11 November 2014

Kutu + pendapatan tepi (side income la)

Bukan kutu kat rambut tu...

Ini kutu yang kumpul2 duit dalam satu kumpulan. Korang suka main KUTU? kalau tanya aku, aku memang tak minat main kutu, baik kutu duit atau kutu barang. Adalah kawan-kawan opis nie ajak, tapi tuela sebab tak minatkan selalu kalau diorang ajak aku tolak la baik-baik, pada aku baik simpan dalam bank...hihihihi.

Tapi Laki aku adalah peminat KUTU..kikikiki. Aku ingat dia start main kutu dari zaman bujang kot. Main ramai2 dengan kawan2 kerja dia yang kebanyakkannya perempuan..hahahahha.. Tempoh main tue boleh menjangkau 2 tahun tau..pastu sampai 20 orang ko mainnya...perrghhhh..gigih betul. Aku rasa setiap tahun dia tak pernah gagal main KUTU..hahahhaha. Tapi bila dapat duit sekepuk macam tu best la pulak..hahahahahha. 

Bulan nie turn azam dapat duit kutu sebab memang dia nak bulan nie..kikikiki..sebab ada plan hujung bulan nie, tapi macam duit tue terlebih. Dia tanya aku nak buat apa ye duit nie..amboiiiiiii..tak tau nak buat apa meh bagi aku, tau la aku nak buat apa..hahahhahahahah. Sekelip mata aku boleh habiskan....

Dulu pernah jugak azam buat Kutu pinggan mangkuk. Kan Azam penjual pinggan mangkuk..side income dia. Tiap-tiap bulan beli stok, pastu dia susun stok dia kat ruang tamu..hoittt semak. Mula-mula aku bising jugak pastu dia cakap "tuekan rezeki bu", hahahhahaha..yelah2 dah tak komplen dah penuhkan la ruang tamu tue dengan stok pinggan mangkuk aku cuma mampu jeling je.kikikiki..  Boleh tahan jugak sale dia, hari tu aku bagi pinjam modal kat dia, dia dah pulangkan balik tak sampai setahun. Aku jadi penasihat dia je selalu, tapi aku tak ikut dia menjual pun ada gak dia suruh aku bawak katalog ke tempat kerja tapi tuela opismate aku bukan giler pinggan mangkuk..hahahhahahaha. Paling banyak sale bila nak raya oit macam-macam order wei. Lepas tue azam bagi hutang bila harga pinggan mangkuk periuk bla bla tue agak besar jumlahnya. Hutang tanpa interest ye. Ikut harga katalog jugak, sukala kawan-kawan dia. Jadila untung sikit-sikit buat jajan anak-anak..kikikiki.

Gambar kat bawah takde kena mengena dengan kutu..hahahhaha..., rambut pun tak berapa nak ada kutu pun takut nak berpaut..hihihhihi...Gambar sekadar pemanis belog waknya. 
budak kpop wak..hahahha..pakai serkup wak, sanje sangat budak nie..baru baik demam...


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

kategori lelaki mcm azam ni rasanya jarang jumpa, dah hampir pupus ;)

Cikja berkata...

irfa...hahahhahah...aku dah pujuk dia simpan dalam bank..tapi dia minat jugak main kutu..