06 November 2014

Nasi lemak dalam laci

Hai korang...

Fikir yang baik-baik, insyaallah jadi yang baik baik, motivasi aku setiap hari. Mudah mudahan. Aminnn..

Pagi tadi masa sampai kat parking ada satu lelaki dalam lingkungan 50an menyandang beg, nampak macam berbangsa india. Aku masih dalam kereta, dia memberi isyarat tangan supaya aku berhentikan kereta ala-ala orang parking. Kemudian dia senyum kat aku, aku pun senyumla balik. Lepas tue dia berdiri je tepi kereta macam tunggu aku keluar, aku dah cuak pulak nak keluar sebab kawasan parking masih sunyi. Kalau dilihat dari riak mukanya nampak tak jahat. Aku pikir ini orang gelandangan mungkin. Aku dahla nak beli nasi lemak, nanti lambat pula tapi nak keluar kereta takut. Ah, tawakal jela. Bila aku keluar dia bagi salam (islam ker?), aku jawab. Kemudian dia buat isyarat macam nak makan. Oh, minta duit la kan. Aku buka beg hulur duit kat dia. Lepas tu cepat-cepat aku blahhh....kesian tapi agak menyeramkan..ehehheheheh..Aku tak pasti orang mana...macam tak fasih berbahasa melayu..tapi bagi salam...

Jalan laju-laju, sambil hati berkata nak beli nasi lemak nak beli nasi lemak nak beli nasi lemak..hahahhahaha. Tapi tula dah beli tak sempat makan sebab bos dah masuk. Aku baru makan sesudu tetiba dia sampai, nasib tak cekik dengan sudu2 sekali hahahahhaha. Awal la pulak orang tua nie masuk..issshhhhhhhhhhhh..sabo jela. Tengaharila baru boleh makan nasi lemak tue...huhuhuhuhu..

Untuk 3 hari nie aku terpaksa sewa kena jua akhirnya sebab kereta abang ayeng agak merajuk, abang ayeng cakap kereta tue terkejutla dah berapa bulan gerak cuma sabtu ahad, sekali nie dah 2  minggu hari hari gerak..huahuahua.adoila. Harap-harap kereta dia cepat sembuh. Risau jugak kalau minggu nie kereta aku tak keluar lagi, takkan nak sewa kereta lagi..huwaaaaa..pitam. Aku saiko abang ayeng suruh beli kereta baru..hahahhah..pandai ajak orang berhutang. Tapi dia taknak, katanya malas nak hutang2 lagi, lagipun dia cakap kereta dia bukan selalu bergerak pun sabtu ahad je kakak ipar bawak balik kampung..hahahhahaha. Balik kampung sangat. Kampung kakak ipar 5 minit je dari rumah dia cehh...Kalau kereta manual tak sempat tukar gear 4 dah sampai..kikikikiki..

Agaknya jiran-jiran aku pelik sebulan 2 nie kereta aku asyik bertukar-tukar je..hahahhahah. Haritu kereta merah, pastu wira, kadang-kadang pesona, wira balik, pastu viva..hahahahhaha. adoi. Pagi tadi pun kena gelak dengan kakak pengasuh, tukar kereta lagi katanya..hahahhahaa..aptb!. Harap-harap ini minggu terakhir aku bertukar kereta. Tengok orang bisness kereta sewa macam best je, macam ok je. Aku cakap dengan azam jom beli axia sebijik kita sewakan..try satu kereta dulu..kikikiki..ada hati lagi tue. Kereta yang sebijik nak dapat nie pun tak lepas-lepas..hahahhahaha. Azam cakap cari monthly yang kita boleh bayar walaupun takde penyewa. 

Teringat nasi lemak dalam laci...huwaaa........bila nak pukul 1 nieeeeeeeee..

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

♥♥ SiTi fadila♥♥ berkata...

aah aku dgn apis pun ade pikir cmtu...mcm syg nkj letgo kete protong yg xde value tu...mungkin bagus kalau disewakn...atau sipajakkn...hurmmm

Irfa berkata...

bukan islam pun pandai bg salam dah sekarang ni. apapun bantu sesama manusia x salah pun ;)

aku dah merasa bertukar keta smpi malu kat jiran2.huhu