23 Disember 2014

Memang dah selamat dahhh...

mmm.. memang tak boleh dah selamatkan henpon aku, huhuhuhu... Habis gambar2 dalam tue..huhuhu..sayang betul!. henpon tue pun aku baru pakai beberapa bulan je, rasa bersalah jugakla dengan Azam....aiishhhh...

Tengah survey2 nie nak beli henpon apa, kriteria penting gambar cantik internet laju (kecuali line macam siput vavi la)..hahahahha. Tengok maharaja lawak asyik ada iklan OPPO je teringin nak cuba OPPO..kikikiki..dasar senang dipengaruhi atau beli jela LEVONO balik..mmm. Anak buah aku cakap cikjah beli yang kalis airla..hahahahha..cisssssssss..perli haku.

Lemak dah naik 3 kilo, adoii malas betul nak diet balik wei, aku makan main bedal je. Makan nasi macam orang tak pernah jumpa nasi..huhuhuu..so hasilnya memang seluar ketat baju ketat, hahahahhaha...Bila la nak datang keinsafan nie...Senam dah malas....

Baju sekolah anak-anak2 dah beli, buku2 dah beli, stationery pun dah semalam borong kat mydin. Beg, anak-anak cakap tak payah beli diorang guna je apa yang ada kecuali aqil, budak tu aku tak taula berapa banyak beg dia. ggggrrrrrr...

Sebelum beli keperluan semua, aku check dulu mana baju yang ok, Macam azri memang kena beli baru semua. Fahmi baju sekolah kebangsaan boleh guna baju+seluar azri tahun ni punya cuma aku kena tukar nametag je. Baju sekolah agama memang tak dapat diselamatkan sebab kan semua warna putih jadi aku tgk dah buruk betul, kalau letak kain lap dengan sebelah baju tu memang tak dapat beza dah..hahahhahahha. Aku nak beli yang baru 3 pasang, pastu Azam macam terkejut kenapa sampai 3! dia cakap..hisshhhh...last-last beli 2 jela..malas aku nak gaduh2 hahahahah. Aku cakapla baju sekolah Agama tue dah takde yang elok lagi baju azri plak seluarnya dah terbakar kena seterika, memang tak boleh pakai. Aku bukan apa kalau beli 3 boleh la basuh baju selang sehari..huhuhu..kalau 2 pasang kena hari2 basuh.  MAsing-masing dah tarik muka...mmmmm...Takpela nanti kalau dah gaji aku beli lagi sepasang untuk Fahmi. Yelah soping nie pun guna duit Azam...malas aku nak bentang alasan kenapa ini perlu kenapa ini tak perlu. Lagipun konsider la sikit Fahmi tue sekolah kebangsaan tak beli baju baru langsung semua pakai abangnya punya...okla kot pada aku beli baju sekolah Agama tue 3 helai..mmmm...

Lepas tue part Azri pulak aku ingat 2 pasang je cukup sebab dia dah sekolah menengahkan. Satu sessi je , lagipun dia duduk rumah kalau tak sempat basuh malam pagi2 boleh basuh tengahari dah boleh pakai sebab dia sessi petang. Azam pulak cakap 2 je? beli la 3 pasang!...Nampak tak? kitaorang nie sebenarnya sangat kontra..hahahhah..selalu bercanggah pendapat!..memang tak boleh  ngam langsung..tapi takdir Allah kitaorang jadi suami isteri..hihihihi...

Esok aku kena teman opismate nak pergi tengok/urus anak-anak yatim soping barang keperluan sekolah kat Aeon untuk program charity company. Half day je kot masuk opis. 


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

kawan aku termasukkan hp laki dia dalam mesin basuh, spin smpi kering.haha, so gantinya beli sony ericson Z1, katanya selamat kalau masuk air,haha
tp serius gambar lawa

Cikja berkata...

Hp yang camera best diorang cakap sony dengan samsung katanya..aku dah pernah guna jenama samsung tue..mudah hang..sony belum pernah try lagi..