25 September 2014

Rezaki Dia..

Hari tu keluar je banner kat sekolah maklumkan dah boleh apply untuk prasekolah tahun 2015 cepat-cepat aku apply untuk aqil tapi kebarangkalian nak dapat tue agak tipis sebenarnya tapi tak cuba tak tahukan. Prasekolah bagus sebab dia dah dedahkan awal2 kat budak-budak, suasana sekolah sebenar. Dan yang penting Prasekolah nie dekat sangat dengan rumah kakak pengasuh..kikikiki...

Rabu minggu lepas, kakmiza (kakipar den) wechat aku tanya Aqil dapat tak prasekolah sebab anak dia yang sebaya aqil dapat dan haritu kena ambik surat tawaran (ingatkan masuk u je ada surat tawaran..hahahha..) itu pun pihak sekolah hanya maklumkan pada ibubapa dengan sms pada hari sabtu 13/9/14 lepas. Memang aku dengan Azam tak dapat apa2 sms. Bila dengar tu aku kecewa jugakla sebenarnya, sampai salah jalan masa nak pergi kerja..hahahhahahha...loklak sangat. Adoi nak kena survey sekolah tadika lain untuk dia pulak. Kalau nak masuk balik tadika kemas yang sekarang nie  dah 2 tahun kat situ, nampak macam dia dah boring, nak ambik tadika lain aku kena pikir jugak susah senang kakak pengasuh nak ambik dia balik sekolah nanti atau aku kena sediakan transport balik tapi kalau terpaksa kena jugakla redah kan. Sampai opis terus wasap azam tapi dia tak balas. Dalam hati aku, ala orang lelaki ni memang macam nie bukan nak kisah sangat pun anak nak sekolah mana..kikikikiki..mak selalunya yang lebih lebih.

Dekat pukul 11 tue azam baru balas wasap kata aqil dapat. Ya Allah syukur Alhamdulillah sangat2. Rupanya Azam dapat sms pagi tue jugak dalam pukul 8.  Tu sebab dia tak reply wasap aku sebab dia pegi sekolah terus. Kebetulan pulak Azam off hari tue..Ya Allah syukur Alhamdulillah sangat2. 

cantik bahasa aku kan balas kat laki mcm tue...huhuhuhu..
maafkanla adinda kekanda sebab adinda terkejuzzzz...kuikuikui.

Bila bertalu talu soal laki tue, terus laki ku wasapkan gambo surat ..hahahhahahhahah.. Bukan apa soalan bertalu-talu tu sebab aku pelikla kan, berita sepenting ini aku dapat tau last minit setelah aku kecewa dan salah jalan ke tempat kerja ..hihihihi..


Memang rezeki Aqil. Aku tau susah nak dapat masuk Prasekolah nie. Adalah aku cerita kat beberapa kenalan yang aku mohon prasekolah untuk aqil, diorang nasihatkan aku kalau nak mohon prasekolah jangan letak pendapatan ibu kalau ibu berkerja. Aiikk..macam tu pulak. Kenalan ni cakap nanti susah nak dapat sebab dia tengok pendapatan isi rumah. Tapi minta maafla ye sepanjang aku isi apa-apa borang berkaitan sekolah anak2 tak pernah lagi aku menipu tentang pendapatan kitaorang dan aku tetap tulis yang aku nie berkerja. Macam tu jugak masa mohon prasekolah untuk aqil. Anak aku nak timba ilmu macam mane kalau betul aku buat macam tue dan sepatutnya ada orang yang lebih layak dapat tapi sebab aku menipu anak aku dpt tempat tu. Ko rasa berkat tak ilmu yang anak aku dapat?. Aku dah menafikan hak orang lain sebab pentingkan diri sendiri. Maafla aku tak setuju cara tue. Lagipun gaji kitaorang bukanla besar mana punnnnnnnnnnnnnnnnnnnn yang nak kena sorok-sorak bagai...alahai..

Syarat-syarat layak masuk PRASEKOLAH..

1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Lahir pada 2.1.2009 – 1.1.2010 (6 tahun) dan 2.1.2010 – 1.1.2011 (5 tahun).
3. Keutamaan diberikan kepada murid berumur 6 tahun.
4. Pemilihan adalah berdasarkan keutamaan kepada merit  pendapatan ibubapa/penjaga mengikut ‘ranking’ pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.

Syarat 1 aqil lulus, syarat 2 lulus jugak...syarat 3 pun lulus syarat 4 tue subjektif...tapi alhamdulillah masih dalam ranking tue.


Notakaki : pendapatan kitaorang nie biasa-biasa jela sebenarnya, maklumla sorang kerja kilang sorang lagi kerani cabuk...



Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

suka baca wsap ko ng azam
macam aku jugak, sikit2 nak ngadu
hihi

tahniah aqil
aku pun pening nih survey tadika utk hajar

Cikja berkata...

...ngadu kat laki la paling sesuai..ehehhehe..

tahun depan hajar 5 tahun ye....
kebanyakkan tadika dah keluarkan borang untuk pendaftaran 2015.