26 Jun 2014

Macam macam rasa....

Ada surat atas meja, aku buka tengok, teliti...aarrghhhhh..sakit hati terus angkat ganggang telefon terus tekan seratus. 

"hello, mmm..ada apa?"

aku blur 2 saat, dalam hati aku kenapa suara telekom nie macam suara bos aku...pikir lagi...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

"sorry bos sorry saya salah telefon"

pperrghhhhh....hahhahahhaha..agak panas juga muka aku, tak berani nak toleh kebelakang tengok muka bos, padahal dia ada visitor semalam. Boleh pulak aku salah...

Sebenarnya memang aku nak call seratus (TM), tapi kalau buat panggilan keluar mana-mana pun kena tekan 9 dulu..hahahhahahha..yang aku sebab kononnya marah dengan bil TM tue terus tekan seratus memang dapat ke Extention bos la jawabnya.....

Yang kelakar tue aku boleh blur..hahhaha..aku pikir eh tak beretikanya TM angkat telefon,  selalu suara mesinkan suruh tekan itu ini baru boleh cakap dengan customer service nya ini tetiba2 terus hello..dahla suara bos aku tue garau2..eee...serammmmmmm..hahahhahahha...nasib aku tak sergah. Aku nak letak terus tak boleh sebab kat telefon bos boleh keluar nombor extention kita..hahahha..kang klu aku letak terus lagi parah..tue yang kena say sorry..hahahhahahhaha...sengal la kan.

Petangnya pula kitaorang dikhabarkan bahawa mulai bulan depan tak ada lagi cleaner kat opis nie sebab bos nak terminate cleaner tu dengan alasan cleaner tue buat kerja tak bersih dan malangnya bos suruh kitaorang pula yang jadi cleaner ikut giliran satu hari 3 orang siap ada jadual . Aku rasa down gred sangat dah nie...kena mop lantai cuci toilet....huhuhuh.... Alasannya bos nak displinkan kitaorang..what the fisshhhhh..kitaorang bukan budak sekolah hokeyyyy..semua pun dah tua-tua....displin mende????...kat rumah kena buat kerja rumah kat opis pun kena buat jugak.....aarghhhhhh..marahla...tapi tuela nak marah bos?...mmmm..sakit hati sangatttttttttttttttttttttttttt...Opis korang ada macam nie????

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Jun 2014

Patah tangan

Agak stress la, satu building ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk company aishhh dengan satu Receptionist. Kadang-kadang yang orang call pun tak tau nak cari sapa, bila tanya nak cari company apa pun tak tau..adoi lagi susah. Dah tue nak sambung kat mana agak2, terpaksala dengar  orang yang call tue cerita hal/masalah dia..padahal aku tak perlu tau pun sebenarnya...adoi semak kepala hotak!


*************************************************************************

Jumaat lepas hantar aqil ke hospital sebab patah tangan jatuh dari taman depan rumah. Jatuh hari khamis petang. Jumaat petang baru hantar pergi hospital lepas xray kat klinik. Patah sikit je kot..ekekekke..boleh kot kot tu.

Sebab pergi pun dah petang jadinya terus pergi wad trauma & kecemasan la. Lambat?.  cepat jugakla urusannya. Aqil patah tangan? aiyaakkkk. Macam tak rupa orang patah tangan kot. Masuk jumpa doktor, dia yang sibuk kejap berdiri kejap duduk usik itu ini, sibuk nak tengok xray tangan dia..adoi pening haku dengan budak nie. Doktor terangkan apa prosedur yang dia nak buat sambil berwasap dengan pakar ortho kot..sebab aku nampak gambar xray aqil masa dia bukak wasap dia..hiks. Lagipun masa dia terangkan tue dia cakap "ok, doktor pakar nak confirm tangan dia patah.....bla bla" . Padahal duduk je kat kerusi..canggihkan sekarang.

Lepas jumpa doktor, masuk kat tempat kecemasan tue, Lama jugak nak tunggu orang yang buat tue sebab oncall. Sementara tue set branula kat tangan aqil sebab nak masuk ubat mamai2kan dia..hiks. lebih kurang macam ubat tidola kot.



Masa pasang branula nie pun adoi, dia sibuk mengalahkan doktor. Orang buka laci nak ambik ubat,  kepala dia yang jengah lebih2, orang tue selak fail, dia pun sibuk nak selak jugak jalan sana sini...aarggghhhhhh... sampai pembantu perubatan tue tanya "tangan ko patah ke tak dik, tak duduk diam"..hahahhahahha....

Bila orang tue cakap "nie nak cucuk tau nanti nak masukkan air" boleh pulak dia jawab "air apa?, air jarang ye"...hahahhahahhah..terbahak2 aku gelakkan dia..air jarang katanya (air jarang bahasa jawa..melayunya air masak la)

kedebak kedebuk settle la dalam pukul 8 ke pukul 9 malam macam tu. Stress nya mula kat sini. Masuk kereta je aqil mengadu gatal. Aku tak reti nak buat macam mana, aku suruh dia ketul pelan2, yang dia dah start menangis suruh buka simen tue. Sepanjang jalan tue nak balik rumah tu memang stress dengar amukkan dia tue..huhuhuhu...

Gatalnya membawa sampai hari ahad!!, siap sogok dengan mainan nak kasi dia lupa gatal tue. Tengok siap aku jolok dengan lidi dan batang berus lukisan..hahahhaha..tapi susah nak kena tang yg betul2 gatal dapat kat aqil batang berus tue..peerrghhhh dia punya jolok seram aku. 

hahahhaha...kretip tak nak kurangkan gatal tue..


Hari isnin 16/6 ada appointment dengan doktor pakat ortho, ada yang cadangkan kat aku tukar simen tue guna fiber. Jadinya bila jumpa doktor tu aku mintak nak tukar lagipun doktor cakap simen dia tang tapak tangan tue dah hancur hahahhahahha..mana tak hancur aqil jolok semahunya dengan batang berus tue. Doktor dengar pun ternganga dan gelak...pastu cakap "oit jangan buat macam tu"..hahahhahahha..


Guna fiber nie, lebih ringan dan lebih bersih takdela simen tue melekat kat kusyen rumah kusyen kereta..habis putih-putih semuanya....dan gatal pun dapat dikurangkan 80%. Gatal sikit2 tue biasala...

Kena tunggu lagi 3 minggu kalau ok, dah boleh bukak simen tue, kalau tak ok  raya dengan tangan robotla ko qil.....


Ini telah menjadi SEJARAH

06 Jun 2014

Cuti sekolah dah seminggu berlalu.....

Tapi tak macam cuti sekolah, Azri dengan Fahmi kena sekolah sebab ada kelas tambahan. Rutin tak berubah cuma lewat sikit je. Azri dah mengeluh kena sekolahhhhhhhhhh je..hahahhahah..nasib ko la nak. Ibu dulu pun pernah lalui jugak saat-saat busy berkelas tambahan masa darjah 6 dulu. Bila tak datang sekolah, guru besar panggil masuk bilik dia kena rotan tapak tangan..hahahhahaha..relax je...tak sekali pun ibu cakap dengan nenek, ibu kena rotan..kalau bagitau kat nenek pun nanti nenek padankan muka ibu atau nenek diam je dengan ekspresi muka nenek mengambarkan seperti ADA AKU KISAH..hahahahhaahah

Takde plan nak bawa anak-anak ke mana-mana pun. Diorang pun senyap je. Hari tu dah belikan diorang reket badminton sorang satu, jadinya sekarang tengah kemaruk nak main badminton dengan aku sekali diaorang ajak main. Malam-malam Azam ajak pergi main kat court badmintan dekat taman. Tapi malam tadi aku tak bagi pergi sebab risau banyak nyamuk, kat taman perumahan aku nie area hitam denggi...

Saje tunjuk kat azam satu tempat nie, macam besttttttttt je. Azam cakap dia dah pernah pergi. mmmm..SENTAP aku..dia dah pernah pergi so aku tak boleh pergi...mmmm :-( 

Lagi beberapa minggu je lagi kita nak puasa. Aku nie macam banyak je benda nak buat tapi hape pun takde tindakan. Masih berbagi rasa antara keperluan atau kehendak semua yang aku nak buat tue..eehehhehehe... Minggu lepas adala beli sepasang sorang baju raya anak-anak, tu pun dah habis 150 apasal la mahal sangat seluar+baju budak2 sekarang..aisshhhh. Kalah seluar aku.

Ini telah menjadi SEJARAH