28 Februari 2014

8 tahun 5 bulan

Itu tempoh aku dah bekerja kat sini, campur kerja dari lepas SPM maknanya aku dah kerja 15 tahun..fuuhhh..patutla perasaan bosan dah sampai tahap gaban belah sepuluh..hahahhaha..melampaukan?

Tapi betul la, memang dah tak boleh tahan dia punya bosan tu, tiap-tiap pagi main seret-seret kaki je nak bersiap.uhuhuhuhu..seronok bila 26hb je..hahhahaha..pastu 27hb start bosan balik sampaila jumpa 26hb balik. Mungkin sebab aku nie statik kat department nie lepas tu buat kerja yang sama je buat aku rasa bosan amat sangat kot kan?...mmmmm...tapi kalau tukar department pun masalah jugak..hahahhah..ngak mau seh. Lempang mau?..hahhahahha

Kecelaruan betul la.





Ini telah menjadi SEJARAH

26 Februari 2014

Sapa tak sayang anakkan?

Biasanya waktu pergi/balik sekolah dalam kereta adalah masa untuk anak-anak bercerita/meluahkan apa kejadian/aktiviti diorang kat sekolah. Masing-masing berebut nak cerita yang taknak kalah Aqil la..hahahhaha...tahap nak lawan cerita abang-abangnya sampai suka mengada-adakan cerita..layannnnnnnnnnnnnnnnnkan aje..
   
Fahmi : ustazah cakap kalau tauhid dapat bawah 40, ustazah rotan..

Aku : bagusla..

Fahmi : Dahla ustazah tu, kalau rotan sampai berbirat...

Aku : apa susah, dah tau  ustazah nak rotan, jangan dapat markah bawah 40...

Ingat aku nak tolong?, sorryla anakku hahahhaha..takat berbirat apadehal. Aku dulu ustaz cubit sampai terkopek kulit bila mandi pedih gila...sebabnya cuma ngaji tergagap-gagap je pun, tapi tak pernah bagitau mak. Malu kot mak tau kat sekolah sebenarnya tak pandai..hahahahahah..silap gaya mak tambah  2 3 das cubitan. Kena lempang dengan teacher sebab sebutan bahasa inggeris tak betul pun banyak kali...sampai sekarang aku bebal bahasa inggeris..hahahahhahaha..trauma kena lempang dengan teacher tu. 

ehsan google

Masa pergi program aku janji kat sekolah azri, cikgu kelas dia cakap "minta tolong makbapak pastikan latihan yang cikgu bagi disiapkan oleh anak-anak sebab kami cikgu-cikgu tak boleh nak denda bebudak nie. Kami ni cikgu-cikgu kalau denda budak ibarat satu kaki dah masuk penjara". mmmm. Aku jaga 3 anak pun pening kalau kat rumah cikgu kena jaga/ajar satu kelas 30++, satu hari mungkin ada 5 6 kelas kan? bayangkan!...mumet endas se (pening kepala). Dah tue kalau buat salah tak boleh rotan/pukul/denda..biar je..hahhahahha...kalau aku dah mengeletar2 tahan nak bagi pelempang...hahahhahahha itu sebab tak jadi cikgu

Sejujurnya, kalau anak aku di rotan/denda kerana kesalahan yang dia buat dan untuk kebaikkan aku izinkan anak aku di rotan/denda. Cumanya jangan patah riuk sudah takat tinggal kesan macam berbirat ok lagi.


Ini telah menjadi SEJARAH

25 Februari 2014

Keyboard warrior atau bahasa melayunya pejuang papan kekunci?..hahahhahah...whateverla




Pagi tadi dengar radio panas fm, topik paginya 'keyboard warrior'. Menarik jugak topiknya. Dari tahun 2007 aku aktif berblog keyboard warrior ada dimana-mana. Paling aku tak suka keyboard warrior yang serang blog-blog/fb-fb/instagram orang lain dengan komen kononnya yang paling win la..padahal annoying sangat kot. Tapi bagi keyboard warrior ni dia tak serang cuma menasihati katanya..hahhahahha..iyela tu...TDDMKA Kebanyakkan keyboard warrior nie lebih cenderung untuk tidak mendedahkan identitinya. Takut kena saman kot

Menasihati?..kenala dengan caranya, kalau tak suka aku rasa ko boleh email, pm lebih privacy pada aku. Nak nasihat orang jangan sampai jatuhkan maruah orang. Kadang tue sampai menguris perasaan orang. Lagi teruk orang lain bergaduh-gaduh sebab komen ko, terutamanya kat follower2 artis/ahli politik la.  Bila baca aku gelak jugakla, yang artis/ahli politik nie relax je tak menjawab yang lelebih follower2 artis/ahli politik nie, adoi pening! aku pun cari penyakit jugakla sebab baca semua benda2 mengarut tue..ekekekkeke..

Beberapa minggu lepas, Fasha Sandha tersentap dengan komen satu makcik nie kat instagram mak mentuanya. Aku pun follow jugak instagram mak mentua dia sebab nampak macam humble mak mentua fasha ni..hiks. Tapi memang kesian betul la makcik tue...hahahhaa...kena kaw kaw dengan peminat fasha sampai terpaksa tutup IGnya...hiks...Aku baca komen makcik tue pun boleh naik darah. Eh aku bukan peminat fasha Sandha tau cuma aku tak berkenan dengan komen ala2 keyboard warrior ni..
 
Eh tapi paling banyak keyboard warrior nie masa nak undi aritu..hahhahha..lagila best kalau layan, dengan kita-kita sekali jadi sewel..hahahhahahah...sampai aku tak tau nak bezakan fakta dengan auta....

Untuk aku, aku lebih suka baca/tengok diam diam...jarang sangat aku nak komen, kecuali aku kenal orang tu dan topik tak berat sangat..hahahhaha..nampak sangat takde ilmu ko parijah takut jari jemari aku terbabas mengkomen..ehehhehe..kadang tue dah type dah..aku pikir dulu 2 3 saat baca balik komen tue...kang aku delete balik.hahahahha..banyak kalila jadi macam tue...cuma kalau aku tak berkenan aku cakap dalam hati je ..hahahahha tapi ustaz cakap tue pun dah kategori mengata sebenarnya..huhuhuhu..astagfirullah...



Ini telah menjadi SEJARAH

Anak-anak parijah 2014

Amboi tajuk kemain..hahahhaha

Lama dah tak cerita pasal anak-anak kan. Maklumla anak-anak dah besar. 

Azri tahun ni UPSR dan seperti biasa palingla relax. Aku nak hantar tuisyen dia taknak, aku pun malas nak paksa sangat lagipun kat sekolah dah ada bagi tuisyen. Setiap malam isnin, selasa dan jumaat dari pukul 8 malam sampai pukul 9.30 malam, hari sabtu pula pukul 8 pagi sampai pukul 11pagi itu tuisyen wajib jadinya aku nak ambik tuisyen luar macam kesian pula kat dia, bilanya nak rehat dan menikmati zaman kanak-kanak dia kan..ehehhehehhe...mesti dia bersyukur dapat mak macam haku.hahahha. Kalau dia ada tuisyen malam aku tinggal dia kat rumah kakak pengasuh, dia pergi tuisyen naik basikal dari rumah kakak pengasuh. Dalam pukul 9.45 malam Azam akan ambik dia. Itu pun dah berbunyi taknak tuisyen..penat katanya..adoila anak. 

Eh macam tak sangka pula anak aku dah nak bujang hiks, rasanya muda lagi aku ni..muahhahahaha..pang sedas kasi sedar diri sikit ko parijah. Senang banyak hokey anak dah besar. 

Fahmi tahun ni darjah 5, anak yang kuat merajuk..hahahhaha..macam biasala hobi dia paling win sangat, kaki menyakat adik beradik lain sampai nangis-nangis . Selalu buat aku naik hantu tapi manja,  dia sorang jela anak yang kalau berjalan suka peluk pinggang aku..hahahhaha. Kadang2 kaki lawak jugak, kuat makan dan tak memilih makan. Kalau suruh baca buku kat bilik tak sampai 5 minit buku tengok dia.


Anak yang bongsu pulak dah 5 tahun namanya aqil..hahahhaha. Nie lagi banyak sangat akal dan karenahnya. Manja tahap gaban. Sekolah tempat yang sama tahun lepas, malas nak pindahkan sekolah lain, mak nak jimat nak..hahahahhha. Minggu lepas terjumpa cikgunya dia cakap "aqil tahun nie tak diam langsung terlompat sana terlompat sini, tahun lepas ada jugak duduk diam"...eerrrkkk..hahahhahahhaha..adoila anak mengapakah begitu. Alhamdulillah aktif . Masih susu botol, entah bila la nak berhenti ...aiiisshhh..

Tiga je ker anak aku?..hahahhaha..macam sikit je kan? Nak tambah?..mmmm..nampak baby memang teringin tapi dot dot dot..hahhahah..aku serahkan bab rezeki tambah anak ni pada yang BERKUASA. Kalau ada aku terima, kalau takde pun aku terima.

Bila anak-anak dah besar nie cabaran dia lain macam. Kadang-kadang aku pikir betul ke aku didik anak -anak nie?. Kena ke caranya dengan  zaman diorang ni?..Cabaran sungguh jadi makbapak zaman sekarang. mmmm...



Ini telah menjadi SEJARAH

17 Februari 2014

Keciklaaaaaaaaa sangat...

Asah skill mengarang lagi

Situasi 1

"zam ko bagi dia makan apa, kenapa dia jadi kecik, kurus gila ni" hahahhaha..ko tengok ayat tue kurus giler katanya..hahahahah...Azam senyum je.. "mana ada makan pape, aku dietla"...cepat2 aku jawab...hahhahha..terus terang gitu. "iye tu, mesti kau makan produk kurus, kan zam?".. azam pula jawab "Dia memang dietla"..hahahhahahhahah


Situasi 2

"Adik, u sudah kurusla"..tetiba auntie cleaner tegur. Aku terus cakap "mana ada auntie, tak kurus pun biasa je, timbang tak pernah turun" "iyela awak sudah kurus, takpe timbang taknak turun  takpe itu berat tulang"..hahhahaha...pandai je auntie nie...

Situasi 3

"Kak kenal lagi tak?" aku sapa jiran lama aku, "sapa nie ye?".. kakak tue soal balik, aku jawab "Riza la kak".. kakak tu terkejut "Rizaaaaaa, kok kecik betul sekarang" terdetik kat hati aku nie, dulu gemuk sangat ker aku ni??..hahhahahhaha..adoilaaaaaaaa...

Aku tak taula bila aku pandang cermin aku nampak aku sama je takde berubah pun walaupun hakikatnya aku memang DIET sungguh sungguh kononnya muahhaha.  Timbang pun tak turun-turun maintain berat yang sama aku timbang sebulan lepas huhuhuhu sedih :-( stress tau tak. Nak turunkan sekilo pun payah betul geram pulak aku. 

Nampak tak gambar kat bawah ni, gemuk kan?. tak berubah kan? dah gemuk tetiba jadi katik..hahahhahahah..ni gambar masa raya cina yang lepas

tengah panas terik suruh azam ambik gambar..hahahhaha..rimas mamat tue..ekkekeke..nasibla kena layan bini macam nie

Eh risau pulak aku bila orang cakap aku kecik tapi aku nampak diri sendiri gemuk macam ada petanda aneroxia nervosa pulak..ekekkekekek..boleh tahan perasan ko parijah....

tanda-tanda aneroxia nervosa bila tengok diri sendiri kat cermin nampak gajah padahal dah lidi dah badan tue..

Perasan tak boleh blah!!..

Ini telah menjadi SEJARAH

15 Februari 2014

Catatan pertama untuk tahun 2014

Dah nak 2 bulan berlalu  tahun 2014.....

Dah 2 3 hari nie mencari idea nak mengarang, nampaknya skill mengarang dah tumpul sangat. APTB. Banyakla nak cerita tapi macam beku kepala hotakku ini.

Bulan Januari hari tu, ada dinner company. Macam biasa aku masuk pertandingan menari dengan tema bollywood dance. Aku post video menari tue kat FB aku. Kakak dengan abang aku mengucap panjang tengok video tu hahahahaha....


Yang syok kitaorang menang tempat ke2 bawakla balik RM3000 share 10 orang. Sebenarnya ikutkan aku tak yakin boleh memang sebab ada 5 kumpulan lain yang lagi hebat-hebat, ternganga jugakla mulut aku tengok diorang menari hiks bajet takde orang ternganga tengok aku menari gedik2 atas pentas..huahuahuah. Lagipun masa tue aku dah lucky dapat RM200, so tak menang pun tak kisah..hahahhahah. Tahun depan Agogo dance pula, tengah pikir nk masuk ke taknak...hahahhaha..rasanya cukupla tergedik-gedik tue, ko dah tua parijah cer insaf sikit..hukhukhuk

Raya cina baru-baru ni, kitaorang saje ke PD. Kali terakhir aku pergi PD masa Fahmi berumur 5 bulan!..bahahaha maknanya dah hampir 11 tahun! lagipun anak-anak (pegi time kecik mana nak ingat) tak pernah pergi PD. Macam biasala plan last minute cari hotel pun 2 minggu sebelum tu, nasib ado. 

Tempat pelancongan macam PD nie kalau cuti umum macam gula kena hurung semut, punyala ramai orang peerggghhhhh macam biasalah layan jem sajo, tue sebab aku taknak ambik 2 malam ambik semalam je sudahhhh...hari ahad boleh rehat2 kat rumah. Dahla jem melekat panas terik lagi..huiisshhhh...tapi enjoy jugakla.

Masa nak ke arah telok kemang tue nampak kedai makan Nasi Kukus Ayam Panggang belah kanan. Kedai tue ala ala koboi sangat.

Macam macam prop ada kat kedai makan nie..memang cantikla jadi tempat orang posing sampai lupa diri....hiks.

Sedap ayam panggang dengan sosnya..cuma nasi sejuk, tapi dapat dicover dengan sup panas..satu set 5 ringgit nasi sup ayam quater so..okla.

Ah malas pulak aku nak karang cerita seterusnya..hahahhahaha..lepas tue kitaorang pergi taman ostrict bla bla...dapat angpow sorang singgit anak-anak aku kat sini..







Seronok jugak kat ostrich farm ni macam macam ado walaupun kawasannya kecik tapi okla buat geli2 anak-anak hahahahhaha...Lepas tue check in hotel, lepak-lepak kejap lepas asar bebudak terjun kolam dekat pukul 6.30 ajak bebudak pegi pantai depan hotel pulak





Seronokla menikmati pemandangan macam nie, rasa nak pergi lagi tak puas. Tenang rasanya....dahla malas nak karang lagi..hahahhhhhhhahhahahaha...bye.

Ini telah menjadi SEJARAH