02 Oktober 2014

Jalan yang aku pilih

Sendiri buat keputusan tapi sendiri masih gundah gulana. Biasalah hati manusia suka berbolak balik. Kadang terpikir balik betul ker keputusan aku nie. Berbaloi ker?..huhuhuhu..Sebenarnya kalau nak kira aku nie diantara orang yang tak sabar. Itu kelemahan aku. Keuntungan yang makan masa nie aku rasa merimaskan..hahahha. Contoh paling dekat loan ASB je cukupla..aku dah naik menyampah pulak bayar tiap tiap bulan. Tue sebab aku tak suka ada komitmen hutang apa-apa. eee...rimas rimas..hahahha..boleh macam tu?. Cukup tahun aku nak terminate loan asb tu.



Plan aku sebenarnya macam nie

Aku target, dalam masa 2 tahun, Azam akan simpan duit yang digunakan untuk bayar installment ' Dia' dan kitaorang dah balik modal balik. Mudah-mudahan dalam masa 2 tahun nie takde apa-apa kerosakkan besar yang perlu aku baiki dengan kereta baru beli ni (mudah-mudahan Allah izinkan), kalau setakat service biasa je, 'dia' pun ada servicenya. Lagi baik kalau boleh bertahan sehingga 5 tahun. Aku dah ada modal kalau nak beli yang lagi baru kan?..ekekekkekke..

Itu kalau nak tambah hutang beli kereta baru, tapi aku dengan azam kalau boleh nak sediakan tapak buat rumah kat tanah aku tu. Tapak je la dulu yang mampu itu pun kena kumpul setahun dulu..huhuhuhuhu..

Mudah-mudahan Allah kurniakan kesabaran dan mudahkan urusan aku dan Azam, berkati jalan yang aku pilih. Amin. 


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku aminkan moga tercapai impian ko