01 November 2014

KUASA

Tadi baca blog kak Ai. Aku malu dengan diri aku, Allah baru jentik sikit dugaan dah menggelupur tak tentu hala. Takde moodla..bla bla bla.....hisshhhhh...buruk perangai sangat ni.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kak Ai. 

Malam tadi dapatla jumpa Heliza dengan PU hafiz ..ehehheehhe... Perkongsian yang menarik. Cerita pengalaman Heliza di bumi Palestine. PU hafiz dengan ceramah "Cabaran Dakwah & Penyatuan Ummah Masakini. Allahuakhbar sedap sungguh suara PU Hafiz, Heliza dengan Shaheed (Juara munsyid got talent 2014). 

Aku datang kira awal la lepas maghrib. Pegi satu keluarga tapi akhirnya aku sorang-sorang...hahahhahah. Perkara biasala tuekan bagi aku.  Lagipun aku taknak duduk belakang nak duduk depan takkan nak masuk kat tempat lelaki melekat kat Azam..hahahahhah.  Anak-anak dah tentu dengan Azam. 



Macam mana ye nak cakap, sejujurnya aku bukan taknak tambah anak lagi. Terlalu peribadi untuk aku kongsikan kenapa aku tak boleh tambah anak. Ini antara aku dengan Azam. Demi Allah aku memang teringin nak ada baby lagi, lagi2 bila umur masih muda anak-anak plak dah besar. Dalam masa sekarang niela masa yang sesuai kalau aku nak tambah anak tapi Allah ada perancangan lain untuk aku. So aku kena redha la. Bersangka baik dengan ALLAH. 

Lagipun kalau aku tambah anak pun bukan boleh konpem dapat anak perempuan..kikikiki dan aku tak marah bila orang asyik tanya taknak tambah anak ke?, bila nak mengandung lagi?, bla bla bla. Orang bukan tau masalah kitakan. Dia nampak luaran je so kalau dia tanya tue maksudnya dia peduli kat kita, naluri manusia kot suka la tanya-tanya benda macam nie. Bila nak tambah anak, bila nak kawin, bila nak mengandung, bila nak dapat anak perempuan/lelaki...selalu kalau orang tanya aku cakap "dah tutup production"..hahahhahaha...kalau dia sambung "muda lagi..bla bla bla"...aku senyum jelaaaaaaaaaaaaaaaa senyum kan sedekah...hahahahhahaha... Terima kasih yang doakan, yang baik-baik untuk aku. Mudah-mudahkan Allah Makbulkan doa korang.

Aku taknak stressla pasal tambah anak ni, aku dah ada 3 orang Alhamdulillah adalaaaaaaaaaaaaaaaa jugak merasa ada anak kan. 

Rindu bau baby :-)

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: