillah dia ada rasa simpati dalam diri......



Ini telah menjadi SEJARAH

04 Julai 2014

Hati mana tak kembang semangkuk...

Sebenarnya aku berazam bulan puasa tahun ni, taknak terlalu membeli lauk pauk kat PARAM. Sejujurnya setiap tahun aku adalah pengunjung tetap PARAM..huhuhu. Tahun lepas setiap benda yang aku beli untuk bulan puasa aku rekodkan, aku nak tengok berapa banyak dah aku habiskan kat PARAM ni, yang aku rekodkan ni hanya duit aku sahaja tak masuk duit Azam. Hasilnya boleh tahan banyakkkk..fuhhhh..Aku print screen rekod tue aku tunjuk kat Azam..ahhahhaha..aku nak dia pun insaf sama-sama bila tengok jumlah yang dah lebur..ehehehheh.. *ada orang cakap takpela bagi rezeki kat peniaga PARAM, aku tak rasa diorang rugi kalau aku tak membeli..ehehehhe, kasi can orang lain pula bagi rezeki kat peniaga PARAM*

Masuk hari ke5 puasa aku berjaya tidak menjadikan rutin ramadhan aku ke PARAM. Esok lusa tak tau lagi macam mana...ehehhehe..

Selalu yang tak sabar tunggu aku masak ialah budak kecik yang tak puasa tue..hahhahaha. Selalu dia tanya "ibu, nak masak apa hari ni?"..hahahhahah...Bila buka puasa dialah orang yang paling selera makan macamkan puasa. "ibu nie selalu masak sedap sedap, adik suka.." "ibu masak mesti sedapppppppp"... itu jela ayat dia..oh semalam dia komplen "ibu ni masak pedas-pedas, letakla cili sikit jeeeeeeeeeeee..adik tak suka pedas"..lepas tu komplen plak kat bapak dia jugak "ibu masak pedasla abah"..hahahhahahha...kecoh budak ni..

Memangla kalau balik tue kelam kabut masak sampai blur tak tau nak buat mana satu dulu kadang-kadang kena bertenang seminit..hahahhahha..over!..tapi bila tengok suami, anak-anak makan penuh selera (tak taula selera sebab memang sedappppppppppppp atau kelaparan ..hahahha, lantakla janji aqil puji aku masak sedap bebudak tak pandai menipu..hahaha)..mmmm..hilang penat masak ..priceless!

Ini telah menjadi SEJARAH

01 Julai 2014

Amacam puasa korang?


Sebelum puasa bawakla anak-anak ke 'kedai makan sampai kenyang'
Anak-anak bagi nama tempat makan buffet(steamboat)..kan konsep buffet nie makanla ko seberapa banyak ko suka, makan sampai terbelahak...ekekekke....


Alhamdulillah jumpa lagi kita dengan RAMADHAN

Hari ni dah hari ke3 puasa. Kebetulan puasa pertama jatuh hari ahad, jadinya lebih santai menikmati dan meng adjust diri dengan keadaan..ehehehhe. Bangun sahur pun santai2 je kebetulan Azam sahur dekat tempat kerja jadinya sahur kami anak-beranak memang sempoi le. Azri dengan telo mata kerbaunya Fahmi dengan telo hancurnya aku pulak dengan drummet ayam mas beberapa ketul..Cukup dah buat alas perut.

Petang buka kari kepala ikan, Kawan azam bagi ikan..bapak ikan sebenarnya giler besar,  aku potong siap dengan tukul..hahahahah..keras tulangnya. Pestimela nak masak kari ikan, nasib menjadi. Diorang cakap sedapppp..ehehheehhe..bangga kejap.

Hari kedua pun sahur simple jugak goreng drummet ayamas je dengan panaskan sayur semalam. Petang aku ingat nak masak ayam lemak ciliapi, tapi Azam pergi beli ketam..so masak ketam bertelo la. 

Alhamduliillah belum terjebak dengan param. Hari nie nak masak nasi lemak sambal sotong je. Harap-harap masa mengizinkan.

Beberapa hari ni aku dengan Azam sibuk mengdeco rumah yang tak seberapa tue. Jalan-jalan kat GM terbeli wallpaper..hiks. terbeli katanya. Sibukla aku suruh Azam pasangkan. Patutnya sebelum puasa hari tu belinya tapi tuela tertangguh tangguh terpikir-pikir...akhirnya dah nak puasa lagi sehari baru beli...aargghhhhh..aku tak suka berpenat-penat di bulan ramadhan so...hahahhaha..sendiri salah lo

Tempat pertama aku wallpaperkan dinding bilik part yang ada pintu bilik air sebab apa dinding tue jadi keutamaan sebabnya walaupun ko cat berjuta kali dinding tue tetap berbelak2 dan akhirnya cat terkopek, kembang simen tepi tue mungkin sebab air dari bilik air tue dia meresap..

Tapi sebab pro sangat pasang wallpaper sampai tak tengok coraknya tonggang terbalik..hahahahhha..serius tak perasan, bila aku ambik gambar nak masukkan dalm moment wechat, aku perhatikan..hahahahah..la kejap keatas kejap kebawah coraknya...sengal!..nak sedapkan hati sendiri aku cakap dengan Azam takpela kat bilik je takde orang nak tengok..kita je yang tengok..hahahahhha.. *tapi sebab dah share gambar nie jadinya orang pun dah tertengok ke sengal ko parijah..ekekekkeke*


kali ke2 pasang kitaorang lebih berhati-hati dengan coraknya..ehehhehe..
Dinding ke2 adalah dinding luar bilik air jugak, yang nie aku ambik corak batu bata ada daun-daun sikit yang nie dah pandai tengok corak tue...ekekekek..Letih jugakla pasang benda nie, kena buat 2 orang baru cepat dan senang, itu pun mendatangkan kemarahan gak..hahahaha..sambil-sambil pasang tue sambil-sambil masak jugak tau...huhuhuhu..

sebelum

selepas
Bila lalu kawasan tu rasa macam nak pegi hutan..hahahhha.  Tinggal nak beli wallpaper kat area tempat TV plak, tapi tak beli lagi. Semalam Azam gigih mengecat balik dinding kat area living room dengan warna putih. Sekali aku balik..waaaaarrghhhh..huru hara rumah dengan nak masak berbuka lagi..fuuhhh...agak merimaskan dan menjengkelkan la jugak..huahuahua.





Ini telah menjadi SEJARAH