23 Disember 2014

Sabah bah - hari pertama

Cuti yang telah dirancang dari awal tahun lagi.

Alhamdulillah sampai jugak akhirnya ke Negeri dibawah bayu ni. Kitaorang pergi dengan pakej tour termasuk Flight, hotel, transport di KK+driver, breakfast, lunch (dinner sendiri) dan tiket masuk ke tempat-tempat lawatan (ada jugak yang tak masuk pakej kita bayar sendiri). Keseluruhannya kira puashatila. 

Sebenarnya nak bawak anak-anak merasa naik kapalterbang,  tue yang  try ke KK. Kebetulan harga pakej tue sangat berbaloi sebab dia bagi harga kawan-kawan. Rezeki jangan ditolak kata orang.

Hari pertama sampai kitaorang dibawa pusing-pusing bandar KK, ke Universiti sabah dan bukit signal . Kat bukit signal ni boleh nampak bandar kota kinabalu. Hari pertama nie lunch sendiri, jadi driver tue bawak kitaorang ke shopping  Mall Suria Sabah. Makan kat food court je, tapi view dari food court nie cantik sebab mengadap laut. Habis lunch kita pusing-pusingla kejap kat mall nie, belila jajan2 makan kat hotel lepas tu check in hotel dan rehat-rehat je. Habis semua terbongkang tido letih kot kena bangun pukul 2 pagi, pukul 4 pagi  dah sampai KLIA2 sebab tak tau KLIA2 kat mana lagipun biar cepat jangan lambat. Flight pukul 7.15 pagi giler excited nak naik kapalterbang nie namanya ..hahahaha..tapi sempat la makan dulu. Lepas makan tunggu subuh, lepas tue check in, nak sampai kat gate berlepas ya ampunnnnnnnn jauh giler, setengah jam kot jalan kaki..huhuhuhu. Kitaorang naik Malindo, agak selesa kalau nak bandingkan dengan AA (takle nak compare dengan yang lain sebab aku baru merasa naik AA dengan Malindo je..eheheheheh).


betul2 pelancong nie..hahahha

dari bukit signal

suria sabah

Malam keluar dinner kat area pasar filipina ker...sederet rasanya sebab kitaorang ada driver so aku pun tak berapa hafal jalan2 dan area mana kitaorang pergi..hahahahahha...main ikut jela. Banyak gerai kat situ, memang dia jual seafood je. Of kos kitaorang nak try lobster hihihihi...adala binatang laut yang pelik-pelik tapi tak berani nak cuba..hihihi. Agak berpatutan harga seafood nya pada aku. Masakan sedap. Lepas Makan driver bawak kitaorang ke Pasar malam berdepan dengan pasar filipina. Driver nie cakap kalau kat pasar filipina nie pasar dah lama kira otaila jadi harga selalunya susah nak minta kurang kalau kat pasar malam nie harganya boleh dirunding dan murah sikit. Tapi  tak beli pun apa2 kat pasar malam nie, saje jalan-jalan lagipun kitaorang akan ada masa satu hari untuk soping sebelum balik nanti, so tak payah nak tergesa-gesa sangat bersoping. Lagipun bab2 bersoping nie aku kurang minat kikikiki...

alamak terasa-rasa kat tekak plak..butter basah..sedapppnyaaaaaaaaa..

kat gerai yang kitaorang makan..

Lepas round kat pasar malam nie, terus balik hotel. Tapau pisang goreng dengan kepak ayam..melantak lagi dalam hotel..hahahhahah..dasar kuat makan.

Sambung hari kedua nanti..

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

pakai pakej senang takyah fikir
last gi sabah bah rasanya masa si kakak umur 2 tahun, hihi
lama giler kot