14 November 2014

Cerita 14/11/2014

Hari nie Jumaat tapi masing-masing terkejut beruk tengok kereta bos ada kat luar..ahhahahaha. Sampai ada yang tanya "betulkan hari nie hari jumaat?" sebab selalu hari jumaat bos kat nilai..hahahahahha. Masing-masing cuak termasuk aku, punahla harapan nak bersenang lenang..kikikikiki.. tapi nasib baik dia masuk sekejap je sekarang dah keluar. Harap-harap dia tak masuk balik huahuahua..


Aku cakap result PSRA keluar hari rabukan. Inila keputusan yang azri dapat. Rabu petang tu aku tanya "azri, dapat mumtaz ker? " Azri jawap "Mumtaz..............................pause.........Mumtaz bukan rezeki abang.."sambil hulur result dia....hahahahhahahha...kurang asam budak nie....yang pasti sama je macam result aku masa dulu..hahahahhahahahaha.



Ada yang tanya kenapa ambik Alza balik..hihihihi. walaupun ada pendapat Alza bukan sejenis MPV sebab kecik muat untuk 5 orang kalau 7 orang dah takde tempat letak barang tapi mahal! baik ambik Exora katanya. 

1- Sebab sebelum nie aku dah bawak alza dan aku takde masalah dengan ruangnya. Kalau ikut kapasiti keluarga aku dah selesa dah.

2- Keupayaan enjin yang sesuai dengan bajet petrol yang akan digunakan. Kalau Exora dia besar sedikit dan keupayaan enjin lebih sikit sesuai dengan bodynya tapi tak sesuai dengan bajet aku yang memang hari-hari guna kereta ni untuk ulang-alik pergi kerja. Kalau Nissan grand livina pulak aku tak minat..ehheheheh..aku rasa macam kereta orang tua..hahahhha..eh ini pendapat aku je tau jangan marah ye :-P. Dengan minyak dah naik 20 sen ni aku memang terasa sangat. Masa bawak kete lama tu sehari 15 ringgit pergi balik kerja...huhuhuhuhu

3- Harganya pun masih dalam bajet walaupun aku ambik alza jugak tapi aku upgrade versionnya. Aku ambik full spec. So dah tak perlu tambah apa-apa lagi. Alza yang lama tue aku ambik paling basic sekali banyak aksesorinya kena tambah sendiri dan paling best installmentnya jugak dapat dikurangkan sebanyak RM100 daripada Alza yang lama.


Masa nak submit loan nie budak agen tu cakap, abang boleh ambik toyota wish nie kalau gaji macam nie. Erkkkk..lagipun tolak kereta lama tue deposit tinggi. Loan memang boleh lulus, bulan-bulan tue yang sangap nak bayar mau dekat 1000 sebulan installmentnya...gilo..hahhahahah. Memang takla. Aku cerita kat ateh bolehla aku nak beli wish nanti kalau anak-anak lapo takde menda nak makan sebab bayar installment tinggi bolehla jilat sorang sikit kereta wish tue..hahahhahaha..mudah mudahan boleh kenyang. 

Aku rasa Alza je yang dekat kat hati..hahahhaha. Itula sebab aku ambik Alza balik yang penting masih dalam bajet. Sekian penerangan saya...ekekkekekek..tapi sebenarnya SUKA HATI AKULA BUKAN AKU MINTA DUIT KORANG BAYAR KERETA AKU...ahhahahhahahahhahahha....


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku suka jawapan yg last
haha
banyak sgt soklan bukan boleh tlg bayar ansuran pon