19 Ogos 2014

Sapa yang nak angkat mayat korang?

Seminggu sebelum raya hari tue aku dapat berita kawan sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sakit. Esoknya lepas zohor dapat berita lagi dia dah meninggal. Terkejut sangat walaupun aku tau ajal maut kat tangan tuhan tapi sebagai manusia tue perasan terkejut tu tak boleh elak Aku baru plan dalam hati hari raya  nanti bolehla aku datang ziarah dia sebab masa aku dibeitahu dia sakit, dia ada kat PPUM.

Aku dengan dia rapat masa sekolah rendah geng waktu rehat dan geng bawak bekal. Bila dah sekolah menengah aku kelas lain dia kelas lain sampai tingkatan 5. Lepas tue putus hubungan walaupun kitaorang sekampung..huhuhu. kalau terserempak(setahun sekali pun susah) pun cuma senyum2 je. Dia kawin dengan kawan sebaya/satu sekolah juga. Aku kenal gitu2 je dengan suaminya.

Hati meronta-ronta nak tengok jenazah dan beri penghormatan terakhir pada arwah. Alhamdulillah seawal jam 7.30-8.00 pagi aku dah sampai rumah keluarga arwah. Ramai kawan-kawan sekerja arwah yang datang. Paling sedih bila suami arwah minta anaknya yang sulung cium ibunya puas-puas sebab dia cakap nanti dah tak jumpa ibu lagi....macam hujan airmata aku, semua yang ada kat situ nangis...anaknya yang sulung darjah 2 yang bongsu 5 tahun. Masa jenazah nak dimandikan nampak suami arwah teresak bila angkat bahagian kepala arwah isterinya sampai abangnya minta dia angkat bahagian kaki..hhuhuhu...sedih...

Sebenarnya dikalangan kenalan arwah semua terkejut dengan berita dia sakit dan meninggal dunia sebab tau dia sakit pun macam sekejap sangat. Tak sampai sebulan terus tenat. Aku tegur jugak kawan sekerja arwah masa ziarah arwah tue tanya lama ker arwah sakit. Kawan arwah cakap tak taula tiba-tiba dah masuk hospital katanya. Masa detect dia sakit nie arwah tengah mengandung dan  terpaksa digugurkan. Dan yang aku paling sedih dia sakit macam arwah mak sakit kanser paru-paru stage 4. Bezanya tempoh arwah kawan aku nie tersangat singkat lepas diagnosis. Bahagian masing-masingkan?. Beruntungnya arwah 'dijemput kesana' masa bulan ramadhan bulan yang penuh kemulian dan keberkatan.

Bila kita ziarah jenazah sebenarnya banyak menginsafkan diri sendiri..dari awal urusan seperti dimandikan, dikapankan, disembahyangkan, dihantar ke liang lahat, di timbus tanah dan ditalkinkan......

Korang pernah tak terpikir soalan-soalan macam nie ?

Ada ker orang nak ziarah mayat aku nanti?
Ada ker orang yang nak angkat mayat aku nanti?
Kalau ada, siapa orangnya?
Macam mane kematian aku, bila, kat mana?
Macam mana keadaan aku dalam liang lahat?


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: