31 Oktober 2014

Cerita hari ni...

Celah kangkang sakit ..jalan dah macam king kong terkangkang-kangkang kalah ibu mengandung  bawak perut....hahhahahhaha.... kes hati naluri tersentuh dengan pertanyaan opismate

"kak, pesal dah gemok"..hahahhaha.. tiap kali jumpa aku...

cis cis cis.....

So marila mulakan balik senaman yang telah aku tinggalkan beberapa bulan lalu......lagipun aku kena fitkan badan sebelum hujung bulan 11 ni. Tu yang jadi sakit otot tu..hihihihihi..

Hari nie relax sikit bos takde...eh relax sikit..hahahhaha..banyak kot. 

Esok ada hari usahawan sekolah anak-anak, tapi aku tak dapat nak joinla,  esok kerja nak cuti pun cuti dah tinggal 2 hari. Aku pesan kat kakak pengasuh bawakkan Aqil kesana aku bagi duit untuk beli kupon. Anak-anak pun Azam bagi sorang sepuluh ringgit untuk beli kupon. Aku offer diorang nak guna tak duit raya diorang, masing-masing taknak takut duit habis..hahahahhaha. Aku cakap nie memang duit untuk diorang guna untuk suka2 sebab separuh aku dah masukkan dalam bank diorang. Tetap jugak diorang tolak..hahhahaha...diorang nak guna duit belanja yang diorang kumpul. So masing-masing beli kupon 20 inggit. Malam nie ada Heliza Helmi dengan PU hafiz katanya. Anak-anak sibuk nak pegi, insyaallah kalau takde pape bolehla pegi nanti.

Perkembangan masalah yang aku kena hadap. 

Alhamdulillah kereta 'bermasalah' tue dah terjual walaupun berlaku kerugian sedikit ...sedikit???? ..hahahhaha... tapi sejujurnya aku legaaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Tinggal tunggu urusan loan dan stok kereta. Tak tau la bila boleh settle...aku dah 2 minggu pinjam kereta abang ayeng...nak kena tambah seminggu lagi?..huwaaaa....malu kot..huhuhuhu. tapi takde pilihan weii. Sabar sabar....

Patutnya hari ni ada DI yang budak jual diesel tue pukul 10 tadi tapi nampaknya dia tak datang untuk disoalsiasat. So DI akan diteruskan tanpa dia membela diri nampaknya.


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: