11 November 2014

Rujuk dengan janda lama

Tak taula janda ker duda sebab memang takde jantina..hahahhahahaha..

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas melawan badai ombak tsunami akhirnya 'dia' sampai ke pangkuan kami. Betapa hebat dugaannya tapi manis akhirnya.

Azam baru ambik kereta malam tadi, yang pelik tue tetiba kakida wasap aku pagi nie. Pelik tak? Naluri dia kuat sangat nie dah macam mak2 dah...terkagum kejap aku. Padahal masalah nie, cuma aku dengan ateh je yang tau sebab aku dah pesan dengan ateh jangan cerita dengan sesiapa pun walaupun dengan kakak2 aku..hihihihi..sebab maluuuuuuww..hahahahhahahahah...dia cuma tau aku beli kete seken.

Abang ayeng dengan kakmiza tau jugak cerita tapi tau sikit2 tak tau detail sangat..hihihi. Yelah dah tentu pinjam kereta dia selalu. 




Ehehehheeh..comel kakak aku, memang mak2 sangat dah. Kalau arwah mak ada mungkin aku dah kena bebel setahun ..hahahahhaha... well itu satu pengajaran untuk aku. Pengajaran yang baaaeeeeekkkkkkkkkkkkk.. hahahhahaha.

Sebenarnya proses jual beli kereta nie aku tawakal je,  cari dalam FB, pastu PM budak tue tanya boleh tak nak beli kereta tapi nak tolak kereta yang ada. Dia bagi no fon, urusan pun berlaku antara aku dengan dia. Sejujurnya  aku tak kenal budak tu. Sambil2 tue aku walk in jugak kat kedai2 kereta area sini. Tapi sebab budak nie boleh cari buyer ikut harga yang aku nak so aku deal dengan dia terus. Lepas dah bincang itu ini aku suruh azam jumpa budak ni. Budak nie pulak dia settle loan dulu baru nak deal dengan buyer, by the time bila loan dah ok buyer yang ada tak jadi beli pula. So budak nie terpaksa cari buyer lain. Buyer kedua pulak nak beli kereta tue dengan harga yang aku nak tapi kena beli kereta baru terus dengan dia..fuhhhhhhhh..mencabar betul!. 

Masa tu aku cuma terpikir nak let go je kereta lama tue sebab dah tak sanggup nak tengoknya, bila orang tue datang nak tengok kereta. Azam cakap ambik jela terus hari nie..hahahahha. Tawakal lagi. Buyer tue terus ambik kereta lama tanpa apa2 perjanjian pun. Main ambik gitu je. Bila dah 2 3 hari tue masalah tak settle aku agak cuak jugak sebenarnya sebab takde satu dokumen pun yang aku boleh sandarkan bila berlaku apa-apa penyelewengan. 

Masalah sangkut bila tukar nama agen kereta yang kita nak beli. Bank tak boleh approve pulak loan tue. Proses tue jadi makin lambat. Masa niela tahap kesabaran aku dengan Azam teruji. Hari-hari budak tue kena jawab call & wasap kitaorang. Last-last budak tue terpaksa submit loan ke bank lain. Alhamdulillah dalam masa sehari loan lulus. Bila dah sign agreement, nak dapatkan kereta pun masalah jugak sebab sistem JPJ down dengan masalah GST katanya. Ya Allah, satu satu masalah datang. Azam sign agreemnet hari rabu dan budak tue janji jumaat boleh dapat kereta. Rupanya khamis jumaat tuela sistem down. Azam dah angin, budak tue minta maaf dia cakap tak boleh buat apa2. Kena tunggu isnin katanya.

Isnin pulak kitaorang tunggu sampai pukul 3 lebih takde berita. Bila tanya baru nak jawab..adoi hangin betul aku dengan Azam.  Dia cakap tunggu runner bawak balik roadtax. Dah kalau roadtax dah ada maksudnya kereta boleh ambik petang tuela...isshhhhhhhhhhhh...susah sangat kan nak bagitau..huhuhuhu...Alasannya dia nak settle semua baru nak bagitau kitaorang masalahnya kitaorang nie tak sabar nak tau sebab kalau boleh ambik hari nie nak kena pikir macam mane nak ambik kereta tue kalau tak boleh pulak kenala pinjam kereta abang ayeng lagi..hissshhhhhhhhh...

Nasib apes cuti semalam aku minta tolong dia hantar azam ke KL sana nak ambik kereta. 

Alhamdulillah aku ditemukan dengan orang yang betul-betul cari makan sebab boleh dikatakan deal aku dengan budak tue berjaya walaupun aku tak kenal dia. Aku tak tau kat mana dia kerja kat mana rumah dia rupanya macam mane sebab aku kenal dr FB je. So kalau korang nak beli kereta boleh PM/email aku nanti aku bagi no talipon budak nie. Boleh deal dengan dia kalau korang nak tolak kereta sekali dan macam-macam kereta budak nie jual, jangan risau. Budak nie perempuan tau..hihihihi. 

Pengajaran dan pengalaman yang berharga sangat....

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

alhamdulillah.. setel jugak akhirnya
nasib baik budak tu jujur
aku yg baca dah tegak2 bulu roma

Cikja berkata...

Irfa..aku 3 4 hari jugak cuak..mula2 tue tak pikir...sekali asyik bertangguh panik jugak..huhuhuhu