21 November 2014

Cerita 22/11/2014

Sibuk sikit minggu nie sebab minggu prepare gaji, semalam dah settle so boleh tarik nafas sikit, eh tarik nafas banyak..kikikiki. Pertama kalila MIL nak ikut kitaorang balik rumah sepanjang 10 tahun aku duduk rumah sendiri nie. 

Minggu lepas balik kampung secara mengejut, pastu Azam  ajak MIL  balik sini. MIL tak sihat dah beberapa hari. So minggu ni, sibuk kat opis bersambung sibuk kat rumah plak..hahahhahaha. Pagi masakkan MIL, masak bubur je punnnnnnnnnn..hihihihi. Balik petang, pening nak masak apa ...huahuahua... sejak kurang sihat nie MIL hilang selera makan. Ayam tak boleh, mual katanya..ikan boleh tapi tak berapa suka..jadi???..aku gorengkan ikan masin bulu ayam simpan dalam bekas. Itu jela yang MIL makan. Bubur nasi dengan ikan masin..huhuhuhu. Rasa bersalah jugakla tapi itu yang MIL lalu nak makan. Azam bawak MIL pergi klinik, 2 hari lepas tu baru nampak ok, makan dah selera tapi masih makan bubur sebab MIL cakap dia malas nak kunyah..hahahhaha. 

Aku cakap kat MIL, kalau dia teringin nak makan apa-apa bagitau nanti bolehla aku masak atau beli kan. Seronokkan bila dalam rumah ada orang tua..rasa tenang je..hihihihi. dan yang paling best bakul baju aku kosong. MIL tolong lipatkan kain yang selalu aku lipat sebulan sekali..huahuhuahu. Dalam pada dia tak berapa sihat tue boleh pulak MIL lipatkan kain baju kitaorang...huhuhuhu.  TERIMA KASIH MAK. MIL cakap dia bosan tak buat apa2.

Oh lupa nak cerita, bila kat rumah masa siang aqil yang jaga MIL..hahahahha. buatkan nenek air milo, ambikkan nenek air siap pesan "nenek duduk je, biar adik buatkan nenek air"..sepanjang MIL kat rumah sepanjang tue jugak dia tak sekolah..hahahahahhahaha...Azam cakap memang boleh diharap Aqil tue...kikikiki.

Tapi hari ni MIL dah balik. Azam hantar. 



Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

org tua kalau duk umah anak2 mesti ada je benda nak buat. smpai kita rasa serba salah.. tp nak larang takut kecik ati, layan jelah

ieda abdullah berkata...

bagus Aqil....bujang idaman malaya nanti ni...hehe