19 September 2014

UPSR dan Bocor

Yess...tahun nie Azri ambik UPSR dan ditakdirkan ada paper yang bocor. Sebagai mak dah tentu aku kecewa mula-mulanya. Tapi bila pikir-pikir balik dan baca beberapa pandangan, aku ubah rasa kecewa aku dengan 'menikmati' peluang kedua yang Azri akan dapat. Bukan senang nak dapat peluang keduakan. 

Tapi tuela aku je yang rasa dapat peluang kedua nie bagus, bagi yang tuan badan tetap relax & cool hahahhaha..bukan tau nak buat ulangkaji ke hape. Kalau aku tak menjerit suruh baca buku memang jangan harapla...itu yang aku stress sebenarnya..hahahhahah..nak kena sambuung jerit2.

Aku memang apply cuti 9/9/14 satu hari 10/9/14 setengahari dan 11/9/14 setengahari jugak. Azri tanya kenapa aku cuti, aku cakap "nak bagi sokongan kat abangla ibu nak bawak manilakat pastu tulis semoga berjaya, duduk depan pagar sekolah, boleh?" ..hahahhaha.. "Ala ibu, janganla malu abang nanti' ..wakakkakaka..Saje sakat dia. Kebetulan Azam off 9/9-10/9 tu. Cantik aturan Allah.  Kalau ikutkan setiap hari periksa nie kat sekolah Azri ada bacaan yasin dan solat hajat, aku ingat nak join tapi masa aku hantar dia pukul 7.10 pagi aku tengok takde pun makbapak yang masuk sekolah. Lepas hantar aqil ke tadika aku pusing balik ke sekolah azri pun takde makbapak yang masuk malah pagar sekolah dah nak ditutup. Aku cakap dengan Azam balik rumah jela..

Aku tengok jam 8.15 pagi masa nie Azri tengah jawab soalan BM aku yang berdebar2..hihihii..over mak ko. Dah macam kucing beranak kot..ekkekeke..Pastu Azam tanya "nak baca yasin ke bu?"....tak dapat baca kat sekolah aku baca kat rumahla dengan Azam dan fahmi (cutila dia sebab UPSR ni).

Rupanya masa kat sekolah, Azri ada cari aku sebab dia ingat aku baca yasin kat sekolah..huhuhu..aku cakap memang aku ada pergi tapi tak nampak makbapak yang lain-lain pun...Azri cakap ada start pukul 8..loh patutla..aku pegi 7.30 memang takde la. Esoknya 10/9/14 aku tengok dia cuma ada satu paper so aku cancel cuti dan ganti  11/9/14 aku nak ambik satu hari sebab paper dia sampai petang. Masa nie dah kecoh paper yang bocor...mmmm. 11/9/14 tue lepas hantar dia aku ingat aku pergi kerja jela..lagipun kat rumah aku tak buat apa-apa pun..ekekekkeke...Lepas tengahari baca FB rupanya BI pun batal...nasib aku tak cuti..kikikiki..kalau tak sia-sia cuti haku..huahuahauhua..

"abang dah jawab elok-elok dah bocor pulak, ibu rasa sapa yang bocorkan?"..hahahhahahha...manala ibu tau nak oit, sapa yang bocorkan..aku cakap "takpela bang, mana tau yang abang dah jawab tue sebenarnya abang dapat B, yang nie pulak dapat A..sebab ada masa nak baca buku lagikan..2 minggu lama tu.." Tinggi harapan mak ko..ekekekkek.

Aku TAWAKAL  pada ALLAH dengan usaha Azri yang tak seberapa tue.

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

BETUL TU
MANA TAHU YG LPS DAPAT B
YG BAKAL JAWAB NANTI DPT A PULAK YE

zana-norzana berkata...

Good Luck for Azri untuk UPSR kali kedua (paper English)dan sains. Samalah macam anak saya, kalau tak menjerit, tak berusik buku tu...........