30 Oktober 2014

Cerita bekal, opis, bos dan dot dot

Pagi-pagi tadi dah beriya aku panaskan nasi dan lemak ciliapi ayam semalam punya. Ingat nak bawak bekal la pergi kerja. Nasi tue adala 4 senduk. Ayam tue adalah 4 ketul. Sekali anak-anak aku "ibu nak makan nasila"..uwaaaaaaaaaaaa..hahahhaha. Adoila korang nie...last-last aku bawakla roti 2 keping selet dengan majerin tabur gula itupun hampir2 kena paw dengan aqil masa dalam kereta..hahahahahha...

Dah bosan sebenarnya nak beli makanan kat area opis aku nie. Bawak bekal walaupun simple, janji kenyang jimat pun jimat.

bekal beberapa hari lepas..tapi sama macam bekal semalam..kikikiki..ayam goreng tabur bawang dan ciliapi potong..hahahhaha..femalas punya bekal.

Taula bos aku nie penyelamat bumi. Bekas tue pun dia yang bagi. Tiap kali nak beli makanan kat kedai hulur bekas niela..hahahahah. Mula-mula malu, lama-lama dah tak heran dah. 


Kes yang jadi cleaner tu, mula-mula merungut lama-lama seronok pulak..hahahhahahah. Kalau turn team aku, selalunya bos takde kat sini jadinya kitaorang mula buat kerja cleaner lepas sarapan dalam pukul 8.45 pagi macam tue lebih kurang sejam mcm tue dah siap, pastu lepakla..hahahahahah. Kilat tau,  selalu kitaorang sental lantai, basuh toilet..wangiiiiiiiiii..kitaorang curahla pencuci banyak-banyak..hahahahhaha. Kalah dulu masa guna khidmat cleaner berbayar. 


Hari tue bos belikan mop baru, 200 lebih dia beli. Ada satu hari tue kebetulan bos ada masa aku tengah nak mop bos tanya ok tak mop tue, aku jawab yang lama lagi senang la bos yang tak boleh kering tak bagus..hahahhahaha..berani terus terang dengan bos macam tue..hahahhaha. Bos aku tercengang, pastu dia tunjuk kat aku cara nak guna sebenar-benarnya ...oooo.. macam tueeeeeeeeeeee ... pastu aku kena bahanla tak reti guna cakap tak bestttttttttttttt ..hahahahahhahahahampeh!. Mana pernah guna mop canggih2 yang mahal, mop aku tue beli yang 7 inggit perah guna tangan ..hahahahha. 

Bos aku nie bos yang paling pelik kot pernah aku jumpa..kikikiki. Toilet opis dia cuci sendiri, barang-barang pantry dia yang beli & top up macam 3 in 1, sabun cuci, roti, biskut, nutella, peanut butter, tisu, bla bla bla..tuala tangan pun dia cuci sendiri..hahahhahah. So ko nak cakap macam mane bila dia suruh kita pun jadi cleaner sebab dia pun buat. Manager2 dia pun buat jugak mop bilik sendiri..hahahahha. Lepas tue dia takde secretary ye, appointment dia set sendiri,  kalau ada visitor dalam bilik dia kadang-kadang dia yang buatkan air untuk visitor tue kadang2 kitaorang yang kat luar bilik diala yg buatkan..hahahhaha. Nak jumpa dia tak payah protokol2 bagai..ko boleh redah je bilik dia. Tapi sebab muka dia nampak garang kadang2 orang takut nak jumpa dia. Kang yang jadi mangsa kitaorang yang kat luar niela..tolong ambikkan sign cheque, surat atau apa bendala nak tanya dia...nak tau dia ada ker tak kat bilik dia pun kitaorang jugak jadi mangsa..mentang2 la dia kat sebelah kitaorang je. 

Aku pun dah semakin serasi duduk kat sebelah bos ni, dah pandai adjust jadi sesumpah...wakakkakakak. Dah lama aku kerja kat sini, aku takde benda yang patut aku nak komplen kat tempat aku cari rezeki...hihihi..walaupun gaji biasa-biasa je, increment ikut sukahati dia je nak bagi bukan setahun sekali bertahunnnnnnnn nak tunggu, nak bagi bonus pun kena bebel dulu..hahahhaha...tapi secara keseluruhan aku gembira kerja kat sini.    

Kebahagian kita, kita yang tentukan
kalau kita pikir gembira
kita akan gembira
pilihan ditangan kita..


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

bekal ko tu sama macam bekal aku
lagi banyak makan kalau bekal camtu
huhu

cam best je bos ko yg sempoi ni
down to earth org kata

Cikja berkata...

Irfa,
tau takpe..kikiki..kalau aku boleh makan 2 kali, pagi makan separuh lunch makan lagi separuh

kadang2 sempoi dia pun menyusahkan jugak bila takde secretary tu...susah oo..kalau orang carik dia..hahahahha..lagi2 orang nak set appointment dengan dia..dah tu dia bukan suka kita pas telefon bukan2 plak tue..isshhhh..satu hal orang nak buat silat tepis...