29 Oktober 2014

Dari loyar buruk ke lawyer...


Impian aku mudah je..

Nak selesaikan hutang-hutang kemudian bina sebuah rumah ditanah pusaka di hujung kampung. Simple Dream!. tapi nak laksanakan banyak cabaranya..hihihihi. Sampai tersalah langkah! ilmu tak cukup macam tuela jadinya. Duit pun berterbangan tidak ketahuan..huhuhuhuhuhu..hutang tak susut duit simpanan pun habis..hahahhahahah. Kesian!

Takpela satu pengajaran yang sangat berguna untuk aku, yang penting sekarang aku nak selesaikan dulu masalah yang aku cari. Lepas tue baru aku buat tindakan seterusnya.  Mudah Mudahan Allah Izinkan. Tak serik-serik gak aku  nie..hahahhahaha..ker nak buat cara follow the flowwwwwwwww (comfort zonela kiranya)...mmm.

Aku dah terminated loan ASB aku. Lega. BLR dah naik. Aku punya monthly installment pun dah naik, malas aku nak maintain dah. Lagipun faedah dinikmati masa awal tahun. Sekelip  mata habis. Nie pun bahana terlebih baca pasal buat loan ASB. Ilmu sejengkal, lautan dalam nak diduga. mmmm... Lepas ni aku dah tak berani la nak saiko2 orang ambik loan atau saiko orang pasal ilmu kewangan..hihihihih...dulu aku pernah saiko orang ambik loan ASB, adoi rasa bersalahnya aku, siap buat N3 tue kat belog nie..uhukuhukkk


Dah dah malas aku nak cerita pasal duit hutang bla bla bla....

Aku nak cerita pasal kerja pulak la..

Baru baru nie aku diminta jadi puan pengerusi dalam satu Siasatan Dalaman bahasa omputihnya domestic inquiry (DI). Duduk kat HR dah 10 tahun baru berpeluang masuk dlm DI...kikiki. Satu pengalaman yang luar biasa. Ini kes tumbuk Supervisor sebab tak puashati dengan cara supervisor beri arahan. Baran hokey. Satu kesalahan besar adalah bila bergaduh didalam kawasan tempat kerja. Jika didapati bersalah boleh dibuang!.

Tugas aku menyoal siasat kes. hihihihi..dah macam lawyer plak aku rasa..hahahhahahha. Boleh anda ceritakan macam mana kejadian ini boleh berlaku?, kenapa anda bergaduh dan menumbuk penyelia anda?, tumbuk berapa kali?, ada saksi?..DLL. 

Sessi sedang dijalankan. yang ajar aku tue kakak yang tengah mencatat minute..kikiki..yang botak tu ahli panel jugak. Tengah khusyuk mendengar penjelasan dari tertuduh..


Tadi diberitahu ada lagi satu kes yang perlu aku jadi ahli panel. Kes Jual Diesel. Diesel yang dipam ke Lori dia sedut dan jual balik kat orang luar. So kena prepare soalan yang patut untuk ditanya..kikikiki.. Jadi lawyer kata ko, selalu jadi loyar buruk je ...nie merasa gak jadi lawyer..hahahhahah


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

haha, kelakar lah ko ni
bab hutang n asb taknak komen

aku pnh jd saksi nak buang staf
nape dia selalu x dtg keje
ending aku kuar bilik dgn rasa sebak
dia nak dtg keje xde duit pun nak isi mnyak..mmg xleh jd lawyer gini
cpt kesian

Cikja berkata...

irfa..
hihihihi...itula memang kesian klu kes nak buang orang ada cerita sedih disebaliknya , tapi aku cuma jadi ahli panel yang menyiasat, keputusan adalah atas budibicara pihak pengurusan...