09 Oktober 2014

Raya Haji 2014

Tak sempat nak mengarang sebab sibuk..eh buat buat sibuk sebenarnya..hahahhahah

Aku ada rekod jadual kerja Azam kat kalender aku, jadi aku tau bila dia kerja pagi, malam atau off. Bila aku tengok cuti raya haji tue bersambung dengan off dia, aku dah dapat agak mesti dia nak balik kampung..kikikiki. Tapi sebelum dia bagitau nak balik kampung aku saje2 je tanya..."raja haji balik kampung ker?" saiko punya bini....hahahahahah...

Kebetulan MIL nak korban sekor lembu. MIL ada bagitau Azam dia dah  berniat nak buat korban untuk semua anak-anak menantu-memantu & cucu's. MIL nak sponsor..hekhekhek. Aku cakap dengan Azam patutnya kita buat sendiri lebih afdhal. Azam cakap mana ada duit, aku jawab balik "aik, beli henfon mahal 4 5 ratus boleh, buat korban dengan satu bahagian tak boleh?"..hahahhahahha..agak puaka mulut haku...tapi masa cakap aku aku jauh sikit dari dia kalau tak takut jugak penampo singgah kat muka..hahahahhaha......

Sampai pun dah malam, lepas tu MIL ajak makan. Borak-borak kejap MIL suruh pergi berehat je baru sampai jalan jauh katanya..adoiii...padahal mak mentua aku dok bersilat kat dapur menumisla, menggoreng nak prepare makanan untuk esok. Tapi sebagai menhantu yang mendengar kata adalah baik jangan melawan....hahahhahah...memang dasar menhantu..

Esoknya pegi sembahyang raya, kalau dengan MIL kena pegi awal..hihihi. Sembahyang raya start pukul 8.30 katanya, tapi sampai masjid dah ramai jugak orang.

otw nak kemasjid..tak nampak plak MIL kat belakang aku tue..
Anak-anakla seronok sangat nak tengok lembu kena korban tapi tuela lambat sangat keluar rumah dekat pukul 12 kot..hahahhaha..yang ada kepala lembu je bersusun.

Kitaorang bawak balik 2 bahagian korban..fuhhh..dah pening MIL. Patutnya dapat 3 bahagian MIL suruh je tukang sembelih bahagi-bahagikan kat orang-orang kampung. Yang 2 bahagian tue MIL nak bagi kat saudara mara yang ado.

Lepas zohor apalagi, berusaha kerasla aku, MIL dengan Azam bahagikan bahagian2 yang ado. Dapatla tulang rusuk sikit, aku cakap dengan MIL kita masak supla....MIL cakap "kamu masakla.."..ehehhehehe..

hasilnya
Pastu habisla cerita raya haji...hahahahhaha...malas aku nak sambung nie pun dah berapa kali save kat draft..hahahahahah...

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

ieda abdullah berkata...

kat rumh akak masih ada sikit lagi daging korban hari tu...malas nak masak...hehehe

Cikja berkata...

saya punya ada 2 kilo kot..adoi nak masak apape pun tak tau...kitaorang memang jarang makan daging sebab nak masak lambat..hihihihi...