30 September 2014

Sampai sini je khidmat dia


Bukan tak sayang tapi bila hidup terlalu mengenang-ngenang alamatnya tak kemana la kita. Disitu tak gerak-gerak.

4 Tahun lepas aku dapat 'dia' ceritanya di sini. Dan semalam aku lepaskannya setelah berminggu-minggu jugak aku dengan Azam cuba cari keputusan yang terbaik. Pro & Kon. Lagi-lagi siapa yang akan menggantikan 'Dia'. Sebenarnya dah lama pikir cuma hati tue sampai ke tak nak buat sebab apa.....adalah beberapa alasan yang aku pikirkan.

khidmat terakhir anak-anak pada dia, masa nie diorang tak tau esoknya 'dia' tukar owner..kikikiki..

Aku dengan Azam dalam plan nak mengurangkan beban hutang yang ada. So, buat masa ni yang paling baik aku pikir, baik let go 'Dia' sebab installment 'Dia' paling banyak diantara hutang-hutang lain. Kesilapannya dulu beli tanpa downpayment, mana tak melambung installment dia. Maklumla gelojoh nak yang baru walaupun duit takde..hahhahahhaha. Tapi aku puas juga la jalan satu malaysia dengan 'Dia' dari kuantan ke kuala terengganu, kemudian ke kota bahru, cameron highland, jitra ke perlis, skudai, air keroh, bandar hilir, nilai..hahahhaha.... nasib sabah sarawak kena naik 'belon' kalau tak aku redahkan jugak kot dengan 'Dia'....kikikiki....Arwah mak juga merasa puasla naik 'dia'. Banyak jugak jasa 'dia' dekat kitaorang.

Sebenarnya berdebar-bebar jugakla hati aku nak buat keputusan nie, tak nyenyak tido..hahhaha..tapi makan masih selera. Bila jual 'dia' pun sebenarnya tak berbaloi sebab loan lagi tinggi so aku terpaksa top up sikit nak clearkan semua hutang 'dia'

Nak keluar dari comfort zone bukan senang. Bayangkan dah selalu dengan kereta baru yang takde masalah aku bertukar dengan kereta second hand yang dah berusia 10 tahun. Ko rasa?...hahahhaha....






Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: